EZRAN KHADAM

132 6 3
                                    

Ezran memandu ke arah rumah yang Datin Khairina arahkan dia mengambil seorang pekerja perempuan yang merupakan bakal pembantu peribadi Datin Khairina. Dia sendiri pun agak bingung kerana Datin Khairina sudah mempunyai pembantu peribadi sendiri. Kenapa ibu nya itu ingin mengambil seorang lagi pembantu peribadi. Dia meneruskan pemanduan nya hingga sampai ke alamat yang tertera di arahkan oleh ibunya.

Ezran keluar dari kereta dan melihat sekeliling rumah itu. Sungguh kemas dan bersih. Mesti Tuan rumah ini sangat pembersih orangnya. Langkah Ezran berhenti dihadapan pintu rumah itu dan mula memberi salam.

"Assalamualaikum, hello? Ada orang tak?" Ezran memberi salam dengan sopan sebelum disambut oleh seorang lelaki sebaya ayahnya.

"Waalaikumussalam, anak ni siapa? Datang ke sini cari siapa?" Kata lelaki tua itu. Dia melihat Ezran yang kemas dan sangat elegan dimatanya.

Ezran terus melangkah ke depan lelaki tua itu sebelum tangan dihulur untuk menyalami lelaki tua itu. Lelaki itu tersenyum memandang betapa sopan nya Ezran.

"Saya Ezran, saya datang ke sini nak ambil pekerja ibu saya. Erm kalau tak silap saya namanya Wardina ke dina ke entah saya pun lupa" tersengih Ezran mengatakan itu. Sejujurnya dia memang terlupa nama gadis yang ibu nya sebut pagi tadi. Ini kalau ibunya tahu, masak dia. Lelaki tua itu ketawa melihat Ezran yang tersengih.

" Oh wardina, dia ada tengah bersiap, masuk lah dulu. panas kat luar ni. Hah sebelum tu nama pakcik, wazlan. Jom masuk." Ajak Tuan Wazlan kepada Ezran. Kesian dia melihat Ezran yang sedang berpeluh kepanasan diluar rumah itu. Ezran mengangguk dan membontoti Tuan wazlan masuk ke ruang tamu. Terpukau dia melihat keadaan rumah itu, cantik, bersih dan kemas. Terdapat potret sebuah keluarga yang tersergam indah. Nampaknya semua anak Tuan Wazlan perempuan, tiada lelaki. Cantik-cantik belaka.

"Duduk lah Ezran, buat macam rumah sendiri. Yah, oh Suraya, tolong buat kan air untuk tetamu kita ni ha" jerit Tuan Wazlan kepada isterinya yang sedang bermain telefon di dapur.

"Suruhlah anak kesayangan awak tu buat air, kan tetamu dia, bukan tetamu saya. Saya malas lah. Jangan ganggu saya." Kata Puan Suraya sambil berlalu masuk ke biliknya. Tuan Wazlan menggelengkan kepalanya dan hendak berdiri untuk ke dapur lalu dihalang oleh satu suara.

"Eh ayah, takpe, Dina yang buatkan air. Ayah borak lah dengan tetamu dulu, nanti dia hantar pi sini eh?" Kata Wardina yang baru muncul dari biliknya. Tersenyum manis Wardina memandang tetamu yang duduk disamping ayahnya.

Tuan Wazlan mengangguk sambil tersenyum lalu memandang Ezran. Ezran memandang gadis itu dengan wajah yang terpukau. Sungguh mulia dan suci nya hati gadis itu tidak ingin menyusahkan ayahnya. Jadi itulah Wardina adra yang dikatakan oleh ibunya semalam.

"Ehem, itulah Wardina Adra, anak pakcik yang pertama. Baik orangnya, selalu tolong pakcik. Tengok rumah ni, dia lah yang selalu kemas dan decoration rumah ni." Cerita Tuan Wazlan dengan bangga nya. Siapa saja tak bangga ada anak sulung yang sangat berpotensi dalam menghias dan mereka bentuk rumah.

Enzran mengangguk sambil tersenyum, tidak dia sangka, wanita seperti itu sudah mampu membuatkan seorang ayah bangga dengan prestasi nya.

"Anak pakcik semua perempuan?" Tanya Ezran pula sambil memandang potret keluarga yang tertampal di dinding itu. Semua cantik seperti ibunya.

"Haah, anak pakcik semua perempuan. Pakcik tak ada anak lelaki. Kut lah manatau anak pakcik ni kahwin dapat anak lelaki, merasa juga pakcik ada cucu lelaki." Gurau Tuan Wazlan.

"Wahh hebatlah pakcik, mana yang lain pakcik? Senyap je rumah ni." Kata Ezran sambil memandang sekelilingnya.

" Anak kedua pakcik ada kat oversea, yang ketiga dan keempat masih sekolah menengah." Kata Tuan Wazlan sambil melihat Wardina yang membawa dulang air. Wardina berjalan ke arah ruang tamu dan meletakkan dulang itu diatas meja kecil lalu menuangkan air yang dibuatnya ke dalam cawan.

"Jemputlah minum. Maaflah, air biasa saja" kata Wardina sambil tersenyum lalu duduk di sebelah ayahnya. Ezran memandang sambil tersenyum melihat Wardina dan mengangguk.

"Terima kasih, tak apa saya hargai jasa pakcik dan awak" kata Ezran sambil menyisip air kopi itu. Sedap dan manis seperti yang membuatnya. Tuan Wazlan tersenyum manis.

Setelah beberapa minit berborak dan bertukar cerita, Akhirnya Ezran memutuskan untuk pulang dan meminta izin kepada Tuan Wazlan untuk membawa Wardina ke tempat ibunya. Tuan Wazlan membenarkan walaupun hatinya sangat berat melepaskan tetapi demi membahagiakan anak nya itu. Dia sanggup melepaskan Wardina.

Wardina menyalami ayahnya dan memeluk erat ayahnya. Sangat sedih untuk meninggalkan ayah yang disayanginya. Apabila Wardina ingin menyalami ibunya, Puan Suraya langsung tidak menghulurkan tangan kepada Wardina malah tidak ingin memandang wardina sama sekali dan mengherdik Wardina. Ezran yang terlihat itu memandang Puan Suraya dengan tajam. Dia akan menyelidik satu persatu tentang Wardina.

"Ayah, dina pergi dulu tau, nanti dina cuti, dina balik dan kita keluar pergi makan steambot. Dina belanja. Jangan risau, duit dina juga hehe. Sayang ayah. Kirim salam dengan adik-adik okay? Dina tak sempat nak ucapkan selamat tinggal." Kata wardina dengan memeluk erat Tuan Wazlan. Sayu hati seorang bapa melihat anak nya yang sedang berusaha keras untuk bekerja.

"Yelah dina, nanti ayah sampaikan salam dina pada mereka ya. Hati-hati dekat KL tu, jangan lupakan selangor tau." Tuan wazlan mencium dahi wardina. Wardina mengalirkan air mata dan mengangguk sebelum masuk ke dalam kereta milik Ezran. Sememangnya Ezran sudah ada didalam kereta dan sedang membuat panggilan dengan seseorang. Wardina melambai ayahnya sebelum kereta itu menghilang dari pandangan ayahnya.

*Maaflah kalau ada rasa awkward sikit kat story ni. Sejujurnya saya pun tak tahu nak buat wardina asal mana. Saya ni orang sabah. Maafkan saya ye*

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now