Bab 68

2.1K 31 0
                                    

Ashraff menarik semula wajahnya dari wajah Kirana. "Sayang, percaya cakap abang. Abang tak ada apa-apa perasaan pada arwah Sofea lepas kami bercerai. Cinta abang cuma untuk Kirana, isteri kesayangan abang ni sahaja. 

I love you so much, sayang," ucap Ashraff sambil melekapkan dahinya pada dahi Kirana. Jarinya menyeka air mata Kirana, lembut. "Abang tak nak berpisah dengan Kira, dengan Afieq. Abang tak nak, sayang," luah Ashraff lagi.

"Kira pun tak nak, abang. Tapi hati Kira sakit sangat bila Kira nampak abang sedih dengan kematian arwah. Kira rasa Kira tak penting dalam hidup abang." Kirana sudah mula membahasakan Ashraff seperti sebelumnya. Hati Ashraff terasa damai dengan panggilan itu.

"Abang tahu, sayang. Abang mintak maaf sangat-sangat. Abang yang salah. Sayang hukumlah abang, asalkan sayang jangan tinggalkan abang. Kira penting sangat dalam hidup abang," balas Ashraff. Dia memeluk tubuh Kirana seeratnya. Rindunya dia pada Kirana, hanya Allah yang tahu.

Kirana membalas pelukan suaminya. Dia terasa selamat dan aman dalam pelukan Ashraff itu. Sesekali dia merasakan Ashraff mengucup ubun-ubun kepalanya. "Kira sayangkan abang. Kira-" Kata-kata Kirana terhenti apabila dia terasa perutnya sakit.

Ashraff meleraikan pelukannya apabila dia terdengar Kirana seperti sedang menahan kesakitan. "Sayang? Sayang sakit ke?" tanya Ashraff. Kirana memegang perutnya. Dahinya mula berpeluh.

"Abang, sa-sakit.. Perut Kira sakit..." Kirana terus mengerang kesakitan. Ashraff terus sahaja mencempung tubuh Kirana sebelum dibawa ke kereta. "Sayang, sayang tahan kejap. Kita pergi hospital ya?" Ashraff segera menghidupkan enjin kereta sebelum memandu ke arah hospital.

Kirana yang sedang menahan kesakitan, meraih tangan Ashraff yang masih memegang stereng kereta. Ashraff menoleh sedikit ke arah isterinya. "Kira mintak maaf, abang. Kira tak nak mati sebagai isteri yang nusyuz. Kira tak nak mati dalam keadaan abang tak redha dengan Kira. Kira mintak maaf, abang," ucap Kirana.

"Tak, sayang. Sayang isteri abang yang baik. Abang tak pernah salahkan sayang pun. Sayang sabar sikit ya? Kita dah nak sampai hospital ni," pujuk Ashraff. Kirana mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

"Afieq Khalish, jangan bagi mama sakit, sayang. Afieq sayangkan mama kan?" Ashraff bercakap dengan anak di dalam perut Kirana. Tangan Kirana digenggam erat.

"Kira sayang abang.."

"Abang pun sayang Kira jugak, sayang."

AFIEQ Khalish berjaya dilahirkan tepat jam 2 petang. Ashraff bersyukur kerana Kirana selamat melahirkan zuriat mereka ke dunia. Dia juga bersyukur kerana diberi peluang untuk menemani Kirana bersalin seperti yang dia pernah janjikan pada isterinya.

Ashraff mengucup dahi Afieq yang sedang lena tidur itu setelah selesai mengazankannya. Comel, iras mamanya. Kirana yang sedang tidur akibat kesan ubat itu dipandang penuh cinta. Dahi isterinya dikucup lama.

"Terima kasih, sayang, sebab lahirkan anak yang comel untuk abang. Abang tak sabar nak bawak Nad dengan Haikal jumpa adik diorang ni. Afieq Khalish, anak papa dan mama. Papa sayang anak-anak papa," ucap Ashraff sebelum mengucup dahi Afieq sekali lagi.

Kirana tersedar sendiri apabila dia terasa ada seseorang sedang bercakap-cakap di sebelahnya. Ashraff memandang Kirana yang baru sedar itu. Kirana cuba untuk bangun namun Ashraff pantas menghalang.

"Sayang, sayang rehatlah dulu. Sayang mesti penat kan? Tak payah bangun lagi," tegah Ashraff.

"Oh, abang nak suruh Kira tidur? Supaya abang boleh kacau Afieq ni tidur pulak? Afieq tu pun penat jugak, abang. Abang ulit dia daripada dalam wad bersalin tadi tau. Ingat Kira tak tahu ke?" tanya Kirana. Ashraff hanya tersengih. Kacaknya suami aku ni, bisik hati Kirana.

"Ala, abang geramlah tengok Afieq ni. Comel sangat, macam sayang," balas Ashraff. Kirana tersenyum mendengarnya sebelum dia menyedari sesuatu.

"Eh, abang bukan demam ke?"

"Memanglah, tapi kan tadi abang berkejar ke hospital. Lepas tu temankan sayang bersalin pulak, jadi badan abang pun keluar peluh. Abang ada mintak doktor check abang jugak tadi, tapi doktor kata abang tak demam," jawab Ashraff.

"Pelik. Boleh pulak macam tu?" Kirana bagaikan tidak percaya.

"Abang rasa, abang tahu kenapa demam abang cepat kebah."

"Kenapa?"

"Sebab sayang dah maafkan abang. Sayang dah tak jauhkan diri dari abang. Isteri abang ni dah kembali dalam hidup abang, jadi sakit abang pun hilanglah dengan izin Allah."

"Eii, ayat manis betul."

"Ni bukan ayat manis. Ni luahan hati abang. Hati abang cuma milik Kirana sorang aje. Kalau dia tak ada, abang boleh jadi gila tau," usik Ashraff. Wajah Kirana sudah merona merah. Ashraff tersenyum lebar.

Perbualan mereka terhenti apabila Afieq mula menangis kerana lapar. Kirana segera menyusukan Afieq, sambil diperhatikan oleh Ashraff. Tidak terucap rasa syukur dalam hati Ashraff kala ini. Kehadiran Afieq Khalish telah menjernihkan hubungan Ashraff Nadim dan Kirana.

MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅)Where stories live. Discover now