Wardina membuka matanya dan memandang sekeliling. perut terasa lapar dan mengenang penat selepas pulang dari kerja. Umur masih muda tetapi dia harus bekerja demi kebutuhan hidupnya.
Dia melangkah keluar dari bilik nya dan melihat adiknya yang sedang duduk di kerusi malas itu. Waria memandang Wardina yang baru keluar dari bilik tidur nya.
"Kalau kau nak makan, makan lah. Ada ikan goreng lagi." Kata Waria sambil tersenyum. Dia tahu kakaknya sedang lapar selepas penat berkerja seharian.
Wardina melangkah ke arah meja makan dan mengangkat tudung saji untuk melihat lauk yang telah di hidang didalam tudung saji. Dia tersenyum dan memikirkan untuk tidak makan agar adik nya yang lain boleh makan selepas pulang dari sekolah. Wardina melangkat ke sofa dan duduk untuk menghilangkan sedikit rasa sakit kepala.
Tiba-tiba Wardiqa membawa sebatang penyapu dan menyapu lantai dengan kasar. Wardina merenung Wardiqa yang bersikap kurang ajar itu.
"Kau dah kenapa nak marah-marah, diqa? Apa masalah kau?" Tanya Wardina dengan lembut walaupun dia sudah naik sedikit marah.
"Diam lah kau, kau tu dah lah tahu makan je dalam rumah ni, beban keluarga pula tu." Kata Wardiqa sambil menengking Wardina.
"Aku ni kakak kau, Diqa! Kau jangan kurang ajar dengan aku!" Jerit Wardina dengan lantang. Sudah cukup panas dibuat nya.
"Diam lah kau beban keluarga!" Jerit Wardiqa lagi.
"Eh kalau aku beban keluarga! Pernah kau nampak aku makan dalam rumah ni? Pernah?! Pernah aku minta duit kau untuk tanggung hidup aku?! Pernah?! Kau dengar sini eh Wardiqa, walaupun duit gaji aku tiga puluh ringgit, aku ni rasa serba salah sebab tak bagi mak duit aku! Kau ingat dengan tiga puluh ringgit ni mak nak terima ke?! Kalau kau nak tahu, mak pernah lempar duit gaji aku ni depan mata aku dan dia pijak! Dia kata dia tak nak pun gaji tiga puluh ringgit ni! Jijik sangat ke aku di mata korang?!" Jerit Wardina sambil menahan air mata nya daripada jatuh. Dia sudah cukup hilang sabar. Penat lelah nya masih belum hilang.
Tiba-tiba bunyi ketukan pintu dan Tuan Wazlan bersama Puan Suraya masuk ke ruang tamu setelah pulang dari membeli barang.
"Ayah, Wardina marah-marah lagi" adu Wardiqa sambil buat air mata palsu. Tuan Wazlan memandang Wardina dengan tajam.
Namun, Waria keluar dari tandas dengan sisa air mata dan memandang Tuan Wazlan untuk menyelamatkan Wardina.
"Kak ngah cakap kak long beban keluarga dan tahu makan je dalam rumah ni, ayah." Kata Waria dengan teresak-esak nangis.
Wardiqa ketawa seperti orang gila dan memandang Waria dengan tajam. Dia tahu dia dalam bahaya.
"Kau nak tipu Waria?" Kata Wardiqa dengan sinis. Waria menggeleng.
"Aku tak kan tipu apa yang kau buat dengan Kak long! Kak long tak salah!" Jerit Waria sambil mempertahankan Wardina. Puan Suraya membesarkan matanya.
"Kau jangan nak salahkan Wardiqa, Waria! Kau sama je macam kakak sialan kau tu!" Jerit Puan Suraya. Tuan Wazlan menggeleng kepala memandang anak beranak itu.
"Sudah cukup. Bersurai. Jangan ada apa-apa pergaduhan lagi" ujar Tuan Wazlan dengan tegas.
-end flashback-
.........."Kau termenung apa tu, sayang?" Tanya Enzra dengan hairan. Dia dari tadi memandang Wardina yang berdiri berseorangan di balkoni. Wardina tersenyum dan masuk ke dalam pelukan Enzra.
"Saya teringat waktu Wardiqa play victim dulu. Saya tertanya-tanya kenapa ibu benci saya. Saya ni jahat sangat ke, abang?" Tanya Wardina sambil memeluk erat Enzra. Enzra mengetap rahang nya. Menahan amarah.
"Cinta hati aku tak pernah jahat. Kau perempuan satu-satunya yang sentiasa mengaku kalah walaupun itu bukan salah kau. Aku nak pesan ni, aku nak kau sentiasa jadi kuat untuk aku. Jangan biarkan orang lain pijak kau. Hati kau memang lembut tapi aku nak kau berfikir guna otak bukan guna hati." Kata Enzra sambil mengusap rambut Wardina dengan lembut. Cintanya pada wanita itu sungguh tak terkira.
"Adra, minta maaf kalau Adra tak mampu jadi isteri yang sempurna untuk abang" mengalir air mata Wardina sambil melihat Enzra. Sungguh dia sangat sayangkan lelaki itu.
"Shhh, kau dah cukup sempurna untuk aku. Dah, jangan nangis. Jangan dengar cakap orang. Kau fokus untuk aku, untuk kita. Aku tak akan biarkan sesiapa sentuh kau walaupun hujung rambut." Kata Enzra dengan tegas. Wardina tersenyum sambil memeluk erat Enzra. Terasa ceria hatinya.
*Hi gess, happy reading and this part is kisah benar yang terjadi. So yeah. Terima kasih untuk story yang biasa saja*