Bab 35

2.4K 53 0
                                    

Ashraff kasihan melihat isterinya tidak henti-henti buat kerja rumah. Hari persekolahan memang Kirana terlebih sibuk kerana Nadine tiada di rumah untuk membantunya. Semuanya dilakukan sendiri. "Sayang? Abang nak cakap sikit dengan sayang," ujar Ashraff sambil menggamit Kirana untuk duduk di sebelahnya. Kirana hanya menurut.

"Abang nak cakap apa?" tanya Kirana.

"Hm, abang ingat nak ambik orang gaji untuk tolong sayang buat kerja-kerja rumah. Orang gaji untuk kemas-kemas rumah, membasuh dan yang sewaktu dengannya aje. Sayang cuma memasak, dan jaga anak-anak kita. Okey tak idea abang?" Kirana mengerling ke arah suaminya.

"Kenapa Kira kena memasak? Dah alang-alang ada orang gaji, biarlah orang gaji yang masak," balas Kirana. Ashraff menggeleng sambil memuncungkan mulutnya.

"Tak nak! Abang nak makan masakan sayang aje. Abang tak nak rasa masakan orang lain," jawab Ashraff.

"Betul ke, abang nak cari orang gaji, atau abang nak cari isteri baru?" serkap Kirana.

"Ya Allah, sayang ni kan! Ada pulak cakap abang nak cari isteri baru. Abang ada rupa macam buaya darat ke apa?" soal Ashraff. Kirana mencebik.

"Manalah tau. Abang selalu sangat nak menggatal dengan Kira."

"Dengan sayang aje, abang menggatal. Bukan dengan perempuan lain kan?" Kirana menjongketkan keningnya. "Betul ni?" soal Kirana.

"Betul, sayang abang. Kalau sayang cemburu sangat, abang janji, abang cari orang gaji yang dah kahwin. Lepas dia siapkan kerja, dia boleh balik rumah dia. Okey?"

"Kalau macam tu, Kira tak kisah. Asalkan dia dah kahwin, Kira okey aje ada orang gaji dalam rumah ni," balas Kirana. Ashraff mencuit pipi isterinya.

"Sayang abang ni jealous ya?" usik Ashraff.

"Mestilah jealous. Abang kan suami Kira," balas Kirana. Ashraff mengucup ubun-ubun isterinya.

"Sayang abang cuma untuk isteri dan anak-anak abang aje. Sayang jangan risau okey?"

"Janji?"

"Insya-Allah, abang janji."

MALAM itu, Kirana tidak makan malam bersama. Kepalanya tiba-tiba sakit. Puas Ashraff memujuknya untuk ke klinik, namun isterinya itu tetap berdegil. Nadine memandang Ashraff yang sedang mengemas meja makan itu.

"Papa, mama okey tak? Nad tengok sakit kepala mama tu macam teruk aje sampai tak boleh turun makan," tanya Nadine.

"Entahlah, sebab tu papa ajak mama pergi klinik. Tapi mama tu degil, tak nak pergi. Atau, Nad boleh tolong papa pujuk mama suruh pergi klinik?" usul Ashraff.

"Okey, nanti Nad cakap kat mama." Nadine mengukir senyuman seraya membuat isyarat 'OK'. Ashraff membalas dengan senyuman manis.

Sementara itu, Kirana masih berbaring sambil menahan rasa sakit yang menyerang kepalanya tiba-tiba. Entah mengapa, dari selepas waktu Asar tadi sehingga sekarang, dia berasa pening-pening. Dia tidak berasa hendak demam pun.

Nak kata perut kosong, tidak juga. Tengah hari tadi, bukan main berselera sekali dia makan, sampai bertambah dua pinggan. Bunyi ketukan di pintu membuatkan Kirana membuka matanya yang semakin memberat itu.

"Mama, boleh Nad masuk?" Kedengaran suara Nadine bertanya dari luar pintu.

"Masuklah, sayang." Nadine masuk sebelum matanya dilekap pada figura Kirana yang bersusah payah hendak bangun dari pembaringannya. "Mama tengah tidur ke tadi?" soal Nadine seraya melangkah ke arah katil.

"Taklah, sayang. Mama baring aje, pening kepala sangat. Nad dengan adik dah makan?" tanya Kirana. Tersentuh Nadine mendengar pertanyaan Kirana itu. Walaupun dia sedang sakit, kebajikan Nadine dan Haikal masih diambil berat. Bertuah Nadine kerana dikurniakan ibu tiri sebaik Kirana.

"Nad dah makan, dengan papa. Adik biasalah waktu macam ni dia dah tidur dulu. Tapi dia dah minum susu tadi. Papa cakap, mama tak sihat. Mama nak pergi klinik tak? Nad cakap kat papa suruh bawak mama ke klinik, okey?" pujuk Nadine.

"Tak apa, sayang. Nanti mama rehat, mama okeylah. Mama pening sikit aje," jawab Kirana sambil mengulum senyuman manis buat anak tirinya.

"Mama?" panggil Nadine sambil memandang perut Kirana yang kempis itu.

"Kenapa sayang?"

"Ke mama pening sebab mungkin mama pregnant?"

Kirana tidak menjawab. Entahlah, dia tidak pasti. Tetapi dia memang sudah rasakan perubahan pada dirinya sejak akhir-akhir ini. Cuma perutnya belum menunjukkan sebarang tanda. Maklumlah Kirana kecil molek orangnya. Kalau dia mengandung sekalipun, orang susah hendak melihat perutnya.

"Tak kot. Mungkin mama kena serang migrain sikit. Mama okey aje, sayang. Tak payah pergi klinik." Kirana masih berdegil. Nadine mengalah apabila dia melihat Kirana mula berbaring semula. Nak memaksa, tak sampai hati pula dia. Sudahnya, Nadine menyelimuti tubuh Kirana sebelum keluar dari bilik itu.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now