ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 2

147 4 2
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN

Wardina melangkah masuk ke dalam rumah nya dengan wajah yang penat. Seharian dia cuba mencari kerja yang boleh menampung hidupnya sendiri tanpa membebankan ayah nya. Wardina tersenyum girang apabila melihat ayahnya berada di ruang tamu sambil menonton tv. Wardina bergegas ke arah ayahnya dan menyalami ayahnya.

"Assalamualaikum ayah, ayah dah makan?" Kata wardina dengan tersenyum manis. Gembira melihat sang ayahnya yang sudah sihat seperti sediakala. Manakan tidak, ayahnya sering bermain bola sepak tanpa menghiraukan keadaan kesihatan. Bila ditegur, ayahnya akan berkata masih muda dan kuat.

"Waalaikumussalam, anak ayah. Dina macam mana hari ni? Dah dapat kerja? Ayah belum makan lagi ni haa, mak kamu kata dia malas masak. Dia nak kamu yang masak. Takpe nanti ayah masak okay. Ayah tahu dina penat." Ucap Tuan Wazlan sambil membelai rambut Wardina. Satu-satunya anak sulung yang dia sangat kagum. Kekal berjuang walaupun rapuh. Anak yang hanya mempunyai satu matlamat. Tidak mahu menyusahkan ibu bapa nya.

"Eh takpe ayah, nanti dina masak. Dina tahu ayah mesti rindukan masakan kan? Eleh.. dina belum dapat kerja lagi. Tapi insyaallah, dina dah apply banyak tempat. Ayah jangan lah risau. Dina okay je ni. Eh dina nak minta izin ayah, dina nak order lagi satu novel, boleh tak? Sebab dina dah lama tak tambah koleksi hehe. Jangan risau, duit dina masih cukup" tersenyum wardina memandang ayahnya, sememangnya wardina masih mempunyai simpanan yang dia dan ayahnya saja tahu. Dengan adanya duit simpanan wardina itu, dapatlah wardina memuaskan dirinya membeli segala kemahuan nya. Jika Puan suraya tahu, pasti puan suraya akan meminta duit daripadanya. Tuan wazlan mengangguk sambil tersenyum. Namun belum sempat tuan wazlan menyambung percakapannya, laju Puan Suraya mencantas.

"Tak payah! Kau tu keje kau, membazir je. Kau ingat dengan baca novel tu boleh bagi aku makan? Hey, budak. Baik kau masak sekarang sebelum kau makan kaki aku saiz 9 ni. Amboi! Menghabiskan duit laki aku je keje kau! Macam perempuan penyondol." Dengan sinis puan suraya mencerlung tajam pada wardina. Terlalu geram dek kerana gaya puan suraya. Tuan wazlan berdiri dan berkata dengan tegas.

"Duit saya, duit dia juga. Dia anak saya. Jangan awak nak sedap mulut samakan anak saya dengan penyondol. Anak saya ni, beli semua keperluan dia, guna duit dia sendiri. Yang awak tu, keje awak mengharapkan duit dari saya. Kalau saya dengar lagi awak kata anak saya penyondol, siap eh. Dina, pergi masuk bilik. Jangan masak. Siapa yang lapar dalam rumah ni, masak sendiri. Anak ayah bukan orang gaji dalam rumah ni." Tuan wazlan memandang wardina dengan lembut sebelum memandang puan suraya dengan tajam. Puan suraya menahan hatinya yang sedang panas oleh kerana sang suami lebih memilih anak perempuannya.

"Kalau dia tak masak, siapa nak bagi awak makan? Awak ni, sia-sia kita lahirkan anak perempuan sulung kalau dia tak ada guna dalam rumah ni! Dah lah menyusahkan saya. Setiap hari minta duit. Awak jangan jadi bodoh eh" puan suraya membalas dengan tidak puas hati. Sememangnya dia hanya menganggap wardina sebagai orang gaji. Prinsip nya, anak paling bodoh layak berada di bawah tapak kaki nya.

"Wardina itu anak saya. Bukan orang gaji dalam rumah ini. Apa guna nya awak sebagai isteri saya yang sah? Awak lah sepatutnya yang lakukan semua tu. Ya saya tahu wardina itu anak perempuan kita anak sulung kita. Tapi cuba awak fikir, kita ada 4 orang anak perempuan, mana lagi 3? Awak nak harapkan anak saya seorang? Awak ingat dia tu robot ke? Mana anak kesayangan awak? Haa? Ni saya nak cakap, jangan sesekali meminta duit dari wardina, if i know you take her money, saya tak teragak-agak potong duit bulanan awak." Kata tuan wazlan dengan nada sinis dan tegas. Siapa saja yang suka melihat anak nya didera dan dihancurkan dari segi fizikal dan mental. Cukuplah anak nya itu menderita selama beberapa tahun di bawah penjagaan isterinya. Dia sudah tidak sanggup melihat wardina terseksa.

Puan suraya ingin membalas kepada tuan wazlan namun anak ketiga mereka pula yang bersuara agar pertengkaran antara ibu dan bapa nya tidak berlanjutan. Dia sudah biasa dengan pertengkaran antara ibu bapanya itu. Kakak sulungnya, wardina yang akan menjadi tempat pelampiasan ibu nya.

"Takpe, biar amyla yang masak. Ibu dan ayah tenang lah dulu. Jangan selalu gaduh. Tak baik nanti jiran dengar. Ibu, nanti amyla panggil ibu makan, tu abby ada call tadi nak cakap ngan ibu. Phone amyla ada kat bilik. Pergilah."
Kata amyla dengan tenang sambil cuba meleraikan pertengkaran itu. Puan suraya bergegas masuk ke bilik anaknya selepas mendengar saja nama anak bongsu nya. Tuan wazlan hanya menggeleng dan memandang amyla sebelum ia duduk kembali untuk menonton tv. Amyla hanya tersenyum hambar dan pergi ke dapur untuk mula memasak.

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now