ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 10

91 4 2
                                    

Setelah beberapa hari dia pulang dari hospital. Kini dia berasa sihat kembali. Wardina boleh melakukan kerja nya seperti biasa.

Tetapi sudah beberapa hari juga dia tidak melihat keberadaan lelaki kerek nya itu. Siapa lagi kalau bukan Enzra Khaleq. Ya dia memang sangat kerek. Tetapi biar pun dia kerek, terasa kosong rumah itu tanpa anjing dan kucing.

Wardina masuk ke dapur untuk mengusik cik ma yang sedang memasak. Perlahan-lahan wardina mencucuk pinggang cik ma.

"Opocot mak kau, eeyy budak bertuah ni. Nak apa ni dina? Napa kacau cik mak tengah potong sayur ni, kalau tertikam dina nanti, naya cik ma." Bebel cik ma sambil mencubit pipi lembut Wardina.

Wardina ketawa riang mengusik cik ma. Gelagat kuat melatah cik ma telah mengusik perhatian nya.

"Alah cik ma ni, dina nak manja-manja dengan cik ma. Cik ma je yang faham dina. Comel bah cik ma ni, cuba cakap sabah sikit. Ikut dina, boleh bah kalau kau mandak." Usik Wardina. Cik ma dengan polos nya pun hanya mengikut kehendak wardina.

"Eh, bukan ke, bulih bah kalau kau. Haa macam tu kan?" Cik ma bertanya. Tergelak Wardina mendengar slang sabah Cik ma.

Ezran masuk ke dapur untuk mengambil air minum namun terhenti apabila mendengar suara gelak ketawa Wardina dan Cik ma. Sememangnya rumah itu berseri semenjak kehadiran Wardina. Selalunya rumah itu sunyi sepi.

"Buat apa tu?" Ezran bersuara sambil tersenyum. Wardina dan Cik ma memandang ke suara itu.

"Ni ha, budak Wardina ni ajar Cik ma cakap sabah. Tapi Cik ma betulkan slang nya, bulih bah kalau kau. Cuba Ezran try slang sabah. Manatau dapat menantu sumandak sabah. Siapa tahu" Cik ma mengusik Ezran sambil menaikkan kening. Wardina tersipu malu apabila Cik ma mengusik seperti itu.

Ezran terketawa kecil. Cik ma kalau mengusik 2 kali 5 dengan wardina.

"Entahlah Cik ma, kalau dapat isteri orang sabah, tu saya bersyukur lah, tapi tak tahu pula kalau orang sabah tu nak kat saya. Kan wardina kan? Haaa err macam mana tadi? Bu.. bulih bah kalau kau?" Ezran ketawa terbahak-bahak selepas dia berkata seperti itu. Terasa asing tetapi menarik.

Cik ma dan Wardina ketawa mendengar Ezran menggunakan slang sabah. Angan-angan nak ada isteri orang sabah mungkin kena pandai makan latok kut. Ataupun tuhau. Author craving tuhau bah aish kamu ni.

Wardina memandang Ezran sambil tersenyum seperti ada yang ingin dikatakan.

"Abang, dina nak cakap sikit boleh tak?" Ezran mengangguk perlahan dan membalas senyum Wardina.

"Abang tunggu dina dekat tepi kolam, okay?" Wardina mengangguk perlahan dan meminta diri pada Cik ma.

Cik ma mengangguk tanda faham dan meneruskan kerja nya. Dia sudah menganggap Wardina seperti anak perempuan nya. Sungguh mulia hati gadis itu.

Wardina menuju ke arah kolam renang milik keluarga Ezran dan melihat Ezran berdiri di tepi kolam renang sambil bermain telefon nya. Dia memandang Wardina lalu menyimpan telefon nya didalam poket.

"Dina nak cakap apa?" Ezran berdiri di sebelah Wardina. Ketinggian gadis itu hanya mencecah dada nya. Pendek tul bah.

"Dina nak bagitahu abang, abang ada bagi nombor dina pada sesiapa tak? Sebab dina asyik dapat mesej dari orang yang tak dikenali. Private number." Wardina berkata sambil membuka telefon pintar nya dan menunjukkan nombor itu.

Ezran mengangguk perlahan dengan muka serius membaca mesej itu. Bukan dia tak tahu siapa gerangan itu. Siapa lagi kalau bukan si Enzra tu.
Mesej yang terakhir membuat Ezran terkedu.

Unknown number
-sakit sedalam laut, memaafkan seluas langit-

Ezran sudah faham yang dimaksudkan oleh Enzra. Ezran tersenyum memandang Wardina.

"So, dina maafkan orang ni?" Tanya Ezran dengan lembut. Wardina mengangguk perlahan.

"Walaupun dina tak tahu siapa dia. Tapi dina tetap maafkan dia. Hari ini hari dina, esok lusa kita tak tahu kan? So dina memang maafkan sesiapa pun. Tak nak lah dendam ni. Bahaya" kata wardina sambil bermain jarinya.

Betullah apa yang dikatakan Cik ma. Wardina mempunyai hati nya murni dan baik. Sentiasa memaafkan walaupun sebesar zarah.

"Good job moya printsessa"

*Petang sikit aku update lagi. Ngantuk sumpah. Nak edit video lagi. Aduh sakit kepala mak, rasanya cite ni pun dah terbelit dah*

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now