Enzra memandang Wardina yang sedang tidur di katil wad nya. Bila melihat keadaan wanita itu, sedikit demi sedikit Ego nya mula luntur. Tapi sikit sak lah nda banyak.
Bila mendengar tentang gadis itu, kini dia faham kenapa mulut gadis itu pedas mengalahkan cili. Rupanya banyak yang dipendam nya. Dia tidak pun teragak Ezaty dan Ezran akan mencari tahu tentang latar belakang Wardina padahal Enzra baru saja ingin merancang menyiasat latar belakang wardina.
Enzra mendekati katil wad wardina dan menaikkan selimut gadis itu sedikit agar gadis itu tidak kesejukan.
Enzra membongkok sedikit dan berbisik di telinga Wardina."Sometimes we have to be strong for ourselves. Fight all fears that exist, not because of weakness, not because of fear, but this will train us to be independent" bisik Enzra sebelum melangkah pergi.
Tanpa dia sedari, air mata Wardina mengalir selepas saja mendengar kata-kata itu. Ya dia tahu sememangnya kita perlu kuat dalam semua situasi. Tetapi tidak bermakna kita perlu terus kuat tanpa sokongan dan dorongan seseorang. Tapi dia tahu, bukan semua orang mampu menjadi kuat atas dorongan dan sokongan. Ada juga segelintir yang kuat tanpa sokongan sesiapa.
♠♠♠
Wardina berjalan masuk ke villa milik Dato Alexander selepas beberapa hari di dalam wad hospital. Wardina tersenyum manis memandang muka Datin Khairina yang setia menunggu nya di ruang tamu.
"Hai dear, how are you?" Datin khairina memeluk erat tubuh kecil Wardina. Semakin lama semakin mengurus gadis itu.
"I'm fine ma, how about you? You looks so beautiful today, berseri-seri dina tengok" Wardina memandang Datin khairina penuh minat. Walaupun sudah berumur, tapi Datin Khairina tetapi terlihat anggun.
"I'm good, of course mama nampak berseri sebab anak perempuan mama dah balik dari wad. Dina nampak kurus lah, mesti makanan hospital tu tak sedap kan? Tak apa, mama dah suruh cik ma masak untuk dina" Kata Datin khairina dengan penuh semangat. Walaupun Wardina hanya sekadar pembantu peribadi nya untuk di rumah, tetapi dia tetap melayan gadis itu seperti anak sendiri.
Wardina terketawa kecil melihat tingkah laku Datin Khairina itu. Tua bukan sebarang tua.
"Amboi ma, tak kan Wardina je mama peduli, haa ni anak sulung mama kat sini. Mama tak rindu?" Ezran bersuara apabila tiba masuk saja di ruang tamu selepas mengangkat beg wardina. Datin Khairina ketawa kecil.
"Kamu tu dah besar panjang, anak lelaki. Lelaki kena gagah, jangan jadi lemah depan wanita." Ketawa Datin khairina. Ezran hanya menggeleng dengan karenah ibunya itu.
"Jangan macam tu ma, tidak semua lelaki perlu menjadi gagah untuk menyembunyikan kelemahan nya. Terkadang lelaki juga harus di faham kan. Kita tidak tahu apa yang mereka rasa dan apa yang mereka inginkan. Saling memahami antara satu sama lain itu kan bagus" tenang Wardina bersuara.
Datin Khairina terkedu seketika dan tersenyum manis. Dia tahu gadis itu banyak perkara yang membuatkan terluka hingga dia mampu menjadi matang di usia yang muda. Ezran tersenyum mendengar kata-kata itu.
"Dengar tu ma, tak semua lelaki harus menyembunyikan kelemahan nya. Kami pun ada keinginan seperti disayangi oleh orang tersayang. Tak pe dina, nanti abang suruh papa up gaji dina. Don't worry moya printsessa." Ketawa Wardina mendengar kata-kata Ezran. Datin Khairina juga turut tertawa.
"Amboi, dah mula panggil dalam bahasa ru-" belum sempat Datin Khairina menghabiskan kata-katanya, Ezran memotong.
"Err ma, Enzra mana? Tak nampak pula kereta nya." Tanya Ezran sambil memandang sekeliling. Setahunya, adik bongsu nya akan berada di rumah pada waktu tengahari untuk makan tengahari.
"Hmm, kamu tahu lah adik kamu Ezran, dah berapa hari tak balik. Mama pun tak tahu lah. Mungkin adalah tu dia nak buat." Ezran mengangguk tanda faham.
Wardina mengambil langkah untuk naik ke atas dan masuk ke biliknya. Wangian biliknya masuk ke dalam hidung nya. Wangian yang sangat dia rindu.
Sedang dia menyusun pakaian kotornya, dia melihat satu kertas nota tertampal di cermin meja solek nya. Wardina membaca tulisan di atas kerja itu.
"Mi dispiace tesoro"