Bab 1

7.4K 86 18
                                    

Andartu. Itulah gelaran orang pada Kirana. Ke mana sahaja dia pergi, pasti mereka akan memanggilnya dengan gelaran andartu. Mana tidaknya, umur sudah menjangkau 30 tahun tetapi masih belum berkahwin. Bila ditanya, alasannya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Kau nak tunggu apa lagi, Kira? Kau bukannya tak cantik. Comel, babyface walaupun umur dah 30. Pandai masak, kemas rumah, jaga budak-budak. Takkan masih tunggu someone kot?" tegur Balqis, rakan sekerja merangkap rakan serumahnya.

"Mana ada aku tunggu sesiapa. Belum jodoh aku, Qis. Lagipun aku tak rasa nak terikat dengan sesiapa buat masa ni. Aku nak fokus diri aku dulu, stabilkan kewangan, dan kau pun tahu kan aku nak bukak business sendiri," balas Kirana.

"Tapi kalau kau kahwin, kan lagi senang?" sampuk Alya pula. Dilabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan Kirana.

"Eh, korang ni. Sibuk sangat nak suruh aku kahwin. Korang pun apa kurangnya?" Kirana memulang paku buah keras.

"Aku lain. Aku dah nak kahwin dengan Naim. Lagi enam bulan," balas Alya sambil menunjukkan cincin belah rotan di jari manisnya.

"Aku pulak dah ada boyfriend. Insya-Allah akan bertunang lagi tiga bulan." Balqis pula membalas.

"Ala, kalau ada jodoh aku, adalah. Apapun, aku tumpang happy sebab dua orang bestfriends aku ni nak kahwin dah," ujar Kirana. Tipulah kalau dia kata dia tidak terasa dengan mereka, tetapi dipendamkan sahaja.

Lagipun niat mereka berdua baik. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk Kirana. Sama-sama membesar di rumah anak yatim menjadikan mereka berkawan rapat sehingga saat ini.

"Kira, kau jangan tunggu lama-lama. Nanti orang tua yang datang masuk meminang kau," usik Alya.

"Hish, kau ni, Al. Ada pulak nak kenen-kenenkan aku dengan orang tua. Kalau tua dua, tiga tahun daripada aku, aku boleh terima lagi," bidas Kirana.

"Al, menurut firasat akulah, Kira ni dapat suami umur 40 ke 50 tahun macam tulah," sampuk Balqis pula. Wah, melampau betul dua orang manusia ni! Getus hati Kirana.

"Amboi, sedap mulut korang mengata aku kan!" Serentak itu, dia menghadiahkan cubitan ketam kuasa dua pada paha kedua-dua sahabatnya itu.

"Aduh, sakitlah!" Alya menyeringai menahan sakit

"Betul punya marah Kira ni. Kitorang gurau jelah." Balqis mula mencebik, merajuk kononnya. Panjang muncungnya.

"Kasar sangat gurau tu. Ada ke patut nak kenenkan aku dengan lelaki umur 40 ke atas. Tua sangat ke aku ni?" soal Kirana dengan nada berjauh hati.

"Ala, sorry Kira. Kitorang mengaku kitorang salah. Tapi kitorang dah tak sanggup dengar semua orang panggil kau andartu. Kitorang pun terasa tau bila orang mengejek kau macam tu.

Ni, yang terbaru. Mak sorang budak taska kita ni asyik cakap kau nak mengorat suami dia aje. Yelah, dah hari-hari suami dia yang hantar dan jemput anak dia dari taska.

Kitorang kesian kat kau, Kira. Tak pasal-pasal jadi bahan gosip sebab pemikiran skeptikal orang yang andartu ni suka aim suami orang untuk dijadikan suami," balas Balqis panjang lebar.

Kali ini, Kirana pula berasa bersalah kerana mencubit kedua-dua sahabatnya tadi. Tanpa sebarang kata, dia memeluk erat bahu Balqis dan Alya. Mereka saling berpelukan, lama. Sehinggalah Alya mengerutkan dahinya.

"Eh, Kira! Kau tak mandi lagi kan?" Kirana tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi itu.

"Belum. Dah korang tak sudah-sudah nak interview aku tadi, jadi aku layan jelah," jawab Kirana tanpa rasa bersalah.

"Hish, bau kepam!" Kutuk Balqis seraya menolak tubuh Kirana menjauhi mereka. Kirana hanya tersengih macam kerang busuk.

Dia berlalu ke bilik tidurnya sebelum mengambil tuala untuk membersihkan diri. Sedang leka mandi, tiba-tiba mindanya terlintas ayat yang diucap Balqis sebentar tadi.

'Kahwin dengan orang umur 40 tahun? Err... Memang idok ler.... Syerammm!' bisik hati Kirana.

KIRANA mencapai buku diarinya sebelum menulis perancangan untuk bekerja esok. Esok gilirannya untuk menyediakan makanan untuk kanak-kanak di taska. Dia meneliti menu pemakanan sihat yang sudah disediakan oleh pihak taska.

Terus sahaja dia mencatit di dalam buku diarinya supaya tidak terlupa. Dia juga mencatit aktiviti yang bakal dilakukan pada keesokan harinya.

Usai menutup diari, dia rebah ke atas katil. Lampu meja ditutup menjadikan biliknya gelap tanpa sebarang cahaya. Kirana memang suka tidur di dalam gelap. Kalau ada biasan cahaya lampu walaupun sedikit, dia memang tidak boleh melelapkan mata. Kirana membaca doa tidur sebelum hanyut dibuai mimpi.

Namun hanya seketika apabila dia terdengar telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Dahinya berkerut tatkala membaca mesej daripada majikannya.

-Mulai esok, cik Kirana tak perlu ke taska lagi. Saya dah buat keputusan muktamad untuk memberhentikan khidmat cik Kirana. Banyak complaint yang saya terima daripada pihak ibu anak-anak di taska.-

Hanya itu dan terus Kirana berasa dunianya gelap segelap bilik tidurnya.

Apa pulak salah yang aku buat ni? Komplin apa? Kirana tidak membalas mesej daripada majikannya namun dia nekad untuk ke taska keesokan harinya bagi mencari alasan mengapa dia diberhentikan.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now