Bab 39

2.2K 56 0
                                    

Walaupun keguguran, Kirana tetap perlu berpantang untuk kebaikan kesihatannya. Kirana bersyukur kerana Ashraff tidak membencinya, apatah lagi meninggalkannya. Saat ini, Ashraff sedang menyuapkan makanan untuk Kirana. Mujur ada Mak Kiah yang boleh diharap untuk tengokkan Haikal sepanjang Kirana berpantang. "Abang," seru Kirana.

"Ya sayang? Kenapa, sakit lagi ke? Atau sayang nak pergi toilet?" tanya Ashraff, penuh prihatin.

"Tak. Kira nak mintak maaf sebab Kira tak mampu bagi abang anak. Abang mesti kecewa kan bila doktor cakap anak kita gugur?" soal Kirana. Ashraff menundukkan kepalanya seketika sebelum merenung wajah pucat isterinya.

"Abang tak marahkan sayang. Kan abang dah cakap, semua ni dah tertulis. Sayang jangan salahkan diri sendiri," pujuk Ashraff. Kirana meraih tangan Ashraff.

"Atau abang salahkan Nad sebab jadi punca Kira gugur?" tanya Kirana. Risau sungguh dia jika Ashraff menyalahkan Nadine sebagai punca mereka kehilangan zuriat.

"Tak, sayang. Lagipun, Nad tak tahu sayang pregnant kan? Macam sayang cakap, dia tak sengaja tertolak sayang hari tu. Dia emosi aje kan?" Ashraff terpaksa berbohong. Dia tahu betapa sayangnya Kirana pada Nadine. Tidak sekalipun dia mendengar Kirana menyalahkan Nadine atas apa yang terjadi.

Yang Ashraff dengar, hanya penyesalan Kirana kerana mengabaikan kesihatannya sendiri. Baik sungguh hati isterinya. Jujur, sukar Ashraff hendak memaafkan perbuatan Nadine yang memang melampau itu.

Tetapi dia tidak menyalahkan Nadine seratus peratus. Pasti Sofea yang menghasut Nadine sehingga Nadine boleh berubah begitu. Dia nekad, selepas Kirana habis berpantang, dia akan membuat perhitungan dengan Sofea. Berbicara dari hati ke hati tentang apa yang bekas isterinya tidak puas hati melihat kebahagiaannya.

"Abang?" Lamunan Ashraff terhenti apabila dia terdengar Kirana memanggilnya.

"Ya sayang?"

"Jauh sangat abang termenung tu? Abang teringatkan Nad ke? Abang tak nak pergi ambik dia?" tanya Kirana.

"Biarlah dia lepaskan rindu kat mama dia tu dulu," balas Ashraff.

"Abang, Kira merayu sangat. Abang jangan marahkan Nad tau. Kalau abang nak marah, abang marah Kira. Kira sanggup abang marah atau pukul Kira sebab Kira tak pandai jaga anak-anak."

"Tak. Abang tak marahkan Nad, dan abang tak marahkan sayang. Abang janji dengan sayang, lepas sayang habis pantang nanti, abang akan bawak Nad balik sini."

"Betul, abang tak marahkan Nad?"

"Betul, sayang. Abang sayangkan semua anak-anak abang," ucap Ashraff. Kirana mengukir senyuman manis buat suaminya.

"Lega hati Kira, abang tak marahkan Nad. Kira nak sihat cepat-cepat, supaya abang boleh bawak dia balik sini. Kira rindu kat Nad, abang," luah Kirana. Ashraff hanya mampu menahan sebak di dada.

"Isteri abang ni, memang baik. Bertuah abang sebab dapat isteri macam sayang." Ashraff mengelus pipi Kirana, lembut.

"Taklah, Kira yang bertuah sebab dapat suami yang sayangkan Kira setulus hati dia. Terima kasih, abang," ucap Kirana. Bibir pucatnya mengukir senyuman manis buat suaminya. Ashraff kembali menyuap makanan ke mulut Kirana.

Dia bersyukur kerana Kirana semakin sembuh selepas hampir dua minggu dia keguguran. Ashraff ingat lagi, setiap malam Kirana menangis sambil menyalahkan diri sendiri yang menyebabkan kematian anak mereka.

Kirana berasa seperti berputus asa untuk hidup waktu itu. Walaupun dia redha, namun dia tetap sedih. Walaupun dia menerima qada' dan qadar Allah, namun dia masih menyalahkan diri sendiri.

Mujurlah suaminya tidak putus-putus memberi kata-kata semangat padanya. Sokongan dan kasih sayang Ashraff yang dia perlukan saat ini. "Kalau ada rezeki Kira pregnant lagi, Kira janji akan jaga anak kita baik-baik," bisik Kirana.

Ashraff menyimpul senyum mendengar bisikan isterinya.

"Abang pun akan pastikan lepas ni, sayang tak abaikan kesihatan sayang. Kalau sayang luka sikit pun, abang heret sayang pergi hospital," usik Ashraff namun dia benar-benar maksudkannya. Kirana tergelak kecil.

"Apalah abang ni. Takkan luka sikit pun sampai nak kena pergi hospital? Pergi klinik aje tak boleh ke?" balas Kirana dalam tawa.

"Tak boleh. Kalau ikutkan hati abang ni, memang abang nak ikat aje sayang atas katil ni, supaya sayang tak cedera langsung. Mulai hari ni, abang akan jaga kesihatan sayang. Sayang suka atau tak, sayang tak boleh bantah langsung," pesan Ashraff.

"Overlah pulak abang ni," ujar Kirana.

"Over sebab abang cintakan isteri abang ni." Ashraff mengenyitkan matanya pada Kirana.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now