ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 1

221 6 4
                                    

Wardina berjalan masuk ke rumah nya dengan senyuman yang lebar di bibir selepas melihat kasut kerja ayahnya yang terlihat didepan pintu itu. Dalam fikirannya, mesti ayahnya sedang menunggu ketibaan nya yang baru habis menyelesaikan hari persekolahan nya. Tahun ini merupakan tahun akhir Wardina di sekolah menengah dan akan mengambil sijil pelajaran malaysia (SPM). Wardina meletakkan bag nya di atas sofa sebelum melangkah masuk ke dapur untuk minum.

Tuan Wazlan melangkah keluar dari biliknya sambil tersenyum melihat wardina yang pulang dalam kepenatan selepas menjalani hari persekolahan dari pagi hingga petang.

Wardina terlihat ayahnya yang sedang memerhatikan nya terus menyambut tangan ayahnya

"Assalamualaikum ayah, tadi dina belajar pertanian sebab dina nak targer A+" Wardina berkata dengan penuh semangat dan tersenyum bahagia. Belum sempat Tuan Wazlan membalas kata-kata anak sulungnya itu, Puan suraya pula yang bersuara.

"Boleh ke dapat A+? Aku tak percaya lah. Sebab kau ni bukannya pandai sangat. Otak lembam macam lembut. Tengok adik kau tu, wardiqa. Pandai, dapat pujian dari guru. Kau? Harap sukan? Hm.. duit pun tak leh dapat." Sinis saja kata Puan Suraya pada wardina. Wardina hanya tertunduk malu dan memandang lantai. Tuan wazlan yang mendengar Puan suraya berkata seperti itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Sekurang-kurangnya dia mencuba, ada hormat pada ibu bapa walaupun dia dihina dan didera oleh ibu nya sendiri. Yang awak tu? Mana anak kesayangan? Anak kesayangan tapi tak boleh hormati bapa sendiri? Awak ingat, dia cemerlang setinggi langit, dia boleh berjaya tanpa doa dan restu seorang bapa? Kalau setakat doa seorang ibu yang mengharap duit anak-anaknya, tak payah. Saya lebih bangga dengan anak yang mampu menghormati saya." Bidas Tuan Wazlan kepada isterinya Puan suraya. Puan suraya terkejut dan memandang Wardina dengan tajam.

"Bapa borek, anak rintik" balas Puan Suraya dan berlalu pergi. Tuan Wazlan hanya menggeleng dan memandang Wardina dengan senyuman manis.

"Anak ayah dah makan? Dina pergilah rehat dulu, mandi, solat pastu makan. Lepas makan dina tidur lah. Ayah tahu
dina penat kan? Harini dina rehat okay? Ayah sayang dina. Dina satu-satunya anak yang masih sayang ayah"
Ucap tuan wazlan pada anak sulungnya. Dia tahu wardina sangat kuat walaupun sering dipinggirkan oleh ibunya, wardina akan tetap mencuba menjadi yang terbaik pada keluarganya. wanita yang sangat indah kesabarannya.

"Ayah jangan lah sedih. Dina okay ke, dina nak jadi kuat macam ayah, nak jadi penyabar macam ayah. Dina sangat sayang ayah tau!.." wardina berkata dengan semangat dan memeluk ayahnya.

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now