ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA: 29

54 3 0
                                    

Wardina berjalan keliling rumah sambil mencari kelibat Enzra yang menghilang dari pagi. Dia berasa risau kerana Enzra langsung tidak menjamah sedikit sarapan pagi dan terus meninggalkan Wardina yang sedang membuat sarapan di dapur pagi tadi.

Wardina memandang sekeliling dan mula berfikir di mana dia harus mencari suaminya itu. Tiba-tiba, Wardina tersenyum dan mula berjalan ke arah satu pintu kaca yang berwarna hitam lalu dia menolak pintu itu. Dia tersenyum melihat Enzra yang sedang melakukan push up. Betul tekaan nya bahawa suaminya berasa didalam private gym nya.

"Abang" panggil Wardina dengan lembut sambil melangkah ke arah Enzra. Enzra tersenyum melihat kelibat Wardina. Dia menarik Wardina ke dalam dakapan nya.

"Sayang aku nak apa?" Tanya Enzra sambil mengusap lembut kepala Wardina. Wardina tersenyum memandang Enzra.

"Abang, Adra nak makan seafood. Boleh tak?" Tanya Wardina sambil membuat muka comel nya. Enzra tergelak kecil memandang Wardina. 

"Boleh tapi ada satu syarat." Tegas Enzra bersuara. Wardina memuncungkan mulutnya.

"Syarat apa? Abang ni kejam sangat dengan dina." Kata Wardina dengan nada merajuk nya.

"Pakai baju kurung. Aku tak nak kau pakai yang ketat. Menambahkan dosa ku. Dah lah aku ni banyak dosa, kau nak tambah lagi dosa aku ke? Nak sama-sama masuk neraka dengan aku?" Kata Enzra sambil mencubit pipi Wardina. Wardina menggeleng dengan laju.

"Tak nak!! Adra nak dengan abang dekat syurga. Abang syurga Adra. Abang dunia Adra. Adra nak naik atas nak gosok baju kurung!" Kata Wardina sambil lari ke tingkat atas ke arah bilik itu mereka.

Enzra ketawa besar sambil memandang Wardina yang berada di tingkat atas.

"Bini aku comel sangat." Kata Enzra sambil menggeleng kecil.

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now