ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA: 18

72 3 4
                                    

Tersenyum manis Enzra memandang dirinya di cermin. Dia membuka telefon bimbitnya yang memaparkan gambar Wardina.

"Aku dah cakap, aku akan dapat apa saja aku nak. Tapi tak sangka, semuanya berjalan dengan lancar tanpa dirancang." Ucap Enzra sambil tersenyum sinis.

Impian yang dia cipta akhirnya terlunas. Kini dia tahu bahawa abangnya pasti akan menghancurkan perkahwinan Enzra dan Wardina.
Siapa sangka, zaman duda nya kini telah tamat.

Enzra tergelak jahat. Dia harus ketawa dengan puas dahulu kerana dia tahu abang, Ezran tidak akan mudah mengalah.

"Ezran.. Ezran... Lemah lah kau ni.. aku dah pesan, what i want, i will get it." Ketawa Enzra lagi. Kini gadis eh isteri tercinta berada dalam tangan nya. Menjadi isteri sah kepada Enzra Khaleq.

Tapi, ada satu lagi yang diperlu uruskan. Ibu bapa Wardina. Dia yakin, ibu Wardina akan menghancurkan Wardina dengan menghasut bapa Wardina untuk membenci Wardina.

"Kompang dipalu, pengantin baru ihakk.. duduk bersanding depan abangku huhaii!" Nyanyi Enzra dengan senang hati.

♥♥♥

Datin Khairina tersenyum manis memandang Wardina. Ada seri pengantin baru walaupun hanya sekadar biasa saja. Dia yakin Wardina dalam keadaan stress sekarang ni. Datin Khairina bersama Dato Endry dan Ezaty telah sampai ke sandakan pada awal pagi setelah dikhabarkan berita itu kepada mereka.

"Yeayy, akak Dina jangan sedih. Ezaty sponsor make up and inai akak. Jangan risau. akak tak perlu keluar duit." Kata Ezaty sambil memujuk hati Wardina. Wardina hanya tersenyum manis.

"Hm kalau macam tu, mama nak tanggung kos baju sanding Wardina. Ha amacam? Setuju tak? Enzra pula macam mana? Enzra nak baju kahwin Wardina macam mana?" Tanya Datin Khairina dengan nada semangat. Yelah dah dapat menantu yang di inginkan.

Wardina ingin menjawab kepada Datin Khairina namun cepat dicantas oleh Enzra.

"Enz nak Adra pakai baju pengantin yang bertudung. No more tight. Simple make up but still looks expensive. Kita buat kat Malaysia and italy." Jawab Enzra dengan panjang lebar. Dia sudah merancang lama perkara itu.

"Adra?" Serentak Datin Khairina dan Ezaty memandang Enzra.

"Yes Adra, why? She's my wife. Enz boleh je panggil apa pun Enz nak. Right baby?" Enzra memandang Wardina dengan senyuman siap mengenyitkan mata.

Wardina hanya menjeling ke arah Enzra. Poyo lah mamat ni. Sepak kang. Datin Khairina dan Ezaty ketawa terbahak-bahak memandang kedua pengantin baru itu.

"Baby, baby. Babi lah!" Kata Wardina dengan nada tegas. Siapa tak geram dengan perangai menggedik Enzra tu.

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now