Bab 46

2.2K 48 0
                                    

Latihan rumah sukan sudah tamat. Nadine berjalan menuju ke stesen bas yang agak jauh sedikit dari kawasan sekolah. Kawan-kawannya yang lain sudah pulang bersama ibu bapa masing-masing. Ashraff tidak dapat mengambilnya kerana tiba-tiba sahaja dia mendapat arahan untuk menghadiri mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah syarikatnya.

Kirana menawarkan diri untuk menjemput Nadine pulang, tetapi dia akan sampai lewat sedikit kerana dia baru selesai membeli barang-barang dapur.

Nadine duduk seorang diri di situ. Dia berasa tidak selesa kerana merasakan ada yang memerhatikannya dari jauh. Apabila Nadine menoleh, dia tidak melihat kelibat sesiapa. Seketika kemudian, kereta Kirana berhenti di hadapannya.

"Sorry, sayang. Mama terlambat. Kesian anak mama tunggu lama kan?" ucap Kirana.

"Tak apalah, mama. Lagipun mama pun dah sampai. Jomlah kita balik," ajak Nadine. Kirana mengangguk. Baru sahaja mereka hendak masuk ke dalam kereta, ada sebuah kereta berhenti di hadapan kereta Kirana. Kelihatan dua orang lelaki keluar sebelum menyerang Kirana dan Nadine.

Salah seorang dari mereka menekup mulut Nadine sebelum mengheret gadis itu masuk ke dalam kereta. Kirana cuba melawan, namun dia dipukul di bahagian belakang kepalanya menggunakan sebatang besi. Pandangannya berpinar dan dia merasakan tubuhnya diangkat masuk ke dalam kereta.

Sementara itu, Nadine terus meronta-ronta minta dilepaskan. Berkali-kali dia cuba memanggil Kirana namun mama tirinya itu tidak memberi sebarang respon. Si pemandu hanya mengerling dengan perasaan puas hati.

"Dah, pegang aje budak tu kuat-kuat. Dia takkan boleh lari pun," ujar si pemandu. Nadine terpaku. Dia mengenali suara itu. Suara insan yang melahirkannya ke dunia ini.

"Mama??" Nadine seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku saat ini. Kenapa Sofea sanggup buat dia seperti ini?

SOFEA mengheret Nadine ke sebuah rumah yang terletak agak jauh dari penempatan orang. Kirana yang sudah sedar juga diheret ke kawasan yang sama. "Cik Sofea! Kenapa cik Sofea tergamak buat macam ni pada Nad? Nad ni anak kandung cik Sofea, tau tak?!" tengking Kirana.

"Benda ni tak ada kena mengena dengan kau pun. Jadi lebih baik kau diam aje," balas Sofea. Kemudian, kelibat seorang lelaki turun dari tingkat atas. Nadine terus berasa takut. Hakim sudah merapatinya sebelum mengelus lembut pipi gebu Nadine.

"Hai, sayang uncle. Uncle rindu sangat kat Nad, tau?" Nadine jijik mendengarnya. Dia meludah ke arah wajah Hakim. Hakim yang sudah merah padam wajahnya, terus menampar pipi Nadine sehingga gadis itu terjelopok di atas lantai.

"Nad! Encik Hakim? Kenapa awak buat semua ni? Apa salah budak tu kat awak?" tanya Kirana, tidak berpuas hati. Hakim tidak terus menjawab, sebaliknya dia menoleh ke arah Sofea.

"Sekali dua you bawak untuk I? You memang terbaiklah, sayang," puji Hakim sambil mencuit pipi Sofea. Sofea menepis sebelum berlalu dari situ. Sedikit pun dia tidak pedulikan Nadine.

Kedua-dua lelaki yang mengheret Kirana ke rumah lama itu, menolaknya jatuh ke lantai kasar sebelum mengekori langkah Sofea.

Hakim kemudian menoleh ke arah Kirana. Tudung yang dipakai Kirana, dibuka, kasar. Kirana cuba menghalang, namun tidak sempat. Suka hati dia aje bukak tudung aku! Marah Kirana dalam hati.

"Cantik betul rambut you, Kirana. Patutlah Ash suka," puji Hakim. "Tadi you tanya apa? Apa salah Nadine? Eh, dia memang tak salah. I cuma nak main dengan dia aje. Selama ni I main mama dia, bosanlah. Sekali-sekala tukar selera, tak salah kan?" Jijik Kirana mendengar ayat lelaki itu.

"Tambah pulak, Nadine ni anak Ash. I akan pastikan dendam I pada Ash terbalas!" ujar Hakim. Dia terus meluru ke arah Nadine sebelum menarik tangan gadis itu, kasar. Nadine meronta-ronta minta dilepaskan.

"Apa salah suami saya pada Encik Hakim, sampai Encik Hakim berdendam dengan dia?" tanya Kirana.

"Suami kau tu dah rampas hak aku! Aku yang sepatutnya jadi CEO kat syarikat tu. Aku yang sepatutnya dapat apa yang dia ada hari ni! Tapi suami kau guna taktik kotor untuk jahanamkan hidup aku. Jadi sekarang aku nak gunakan taktik yang sama untuk balas dendam kat dia!" balas Hakim sebelum mengheret Nadine ke tingkat atas.

Kirana cuba menghalang namun Hakim menendang perut Kirana menyebabkan wanita itu terduduk. Kirana memegang perutnya yang terasa senak itu.

Luluh hatinya mendengar Nadine memanggilnya, meminta tolong daripadanya. Saat itu, Kirana ternampak sebatang besi di sebalik dinding di situ.

Dengan tenaga yang bersisa, Kirana cuba bangun untuk mendapatkan besi itu. Dia terus sahaja naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan Nadine. Membulat matanya apabila melihat Hakim mengoyakkan baju yang dipakai Nadine di bahagian lengan.

"Biadap!" Kirana memukul belakang badan Hakim sekuat hatinya. Hakim mengalihkan tubuhnya yang sedari tadi menindih tubuh kecil Nadine. Dia tersenyum sinis pada Kirana. Nadine sudah menangis sambil membetulkan kedudukan bajunya.

"Nad, lari sekarang!" arah Kirana. Nadine menggeleng.

"Tak, mama pun kena lari jugak," balas Nadine. Kirana sekali lagi mengangkat besi itu untuk memukul Hakim namun lelaki itu pantas menghadang. Leher Kirana dicengkam kuat sehingga wanita itu sukar bernafas.

"Mama!" Sayup-sayup dia terdengar suara Nadine memanggilnya.

"Lari, sayang! Lari!" Kirana menoleh ke arah Nadine. Semakin lama, pandangannya semakin kelam.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now