ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 8

81 2 3
                                    

Perlahan-lahan Wardina membuka matanya dan memandang sekeliling. Berasa hairan dengan apa yang terjadi. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk bersandarkan bantal nya. Dia memandang Ezran dan Ezaty yang sedang tertidur pulas di sofa dan kerusi.

"Abang.." panggil Wardina dengan lembut. Ezran mendengar suara itu dan bangun perlahan-lahan memandang ke arah suara itu.

"Yes moya printsessa?" Ezran tersenyum manis memandang Wardina. Wardina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dina kat mana ni? Setahu dina semalam dina kat rumah kan?. Kenapa dina ada kat sini?" Wardina memandang Ezran dengan keliru. Seingatnya...

"Dasar mamat kerek, tunggu kau. aku dah sihat nanti, tahulah nasib kau" Wardina berkata dengan geram. Ezran ketawa kecil.

"Moya printsessa, you need rest okay? Demam dina tinggi sangat. Dina buat apa pergi dapur tengah malam buta tu?" Geleng Ezran. Nasib dia belum tidur semalam. Enzra punya dendam sampai pengsan dibuatnya gadis kecil tu.

"Dina nak ambl air minum sebab dina nak makan ubat. Tiba-tiba je mamat kerek tu buat show hantu, mana tak nye dina terkejut lalu terpengsan. Dina geram lah. Nasib je tak mati lagi" bebel Wardina dengan geram. Nasib umur masih panjang.

"Hey, tak nak cakap macam tu dina, dina cuma pengsan, look now, masih sedar dan mampu bergerak kan? Carino." Tergelak kecil Ezran memandang wardina.

"Carino? Moya printsessa? Apa tu? Dina tak faham lah." Wardina menunjukkan reaksi bingung. Entah apa yang di katakan oleh Ezran.

"Nothing, just funny nickname" Ezran tersenyum manis. Wardina mengangguk tanda faham.

Tanpa mereka sedari, mereka di perhatikan oleh seseorang dari luar bilik ward. memandang dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih, serba salah, kesian. Namun ego menguasai dirinya.

Enzra hanya melihat Wardina dan Ezran saling berketawa dan bergurau senda. Dalam dirinya ada satu perasaan yang sangat dia benci telah muncul tetapi dia mengabaikan perasaan itu dan memilih meninggikan ego nya setinggi gunung Kinabalu. Kalau boleh lagi tinggi dari gunung Kinabalu. Yelah, agak-agak lah nak tinggikan ego tu, kau ingat si wardina tu boleh capai ke?..

Ezaty tersenyum manis memandang abang sulung nya yang mampu menceriakan wardina dalam sekelip mata. Siapa sangka, gadis yang happy good lucky rupanya ada kisah yang mungkin tidak semua orang mampu menjadi kuat.

Ezaty memandang ke luar ward itu, satu sosok yang bertutupkan hoodie dan memakai mask di muka nya. Dia tahu siapa gerangan itu. Siapa lagi kalau bukan mamat kerek eh bukan Enzra. Haa kau tengok, Author pun geram dengan perangai si enzra ni, kang ku siku kang.

Ezaty berjalan keluar dari bilik ward Wardina dan melangkah ke arah Enzra. Enzra memandang kakak nya itu dengan tajam.

"Kau nak apa? Kau pun nak benci aku? Nak marah aku?" Kata Enzra dengan tajam dan berbaur nada sindiran. Eleh acah tersakiti lak, menci.

"Kau pahal dik, angah tak pernah pun nak benci kau, angah nak tegur kau, itu pun salah ke?" Ezaty menggunakan nada lembut. Dia tahu Enzra bukan lah lelaki yang mudah di pujuk namun dia tahu adiknya itu sangat manja. Maklumlah anak bongsu. Tak semua anak bongsu manja wahai Author.

"Tak, kau gi lah ngan adik baru kau tu, dia kan terpalinggg baru kat sini." Enzra menjeling dan ingin berlalu pergi, namun Ezaty bersuara untuk menghalang adiknya untuk terus salah faham pada Wardina.

"Dia bukan perempuan yang lemah macam kita fikirkan." Enzra terhenti selepas mendengar itu. Enzra berpusing ke arah Ezaty.

"Tell me more"

*549 patah perkataan je. Idea macam siput, bila aku malas idea berdesup masuk, bila aku nak tulis, slow.. sabar lah geng*

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now