Selesai sahaja doktor peribadi Enzra memeriksa Wardina. Doktor itu pun memberitahu Enzra tentang apa yang dialami oleh Wardina. Dengan muka yang serius dan teliti Enzra mendengar doktor itu memberikan nasihat kepada Enzra.
"Dia mengalami tekanan dan kekurangan air. Stress yang melampau akan membahayakan diri dia. Tuan kena sentiasa mengawal Puan. Kita tak tahu apa yang dia pendam selama ni. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang di alami oleh mereka namun mereka sengaja terlihat bahagia demi membahagiakan diri kita." Ucap doktor Amani dengan panjang lebar.
Enzra menganguk perlahan sambil memandang Wardina yang tidur lena selepas mendapat ubat. Terlihat sangat lelah dan semakin kurus.
"Hm, terima kasih. Nanti Aiman akan settle kan bayaran. Thanks again." Kata Enzra sambil memberikan arahan pada Aiman untuk membawa Doktor Amalina keluar.
Enzra melangkah mendekati katil dan duduk disamping Wardina. Di teliti wajah itu. Cantik dan berseri namun menyimpan banyak luka. Enzra melepaskan keluhan berat sambil mengelus lembut rambut Wardina.
"Aku minta maaf, flower. Aku tak mampu. Aku sangka aku kuat, namun aku lemah dengan air mata kau. Kau segala nya bagi aku. Aku gagal. Aku lemah. Kau tak layak untuk aku tapi aku cuba untuk jadi suami yang terbaik buat kau. Bagi aku masa, flower. Aku janji, aku akan lindungi kau seperti aku lindungi nyawa aku. Kau nyawa aku, jiwa aku. Aku minta maaf." Ucap Enzra sambil mencium lembut dahi Wardina sebelum melangkah keluar untuk mencari adiknya, Ezaty.
Air mata Wardina bergelingan jatuh. Dia membuka mata nya perlahan-lahan. Senyuman terukir di bibir. Dia merasakan hangat nya seorang suami.
"Abang, nyawa Adra." Ucap Wardina sebelum melelapkan mata untuk tidur kembali.
♥♥♥
Enzra melangkah ke bilik adik perempuan nya. Mencari kelibat adik perempuan nya untuk melampiaskan kemarahan nya. Ezaty terkejut melihat Enzra menceroboh masuk ke biliknya tanpa sebarang ketukan.
"AKU SURUH ADIK JAGA AKAK, PAHAL ADIK TAK JAGA AKAK?!" Tanya Enzra dengan nada bengang. Sungguh panas hatinya mendapat tahu Wardina demam. Ezaty menunjukkan muka terkejut seperti beruk.
"Elehh kau bang, banyak cantik nak marah aku. Oii bang, aku ni bukan sorang nak jaga tau! Tu haa DATO ALEXANDER ENDRY DAN DATIN KHAIRINA tu pun aku nak jaga. Kau ni dah pahal bang?! Dah lah bagi aku tugas banyak sangat sampai nak marah aku pula. Ingat aku ni mata ada sepuluh ke. Yang akak Dina tu, adik mana tahu dia sakit. Asal kita tanya dia diam. Nak makan tak? Diam. Akak okey tak? Diam. Baik dia kahwin dengan diam je. Yang abang pun satu, yang tinggalkan bini lama sangat dah kenapa? Gila? Nak kahwin lain? Aku sula kau bang." Kata Ezaty dengan bebelan panjang lebar. Boleh semput Enzra mendengar.
Enzra memandang Ezaty yang membebel sambil mengemas biliknya itu. Ada sahaja yang ingin dibebel oleh perempuan itu.
"Eh aku cubit juga mulut kau dengan Adra nanti. Dua-dua sama. Tahu melawan aku. Kau jangan sampai aku potong duit kau haa kang ada yang merayu kat mama." Bebel Enzra sambil menarik hujung hoodie Ezaty.
"Eh bang, cakap pasal kak Dina en, abang tahu tak yang abang Ez dah banyak kali call kak Dina, message tapi akak tak layan. Bila Zaty tanya, akak bagi alasan, nak jaga hati abang. Sebab yang akak tu isteri abang Enz bukan abang Ez. Makin gila kot abang Ez ni. Ni kalau mama tahu, mati dia bang." Kata Ezaty sambil membuat gaya seperti detektif.
Enzra menggerakkan rahang nya menahan amarah.Dia sudah tahu niat Ezran yang lelaki itu tak akan putus asa. Ada sahaja yang ingin dia ambil oleh lelaki itu.
"Dia tak akan dapat Adra. Adra milik aku, dan hanya aku. Dia tak mampu saingi aku. Kalau sekali pun terpaksa gadaikan nyawa. Aku sanggup demi bini aku. Walupun terpaksa bakar dunia ni." Ujar Enzra dengan memandang cermin dengan pandangan tajam. Ya, seorang lelaki yang hanya akan ada satu wanita dalam dirinya. Possesif? Ya sememangnya dia.
