Bab 55

2K 42 0
                                    

Takbir raya mula bergema dari masjid berdekatan menandakan telah tiba hari kemenangan buat seluruh umat Islam. Ashraff sekeluarga bersiap untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama. "Sayang, tolong pakaikan sampin untuk abang ni. Abang tak retilah," ujar Ashraff. 

Kirana yang sudah siap berbaju kurung berwarna biru itu menoleh. Kepala digelengkan tatkala dia melihat suaminya terkial-kial memakai sampin.

"Abang, kan Kira dah tunjuk cara nak pakai sampin semalam? Takkan abang lupa kot?" usik Kirana.

"Alah, abang nak bermanja apa salahnya? Abang ingat-ingat lupalah. Yelah, bukan selalu pakai sampin. Last time abang pakai sampin, masa nikah dengan sayang. Lepas tu mana ada abang pakai sampin lagi dah," balas Ashraff.

Kirana tersenyum mendengarnya. Tangannya lincah memakaikan sampin untuk suaminya. Khusyuk betul Kirana membuat kerjanya sehingga dia tidak perasankan mata Ashraff sudah merenungnya tanpa henti.

"Okey, dah siap dah! Handsome jugak abang bila pakai sampin ni," puji Kirana. Hidung Ashraff sudah kembang kempis mendengar pujian isterinya.

"Abang tahu, abang ni handsome. Sebab tu sayang jatuh cinta dengan abang kan?" usik Ashraff.

"Hah, mulalah tu! Nak perasan lebih-lebih. Dahlah, Kira nak bersiap pulak," balas Kirana sebelum menoleh. Namun tanpa sempat Kirana melangkah ke arah meja solek, Ashraff sudah menangkap tangannya.

"Sayang dah cukup cantik dah ni. Nak cantik macam mana lagi?"

"Kira nak pakai tudunglah. Abang ni puji-puji Kira macam ni kenapa? Nak duit raya ke?" tanya Kirana sambil menjongketkan keningnya.

"Abang tak nak duit raya, abang nak sayang," ujar Ashraff. Merona merah wajah Kirana mendengarnya.

"Ish, abang ni! Pergilah tolong siapkan Haikal tu. Takkan nak harapkan Nad aje? Dia pun nak melawa jugak hari raya ni," halau Kirana.

"Sampai hati halau abang.." Ashraff sudah mencebikkan bibirnya. Alahai, buruknya orang tua merajuk, desis hati Kirana. Kirana terus melangkah ke arah meja solek sebelum memakai tudung.

Sebelum Ashraff berlalu keluar, sempat dia mengerling ke arah isterinya. Cantik! Kirana memang cantik apabila dia mengenakan baju kurung biru lembut itu. Dari biasan cermin meja solek, Kirana dapat melihat Ashraff tidak henti-henti merenung ke arahnya.

"Cantik isteri abang ni," puji Ashraff sebelum melayangkan flying kiss pada isterinya. Kirana hanya tersenyum malu dengan perbuatan suaminya.

Baru sahaja Ashraff hendak melangkah ke bilik Nadine, gadis itu sudah keluar sambil menuntun tangan kecil adiknya. "Eh, anak-anak papa ni dah siap dah?" soal Ashraff. Haikal mendepakan kedua-dua tangannya minta didukung.

"Alah, sayang anak papa ni. Manja betullah Haikal ni," ujar Ashraff sambil mendukung anak lelakinya.

"Nad dengan Haikal siap dah. Kenalah bersiap awal, nak dapat duit raya kan?" Nadine sudah tersengih. Ashraff mengerling ke arah anak daranya. "Amboi, niat nak raya ni sebab nak duit raya aje ke?" usik Ashraff.

"Yelah, Nad kan masih sekolah lagi. Mestilah kena dapat duit raya kan, papa?" balas Nadine. Ashraff menggelengkan kepalanya. "Mesti mama yang pakaikan papa sampin ni kan?" tanya Nadine.

"Papa Nad tu manja terlebih tau? Dah ajar banyak kali pun masih lagi papa Nad ni tak pandai nak pakai sendiri." Kirana yang baru keluar dari bilik, menyampuk.

"Apa salahnya, papa nak bermanja dengan mama?"

"Abang, abang tu dah tua tau. Anak nak masuk tiga orang dah. Mana boleh nak manja-manja macam ni lagi," kutuk Kirana. Nadine sudah tergelak mendengar usikan Kirana pada Ashraff itu.

"Sedapnya mulut sayang mengata abang tua? Abang tak bagi duit raya karang, baru tau," ugut Ashraff. Kirana sudah memeluk lengan sasa suaminya.

"Alah, abang sayang ni. Sensitif sangatlah. Kira yang mengandung tau, bukannya abang," balas Kirana.

"Haikal, jom kita turun. Biar mama pujuk papa dulu." Nadine mengambil Haikal dari dukungan Ashraff. Kirana memandang wajah cemberut suaminya sebelum mencubit-cubit pipi Ashraff. "Abang ni kan. Patutnya Kira yang kena bermanja dengan abang, tapi ni dah terbalik," komen Kirana.

"Biarlah. Abang suka bermanja dengan sayang sebab abang cintakan isteri abang ni," ujar Ashraff sambil mengusap pipi isterinya.

"Kira pun cintakan abang jugak."

"Jomlah, Nad dengan Haikal dah tunggu kat bawah tu. Tak sabar nak dapat duit rayalah tu." Mereka berdua menuruni anak tangga sebelum melangkah ke ruang tamu.

Mereka memulakan sesi bersalaman dimulai dengan Kirana. Tangan Ashraff dikucup lama. "Selamat hari raya, abang. Maafkan segala salah silap Kira sepanjang Kira jadi isteri abang. Halalkan segala makan minum Kira selama ni, bang," ucap Kirana. Ashraff mengusap lembut kepala isterinya yang dilitupi tudung biru gelap itu.

"Abang maafkan sayang." Kirana bangun sebelum duduk di sisi Ashraff. Haikal yang sedang bermain di tengah-tengah ruang tamu, dipandang sayang. Nadine duduk di hadapan papanya.

"Selamat hari raya, papa. Nad mintak maaf atas segala salah silap Nad selama ni. Nad tahu Nad banyak buat salah pada papa, pada mama. Nad mintak maaf," ucap Nadine sebelum mengucup tangan papanya.

"Papa maafkan Nad, sayang. Dah, ni duit raya untuk anak dara kesayangan papa ni." Ashraff menghulurkan sampul duit raya pada anaknya. Nadine tersengih suka.

"Thank you, papa! I love you!" Nadine memeluk tubuh papanya. Ashraff membalasnya.

"I love you too, sayang," balas Ashraff. Nadine beralih pada Kirana pula.

"Mama, Nad mintak maaf atas segala yang Nad dah buat pada mama selama ni. Nad biadap dengan mama, Nad sakitkan hati mama. Maafkan Nad, mama," ucap Nadine sambil mengucup tangan Kirana, lama. Betapa banyaknya dosa dia pada mama tirinya ini.

"Mama dah lama maafkan anak mama ni. Mama sayang Nad tau," balas Kirana sebelum mengucup kedua-dua belah pipi Nadine. Nadine tersenyum kerana akhirnya dia dapat merasa kucupan seorang ibu setelah sekian lama dia dahagakan kasih ibu.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now