ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 3

136 5 4
                                    

ENZRA KHALEQ

Enzra Khaleq melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang mewah itu. Sudah dua tahun lamanya dia tidak kembali ke rumah keluarganya atas sebab-sebab tertentu. Langkah demi langkah dan akhirnya dia menemui keluarganya yang sedang berada di ruang tamu sedang menikmati minum petang. Enzra mengeluh dan melangkah ke arah keluarganya.

"Mama" tegur Enzra pada Datin khairina, ibunya. Datin Khairina memandang ke arah suara itu dan melopong. Siapa tidak terkejut anak yang dua tahun menghilangkan diri secara tiba-tiba itu muncul kembali.

"Enzra.. enzra anak mama.. enzra kemana selama ni sayang? Enzra sihat? Enzra okay tak ni?" Gusar Datin khairina memandang anaknya yang sudah tidak ada langsung senyuman di bibir, berubah 100%. Dari segi penampilan, rupa dan personaliti. Dia dapat melihat anaknya itu sangat kecewa selepas apa yang terjadi.

"Enzra okay je. Mama dah makan? Papa mana?" Dengan malas Enzra menjawab pertanyaan ibunya. Nanti dijawab malah bertanya berkali-kali. Itulah seorang ibu. Enzra memandang abang dan kakaknya yang melopong memandang nya. Dah kenapa? Macam tak pernah nampak orang handsome.

"What the heck? Kau ke ni dik? Wahh.. adik aku makin kacak dho! Walawei, wa punya hati cair oo" kata kakak Enzra yang merupakan anak kedua, Ezaty khesya. Abang sulung Enzra, Ezran khadam hanya menggeleng memandang Ezaty yang seperti monyet. Datin khairina hanya ketawa sebelum melangkah naik ke atas untuk memanggil suaminya, Dato' Alexander Endry.

" So, how itali? Best? Or rusia? Dah jumpa awek baru ke?" Tanya Enzran kepada adiknya. Siapa tahu adik nya itu dapat menyembuhkan luka lama dengan awek luar negara. Enzra hanya menjeling abangnya itu. Kalau tak perli adil sendiri, tak sah.

"So far is good but yeah you know, i really don't want to have any women in my life." Dengan nada dingin saja Enzra membalas soalan abangnya. Sang kakak hanya memerhati dua beradik itu dengan muka langsung tak faham yang dikatakan. Ezaty berlalu pergi meninggalkan dua beradik itu selepas mendapat panggilan.

"Entonces, ¿cómo está tu grupo? ¿Está todo bien?" (" Jadi, macam mana kumpulan kau? Semua okay?") Tanya Ezran dalam sepanyol. Hanya mereka adik beradik yang tahu bahasa Sepanyol. Mereka mahir dalam beberapa bahasa dan itulah kelebihan mereka. Bahasa melayu, english, itali, rusia dan sepanyol.

"Todo esta bien. Entiendes que hay otros grupos que intentan apoderarse del lugar. Hay que hacer la guerra". ("Semua okay. Kau faham lah kalau ada kumpulan yang cuba rampas tempat. Perang harus dilakukan.") Kata Enzra pula dengan malas. Penat menempuh perjalanan yang panjang untuk pulang Malaysia.

"Okay lah kalau macam tu. Aku nak gerak ni. Nak ambil pembantu rumah baru. Kau faham lah mama kan. Cerewet sangat sampai semua pembantu rumah lari. Tapi aku pelik, kali ni macam suka pembantu rumah tu. Sekejap je dia terima." Ezran berkata panjang sambil membetulkan seluarnya yang terlihat serabut. Kut-kut lah pembantu rumah tu cantik. Siapa tak nak.

Enzra hanya memandang dan mengangguk sebelum meletakkan kepalanya diatas sofa. Penat sangat. Dia hanya memandang abangnya dari hujung matanya. Bab perempuan, semua dia nak. Dasar buaya. Kang dikecewakan pada muka. Menangis macam monyet. Enzra menutup matanya dan mengimbas semula apa yang terjadi dua tahun yang lalu. Pedih, kecewa, sakit semua dia rasa. Enzra hanya melepaskan keluhan kasar dan berlalu pergi naik ke biliknya.

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now