Enzra berada dalam ruang kerjanya bersama sepupunya Tengku Adriyan Hafiz yang juga merupakan sahabat baik nya semenjak mereka kecil lagi. Adriyan memandang Enzra yang seperti kusut memikirkan sesuatu. Dia pasti bahawa sepupu nya itu sedang berada dalam dilema atau berada dalam masalah.
"Kau dah kenapa bro? Ada masalah cakap terus. Tak yah nak diam sangat. Sepak kang." Kata Adriyan dengan nada kasar. Dia malas nak layan kerenah Enzra yang sentiasa berdiam dalam masalah nya dia hadapi
Enzra menjeling ke arah Adriyan. Sungguh lelaki itu sememangnya kasar tapi dia tahu Adriyan sentiasa membantunya dalam segala hal. Akan tetapi dia sangat tidak berminat untuk di bantu dalam semua masalah yang dia hadapi.
"Tak ada apa. Cuma fikirkan bini aku. Aku tak faham lah kenapa Wardina sentiasa menyembunyikan masalah yang dia ada. Kadang-kadang aku tengok bini aku tu dah tak macam orang. Macam patung pun ada." Keluh Enzra. Dia risau cuma dia tidak tunjukkan yang dia risau.
"Sama lah macam kau. Eh betul juga kan orang dulu-dulu cakap. Jodoh cerminan diri sendiri. Haa sama ah macam kau. Kau pun patung kalau ada masalah." Sindir Adriyan. Sememangnya Enzra seperti Wardina juga. Mereka berdua ibarat patung yang kaku namun Wardina cepat ramah kepada semua orang. Tapi hati yang baik sentiasa di pijak.
"Aku tengah serious ni babi." Jeling Enzra. Dia sudah cukup hilang sabar dengan sifat menyindir sepupu nya itu. Adriyan ketawa besar.
Namun, bunyi ketukan pintu telah menganggu mereka. Ya, mereka tahu itu siapa. Wardina memasuki bilik itu sambil membawa sedulang air kopi yang dia telah bancut untuk mereka.
"Kenapa kau susah-susah bawa? Kan maids ada." Tanya Enzra sambil memandang muka manis Wardina. Wardina tersenyum.
"Tak apa lah, Adra nak bawa kesini sekalian nak minta izin dengan abang. Adra nak keluar dengan Angelika dan Maizuin. Lama dah tak jumpa diorang. Rindu." Kata Wardina sambil tersenyum.
"Balik jangan lewat sangat. Nanti aku suruh driver ambik kau. Duit kau ada lagi? Ambil kad aku dalam lagi sebelah katil. Pilih lah mana kau nak." Kata Enzra dengan tenang.
Melopong Wardina mendengar nya. Semudah itu Enzra ingin memberikan salah satu kad nya pada Wardina.
"Abang transfer jelah dengan Adra. Adra takut lah pegang duit abang banyak sangat." Kata Wardina dengan sedikit shocked.
Adriyan terketawa kecil memandang Wardina yang terkejut beruk itu.
"Dah Enzra bagi tu ambil jelah Dina oi. Laki dah ada mood tu. Ambil jelah. Kalau aku jadi kau, aku kikis duit laki kau ni. Biar muflis terus." Jeling Adriyan pada Enzra. Duit banyak tapi kedekut. Bila dengan bini, kemain bagi bagi.
"Diam lah babi. Tak luak pun duit aku. Bini aku pun berduit apa. Tahu lah kau takde bini. Diam jelah. Menyibuk." Sindir Enzra semula. Bukan dia tak tahu sepupu nya itu. Selalu jadi mangsa nya ketika keluar makan. Wardina tertawa kecil memandang gelaga mereka berdua.
"Okay lah abang. Adra ambil kad abang yang selalu abang bagi adra pakai. Bye abang. Adra balik sebelum isyak. Assalamualaikum bye abang." Ujar Wardina sambil menyalami tangan Enzra.
Enzra mengangguk sambil menjawab salam Wardina dalam hati. Dia percaya isteri nya. Dia memandang tubuh kecil itu keluar dari office bilik nya.
"Kad apa yang kau selalu bagi dia?" Tanya Adriyan sambil memandang Enzra.
"Blackcard" ucap Enzra dengan senada. Terkejut muka Adriyan mendengarnya. Bukan dia tak ada blackcard tapi Enzra memang orang kaya dalam diam. Selama ni dia hanya tahu Enzra memilik gold card.
*Sekian lah dari saya yang menulis cerita dengan hambar. Saya hanya menulis mengikut kemampuan otak saya. Sedih lahhh*
