Bab 67

2.1K 36 0
                                    

Demam Ashraff masih belum kebah. Sudah empat hari berlalu sejak kejadian malam itu. Rumah mewah itu sunyi sepi sama seperti hatinya saat ini. Nadine tiada di rumah kerana dia mengikuti kem yang dibuat oleh pihak sekolah. Ashraff meminta Mak Kiah untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya sementara menunggu dia sihat semula.

Dia tidak mahu Kirana yang sedang menanti hari untuk bersalin itu terbeban untuk menjaga Haikal yang semakin lasak. Ashraff batuk lagi. Dia menyarung sweater biru kegemarannya sebelum turun ke tingkat bawah.

Saat dia sedang menuruni anak tangga, dia terdengar sesuatu jatuh dari arah dapur. Risaukan isteri kesayangannya, Ashraff pantas berlari ke arah dapur. Kirana tersentak apabila dia terlihat Ashraff muncul di hadapannya.

"Sayang? Sayang okey tak ni?" soal Ashraff apabila dia terlihat kaca bertaburan di atas lantai dapur. Kirana hanya mengangguk. Dia baru hendak mengambil penyapu namun Ashraff pantas menghalangnya. Saat tangan Ashraff menyentuh tangannya, Kirana dapat merasakan bahang panas di tangan itu.

"Encik Ashraff tak baik demam lagi ke?" tanya Kirana. Jujur, hatinya sentiasa dirundung rasa risau sejak Nadine memberitahunya yang Ashraff demam beberapa hari yang lalu. Ashraff tersenyum nipis.

Ya Allah, rindunya Kirana pada senyuman suaminya. Segalanya tentang suaminya amat dirindui Kirana.

Namun, dia tetap nekad. Dia tidak mahu menyeksa perasaan Ashraff lagi. Biarlah dia mengalah, asalkan Ashraff bahagia.

"Belum lagi, sayang. Abang demam rindukan sayang agaknya," balas Ashraff. Kirana terpempan mendengarnya. Kenapa abang kena manis mulut macam ni lagi? Hati Kira tak kuat, abang. Bisik hati Kirana.

"Tak payahlah encik Ashraff nak buat ayat manis kat saya. Kenapa encik Ashraff tak pergi klinik? Lama sangat encik demam tu," ujar Kirana. Ashraff kembali menyambung kerjanya tanpa menjawab pertanyaan isterinya.

Kirana melabuhkan duduk di atas kerusi yang tersedia di ruang dapur itu. Matanya tidak lepas daripada merenung Ashraff sambil tangannya mengusap perutnya. Entah mengapa kali ini, hati Kirana mula berbelah bahagi.

Dia tiba-tiba rasa bersalah kerana melawan suaminya. Benarkah dia cuma salah faham sahaja? Benarkah dia yang berfikir bukan-bukan? Hakikatnya, cinta dan kasih Ashraff tak pernah berubah untuknya. Ashraff duduk di sebelah Kirana yang masih leka merenungnya.

"Sayang?" tegur Ashraff. Kirana terus tersedar. Merah padam wajahnya apabila suaminya menangkap dia yang sedang asyik merenung Ashraff sedari tadi. Ashraff mengukir senyuman manis. Lama dia tidak melihat reaksi malu-malu isterinya.

"Kalau encik Ashraff tak nak pergi klinik, nanti encik Ashraff makanlah panadol. Bagi kebah sikit demam tu. Afieq yang suruh saya pesan pada encik," ujar Kirana sambil cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

"Afieq, betul ke Afieq yang suruh mama pesan kat papa ni? Bukan mama sendiri ke yang pesan?" duga Ashraff sambil memandang perut isterinya.

"Terpulanglah encik Ashraff nak percaya atau tak. Saya nak masuk bilik," balas Kirana. Baru sahaja Kirana bangun dari kerusi, Ashraff sudah menangkap tangannya. "Duduk kejap, sayang. Abang nak cakap sikit," arah Ashraff. Kirana kembali duduk di atas kerusi.

"Sayang, abang tahu berapa kali abang ucap kata maaf pun, susah untuk sayang percayakan abang. Tapi abang akan tetap terus mintak maaf pada sayang, dan abang takkan berhenti cakap yang abang cintakan Kira. Ashraff Nadim hanya mencintai Kirana, isterinya dunia akhirat.

Amna Sofea tu, hanya masa silam Ashraff Nadim. Yang mengikat Ashraff Nadim dan Amna Sofea hanya Nadine Aulia dan Aniq Haikal. Percayalah cakap abang, sayang. Abang sayangkan Kira, abang cintakan Kira, dan abang rindukan Kira sangat-sangat," ucap Ashraff. Air mata Kirana jatuh lagi kali ini.

Ah, kau lemah, Kirana! Kenapa hati kau mudah goyah hari ini? Kau percaya cakap suami kau? Tapi, untuk apa Ashraff berbohong? Tak ada sebarang sebab untuk Ashraff membohonginya. Dia memandang ke dalam anak mata suaminya.

"Saya minta maaf, encik Ashraff. Saya tetap dengan keputusan saya, untuk berpisah. Saya tak nak seksa hidup encik Ashraff lagi. Saya tak sanggup, nak tengok orang yang saya cinta hidup merana dengan saya," balas Kirana. Ashraff menggelengkan kepalanya.

"Tak, sayang. Abang tak terseksa pun hidup dengan isteri abang ni. Abang bahagia, Kira, sejak dari hari pertama kita jadi suami isteri. Abang tak tipu, sayang. Memang masa awal-awal kita kahwin, abang yang mintak kita berlakon depan Nad.

Abang pura-pura tunjukkan kemesraan pada sayang, walaupun sebenarnya abang memang suka bermesra dengan sayang. Abang tak boleh kalau tak tengok muka comel isteri abang ni walaupun sehari.

Sayang, hidup abang akan lebih terseksa kalau sayang pergi tinggalkan abang. Sayang ingat kan, masa sayang kena culik dengan Hakim dulu? Jantung abang macam nak gugur bila abang tengok dia tarik sayang untuk terjun bangunan dengan dia.

Dan sayang tengok keadaan abang sekarang ni. Abang sakit, sebab isteri abang tak ada dengan abang. Tak temankan abang macam selalu. Macam mana abang nak teruskan hidup kalau Kira pergi, sayang?" tanya Ashraff dengan air mata yang bertakung di kolam matanya.

Air mata Kirana makin deras apabila Ashraff mengucup kedua-dua belah tangannya. Ya Allah, hati aku tak kuat tengok suami aku macam ni. Aku sayangkan dia, aku cintakan dia. Ashraff menatap wajah Kirana sebelum merapatkan wajahnya ke arah wajah Kirana. Ubun isterinya dikucup, lama.

Kirana tidak menolak. Lama dia tidak merasa dimanjai suaminya. Dia rindu saat-saat itu. Sumpah, dia rindukan Ashraff Nadim.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now