ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 32

13 3 0
                                    

Ezran memandang sosok wanita yang sedang berada dalam market itu dengan tajam. Dia memastikan wanita itu pasti bersendirian kerana dia hanya melihat wanita itu menolak troli sambil mengambil barangan keperluan.

Dia melangkah keluar dari kereta nya dan menghampiri wanita itu sambil tersenyum sinis. Ya, itu Wardina. Wanita yang sangat dia inginkan. Dia menggengam pergelangan tangan Wardina yang cuba mengambil makanan ringan.

Wardina terkejut dan cuba menarik tangannya namun digenggam erat oleh Ezran yang tersenyum sinis.

"Wardina, Wardina. Mana kau nak lari huh? Kau jangan fikir aku tak tahu. Kau hanya milik aku Wardina." Sinis Ezran dengan mata yang tajam lalu dia menarik Wardina mendekati nya dengan kasar.

"Lepaskan aku lah, Ezran! Aku isteri orang!" Jerit kecil Wardina sambil meronta-ronta. Dia melihat sekeliling nya yang hanya sunyi kerana tiada orang di lorong itu.

"Aku akan dapat apa yang aku nak. Kau jangan macam-macam dengan aku! Aku boleh bunuh adik ak-" tiba-tiba ada satu suara yang mencantas dari belakang nya.

"Bunuhlah. Bunuh adik kau ni." Ujar suara itu. Mata Ezran membesar terkejut. Dia tahu itu siapa. Wardina menarik tangan nya dan berlari ke arah sosok itu.

"Abang!" Ujar Wardina sambil memeluk badan kekar itu. Ya, itu ialah Enzra. Dia sudah memerhati Ezran sejak kedatangan mereka ke kedai itu. Dia tidak lah bodoh yang disangka Ezran.

"Kurang ajar! Macam mana kau boleh ada di sini!" Jerit Ezran dengan amarah. Rancangan nya gagal sekaligus.

"Kau ingat aku bodoh ke? Aku tak bodoh macam kau, isteri aku, tetap isteri aku. You touch her again, i cut your fingers. What's mine, is mine. I don't like to share." Tegas Enzra sambil menggengam tangan kecil Wardina. Dia tahu isterinya itu sedang ketakutan.

"Kau ingat kau hebat ke sial?! Aku akan pastikan kau hancur kehancuran nya!" Jerit Ezran. Dia memandang tajam ke arah Wardina yang sedang bersembunyi di belakang Enzra.

"Baik kau blah sebelum mama dan papa datang sini. Guard! Tolong halau orang gila ni. Dia dah gila. Menyesal mak bapak aku ambil kau jadi anak" ujar Ezaty dengan tangannya full dengan snack yang di pilih nya. Dia tahu bahawa Ezran mengikut Wardina. Disebabkan itulah Enzra mengamanahkan dia untuk mengikuti kemana sahaja dia dan Wardina pergi.

Ezran memandang kedua adiknya itu dengan tajam. Dia tahu macam mana liciknya kedua adiknya. Dia tidak mampu untuk melawan kekuatan Enzra begitu juga dengan Ezaty.  Dia menjeling lalu berjalan keluar dari market itu dengan sinis.

Enzra memandang wardina yang masih ketakutan di belakang nya. Pergelangan tangan isterinya itu sedikit kemerahan. Ezaty meletakkan segala snack yang dipilih nya kedalam troli dan bergerak ke arah Wardina

"Dina okay? Maaf akak tadi terlalu busy pilih snack. Enzra, damping Wardina. Akak nak bayar ni dulu. Kita terus balik lah. Nanti akak suruh bodyguard untuk teman akak beli barang yang lain." Ujar Ezaty sambil mengangguk pada Enzra.

Enzra mengaku dan menarik Wardina untuk bergerak ke kereta sambil menunggu Ezaty siap membayar segala barangan yang mereka beli tadi.




*Maaflah nderr, simple + bosan. Sedaya upaya sudah ni. Nanti tegur je kalau ada rasa tak ngam. Terima kasih 🤍*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now