Wardina membantu Cik Ma untuk membersihkan segala halaman rumah mewah itu. Tidak sanggup dia melihat wanita tua itu menguruskan rumah itu sendiri tanpa bantuan. Walaupun sudah berkali-kali di larang oleh Cik Ma. Wardina tetap berdegil.
Enzra melihat sekeliling dan terlihat Wardina yang sedang membersihkan kolam renang itu sendiri. Tersenyum sinis Enzra memandang nya.
"Wardina" Panggil Enzra dari arah belakang. Wardina memusingkan badan nya melihat ke arah belakang dan melihat Enzra yang dengan muka sombong nya.
"Ye encik bau itik? Eh bukan Tuan Enzra yang kacak lagi rupawan. Ada apa encik cari saya?" Kata Wardina dengan nada gurauan nya. Dalam gurauan ada kekasaran nya.
"Amboi kau, sedap panggil aku bau itik. Aku nak kau siap, kau ikut aku." Kata Enzra dengan dingin. Wardina kebingungan dan memandang sekeliling nya.
"Saya ke? Tak ada angin tak ada ribut. Muncul tak di undang, tiba-tiba nak bawa saya pergi. Pergi mana? Eleh encik enzra ni, sweet lah." Ujar Wardina dengan tersipu malu. Sengaja dia mengusik Enzra begitu.
"Packing baju kau. Kita pergi sabah. Aku dah tanya mama. Jangan risau. Bilik asing. Tak hingin aku nak tidur dengan nenek tua. Eyyy seram. Ghisau je tiba-tiba pontianak sebelah aku." Belum sempat Wardina ingin menghumban selipar nya ke arah Enzra, Enzra sudah larikan diri terlebih dahulu. Enzra ketawa terbahak-bahak dari dalam rumah.
"Eyy dasar bau itik! Aku pun tak hingin dengan kau! Bau itik nafas bau kuda! Dasar! Eyyy geram nya aku dengan mamat kerek ni. Ya Allah, kenapa lah kau hadirkan orang macam ni dalam hidup aku." Bebel Wardina sambil mengutip seliparnya yang sudah terbang masuk ke dalam rumah.
♠♠♠
Setelah selesai segala urusan. Mereka telah tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Datin Khairina, Ezran, Ezaty dan Cik Ma juga turut menemani mereka ke lapangan terbang. Maklumlah, mereka akan berada 3 minggu di sabah. Sengaja Enzra menetap 3 minggu kerana dia ingin membuli Wardina ataupun meluangkan masa bersama Wardina.
Datin Khairina memeluk Wardina dengan erat. Dia agak ragu melepaskan Wardina kepada Enzra namun dia yakin, anak lelakinya itu mampu menjaga Wardina.
"Dah lah mama, Enzra bukan nya nak bawa Wardina pergi US ke Paris ke. Kalau mama nak Enzra bawa Wardina tu pergi bak sini modal. Sekali dengan duit makan, duit shopping Wardina." Kata Enzra sambil berpura-pura mengira kos yang bakal dia biaya.
"Bro, jangan serius. Tak apa, biar aku je yang bawa Wardina pergi nanti. Semua aku tanggung. Kan, Dina?" Sengih Ezran sambil memandang Enzra atas bawah.
Enzra menolak dinding mulutnya menggunakan lidahnya. Dia tahu permainan abang nya namun dia tak akan kalah dengan muda. Apa yang dia nak, dia pasti akan dapat.
"Jangan dark sangat joke tu bang. Kau pun tahu kan, apa yang aku nak, aku akan dapat. What's mine, is mine." Kata Enzra sambil merenung tajam mata abangnya, Ezran.
Wardina memandang kedua orang lelaki itu yang saling berbalas pandangan. Dia sendiri tidak faham tentang dua lelaki itu. Sejak dua menjak ni, kedua lelaki itu sudah tidak rapat lagi seperti sedia kala. Mesti ada sesuatu yang telah mereka gaduhkan.
Continue.
*Aku buat story ni sambil dengar lagu shah rukh khan. Perghh vibe betul lah. Sambil ingin membuat plot twist tu, sambil menari. Namun aku kalah dan akan buat plot twist tu keesokan hari kerana aku ingin menonton Bollywood.*