ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA: 11

88 3 3
                                    

Enzra melangkah masuk ke apartment nya selepas saja pulang dari syarikat nya. Terasa penat dan lenguh. Dia mengambil kedudukan di sofa dan mencapai sesuatu didalam beg kerja nya. Sebuah fail yang berisikan tentang seseorang.

"Wardina Adra binti Wazlan. Cantik nama seperti orang nya. Tapi sayang, mulut nya sepedas cili. I like it." Gumam Enzra perlahan dengan senyuman misteri. Sangat misteri.

Jari jemari nya mengusap gambar Wardina yang sedang tertawa. Cantik. Tiada cacat cela. Tapi dia sangat susah untuk mencari maklumat Wardina yang lain. Enzra hanya mendapat maklumat latar belakang keluarga Wardina dan rekod kesihatan Wardina.

Tiba-tiba telefon Enzra berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Dia mencapai telefon nya lalu membuka aplikasi WhatsApp. Unknown number and private number.

Unknown
-Trying to find out who I am?-

Enzra tersenyum sinis. Dia tidak tahu siapa yang sedang mesej dia tapi dia yakin mesti ada kaitan dengan dirinya. Ini yang membuatkan Enzra sangat bingung kerana dia juga telah mencari semua maklumat tentang musuh nya termasuk Wardina.

Enzra merehatkan kepalanya di penghadang sofa sambil memandang siling. Sungguh dia rindu dengan seseorang. Suara orang itu. Tingkah laku.

"I miss my flower so much. Damn it"

♣♣♣

Wardina bersama dengan Datin Khairina di sebuah mall menemani Datin Khairina membeli belah. Terasa koyak mata Wardina bila Datin Khairina membayar sehelai baju yang beribu riba seperti harga barang seringgit. Hidup orang kaya memang sangat untung ya.

Sedang berjalan mengelilingi mall. Wardina terpandang satu sosok. Sosok yang sangat dia kenali. Ibunya dan adiknya, Puan Suraya dan Wardiqa sedang seronok sakan membeli belah. Wardina mendekati ibu nya dengan tersenyum manis.

"Assalamualaikum ibu, ibu sihat? Erm Diqa bila balik sini? Akak tak tahu pun Diqa pulang malaysia. Ayah mana?" Wardina memandang sekeliling mencari sosok sang ayah.

"Amboi kau, berduit nampak? Wahh jadi pembantu pun masuk mall mewah eh? Bila aku minta duit, payah betul kau nak kirim kat aku" kata Puan Suraya dengan nada sindiran. 

"Bukan macam tu ibu, dina dah bagi dengan ibu masa first dina gaji kan? Dina dah bagi 5 dan duit tu, ibu, ayah, diqa, waria dan wazqiyah punya bahagian. Gaji dina tak banyak sangat bu.." Wardina berkata dengan nada sayu. Belum puas lagi kah Puan Suraya mendapat bahagian itu.

"Kau ni kan kak, asal kau kedekut sangat eh? Ibu nak tahu tak? Akak ni memang kedekut! Dia tak nak bagi Diqa duit beli tiket! Dia blok Diqa!" Kata Wardiqa sambil menengking Wardina. Wardina terkedu kerana sudah ramai yang memandangnya dengan pandangan sinis di kawasan itu.

Belum sempat Wardina ingin menjelaskan perkara sebenar. Puan Suraya ingin menampar Wardina. Namun, ada satu tangan yang menangkap pergelangan Puan Suraya.

"you touch her, I break every bone of yours" kata suara jejaka itu. Wardina memandang gerangan itu dan terkejut.

"Mr Enzra.." ucap Wardina dengan nada terkejut. Mata Enzra memandang Puan Suraya dengan tajam. Puan Suraya meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Aku ulang sekali lagi, you touch her, i break every bone of you. I don't care who are you for her" sinis nada suara Enzra kepada Puan Suraya.

Wardiqa yang memandangnya itu dengan cepat menarik tangan ibu nya dari genggaman Enzra. Datin Khairina baru saja tiba dan terkejut melihat situasi itu.

"Astaghfirullahalazim, What happened Enzra? Who are they" Kata Datin Khairina dengan terkejut memandang Puan Suraya.

"Tak ada apa mama, ini ibu saya, Suraya, dan ini adik saya yang kedua, Wardiqa. Ibu, Diqa, ini Datin Khairina dan Mr Enzra. Majikan akak" kata Wardina sambil memandang dengan sedikit bergetar. Jika tiada Enzra, mungkin dia sudah di permalukan di khalayak ramai.

"Volevano umiliare Wardina e quasi lo schiaffeggiarono." Kata Enzra dalam bahasa Italian kepada ibunya. Datin Khairina memandang geram.

"Ehem, assalamualaikum Datin, saya Suraya, boleh panggil Su. Kalau ada kerja kosong boleh lah panggil Wardiqa juga ye, boleh lah tolong tengokkan kakak nya ni ha." Datin Khairina memandang sinis. Dia ingat dia bodoh ke.

"Ehem, hai Su, saya Datin Khairina boleh panggil Datin je. Hahah hidup kena sombong dengan orang yang tidak berhati perut kan?. Nak ambil lagi pekerja baru? Hm tak kut, cukuplah anak perempuan saya ni ada dengan saya, eh ups sorry, Wardina ni. Tak salah pun kan saya anggap dia sebagai anak angkat? Budak Wardina ni bagus orang nya cuma satu je masalahnya, tak dapat kasih yang benar. Tak apa dina, mama boleh beri dina kasih sayang." Sindir Datin Khairina dengan berbaur senyuman sinis. Enzra melepaskan ketawa jahat.

Puan Suraya dan Wardiqa terlopong mendengar sindiran Datin Khairina dan melangkah pergi tanpa berpamitan dengan Datin Khairina.

"Amboi sombongnya, dia tak tahu ke langit tu tinggi atau rendah.. apa punya mak lah macam tu, Dina okay tak ni?" Datin Khairina memandang Wardina dengan cemas.

Wardina tersenyum manis dan mengangguk. Dia bersyukur ada yang mengambil berat tentang dia.

"Dina okey je ma, ermm Mr Enzra, terima kasih sebab tolong saya. Saya terhutang budi." Kata Wardina sambil memandang Enzra.

Enzra terkedu melihat Wardina. Dalam hatinya, dah kenapa budak wardina panggil aku Mr ni? Hmm it's okay.. love it

"It's okay, take care of your self. I don't want somebody hurt you again. Don't walk alone, please ikut je mama ke mana dia nak pergi. Kita tak tahu orang berniat baik atau jahat" Kata Enzra seperti berfalsafah ye.

Datin Khairina memandang Enzra dengan senyuman. Haihlah anak aku ni, handsome sangat.

Wardina mengangguk dan tersenyum sambil memandang Datin Khairina. "Jom mama, mama kata nak pergi spa kan tadi? Let's go mama" Wardina menarik tangan Datin Khairina. Datin Khairina ketawa kecil dan mengikut langkah Wardina yang menariknya.

Enzra memandang sambil tersenyum manis. Bila hati dah ada bunga, hm begitulah. Tak macam Author ni, kesian, single. Jangan sweet sangat, meronta-ronta jiwa single ku ini.

"Cazzo! My flower so cute, argh!" Gumam Enzra pada dirinya sendiri.



*938 words tuk harini. Saya berharap otak memberikan plot twist yang sakit tapi boleh buat air mata kering dalam 1 minit. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Boleh follow ig saya, kxzzz_y dan xkeyzra. Okay bye*

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now