Enzra memandu ke kampung halaman Wardina untuk berjumpa dengan keluarga Wardina. Dia memandang Wardina yang duduk termenung memandang luar kereta.
setelah beberapa minit memandu, mereka telah tiba dikawasan perumah keluarga Wardina. Wardina memandang sekelingi rumah itu. terasa peluh kian membasahi dahi.
enzra membuka pintu kereta untuk Wardina dan menghulurkan tangan nya kepada gadis itu. Wardina menyambut dengan sedikit gementar dan memandang muka Enzra untuk memastikan keputusan yang mereka lakukan.
Mendengar bunyi kereta yang berada di luar rumah, Tuan Wazlan dengan segera ke pintu hadapan untuk melihat siapa yang datang ke ruah nya di petang hari.
Tuan Wazlan tersenyum girang melihat sosok Wardina bersama seorang lelaki yang hampir serupa dengan dengan muka lelaki yang pernah mengambil Wardina bekerja dahulu iaitu, Ezran.
Namun senyuman nya mati apabila lelaki itu menggenggam erat tangan Wardina dan melangkah ke arahnya.
"Assalamualaikum Ayah." Wardina memberikan salam dan melangkah ke arah Ayah. Tuan Wazlan menghulurkan tangan dan disambut oleh Wardina dan Enzra.
"Waalaikumsalam. mari masuk. Ayah ada hal penting nak tanya kamu." kata Tuan Wazlan dengan nada dingin sambil menjeling ke arah Enzra.
Wardina memandang Enzra dan membawa Enzra ke ruang tamu dan duduk di samping ayah nya.
"Apa hal kamu datang ni Dina? Ada yang ayah tak tahu lagi ke?" Tanya Tuan Wazlan dengan nada tegas.
Wardina mengganguk sambil memandang muka Enzra yang berada disamping nya dan masih memegang tangan nya. Wardina cuba menarik tangan nya sedikit namun ditahan oleh Enzra.
Enzra memandang Wardina dengan senyuman manis dan mengetatkan pegangan tangan itu agar dapat memberikan kekuatan kepada sang isteri. Enzra memandang ayah Wardina dengan senyuman.
"Terlebih dahulu saya nak minta maaf kepada pakcik sekiranya bahasa saya kasar mahupun terkurang ajar dengan pakcik." ucap Enzra dengan sopan.
Belum sempat dia nak menyambung percakapan nya dengan ayah Wardina. satu suara telah menyampuk.
"lah, baru tahu jalan balik rupanya. ingatkan dah ada mak baru yang kaya raya, dah tak nak balik." kata Puan Suraya sambil memandang Wardina atas bawah.
"Haah makcik, saya yang bawa dia balik sini. Rindu kasih sayang seorang ibu tapi tulah, ibu nya pula biadap tak nak bagi kasih sayang pada anak nya. Mata duitan." Sampuk Ezaty yang baru sahaja tiba didepan pintu. Wardina sangat terkejut memandang Ezaty yang berada depan pintu manakala Enzra hanya senyum sinis.
*Maaf.. saya terpaksa singkat kan.. mengantuk nya*