Setelah beberapa minit mereka menempuh perjalanan untuk ke Pavilion hotel. Mereka akhirnya tiba di lobi hotel tersebut. Enzra membawa Wardina untuk mengambil kunci bilik masing-masing manakala pembantu peribadi Enzra pula telah di minta pulang untuk berehat kerana mereka akan menghadapi meeting yang besar esok.
Wardina berasa penat dan memandang Enzra yang masih segar memandang sekeliling hotel tersebut. Dalam minda Wardina, 'lelaki ni tak penat ke? Aku ni dah penat nak mampus'.
"Ehem, Encik Enzra, saya nak tanyalah. Bilik kita lain tingkat kan?." Tanya Wardina sambil memandang Enzra. Enzra hanya menggeleng kepalanya.
"Bilik kau depan sebelah bilik aku. Kalau ada apa-apa jadi. Aku boleh dengar suara kau jerit. Asal? Nak sebilik dengan aku ke? Tapi tulah, kau kena kahwin dengan aku dulu. Baru afdal." Ujar Enzra dengan nada gurauan. Suka dia melihat wajah kemerahan Wardina yang sedang menahan malu.
"Orang gila je yang nak sebilik dengan Encik Enzra. Saya tak nak sebilik dengan mamat kerek. Dah kerek bau itik." Dengan cepat Wardina menutup mulutnya. Tersasul.
"Eh, kau jangan sampai aku bawa kau kahwin kat sini huh, di situ lah kau akan rasa langit itu tinggi atau rendah." Kata Enzra lagi sebelum melangkah meninggalkan Wardina yang masih tercegat dalam lift. Sejujurnya dalam fikiran Enzra, dia sedang merancang sesuatu.
Wardina hanya menggeleng dengan tingkah laku lelaki itu. Sekejap dingin, sekejap sweet. Tampa kang. Meletup gusi.
"Sebelah bilik kau, bilik aku. Ingat, bilik aku A203 bilik kau A204. Kalau rindu, ketuk je bilik aku. I will always be for you." Kata Enzra sambil mengenyitkan matanya lalu masuk ke dalam biliknya.
Wardina melopongkan mulutnya memandang Enzra yang mengenyitkan matanya pada Wardina. Biar betik mamat ni?.
Wardina menggelengkan kepalanya dan masuk ke biliknya. Wardina mengambil tempat tempat di atas katilnya. Dan berfikir."Mamat tu kut yang gila. Maklum lah, otak dah sengal." Bebel Wardina sebelum pergi ke kamar mandi untuk membersihkan dirnya.
Enzra yang berada didalam biliknya hanya tersenyum sumbing. Bahagia melihat si jantung hati yang bakal tertawan oleh nya. haihlah Wardina.. nasib engko lah.
"You will be mine soon, flower."
🌹🌹🌹
Setelah seminggu mereka berada di Sandakan. Kini berbaki 2 minggu sahaja lagi mereka akan berada di sana. Enzra membawa Wardina melawat ke tempat-tempat yang dia ingin pergi. Wardina teruja dan terharu serta memandang kawasan sekeliling.
Mereka sedang berada di kawasan kolam renang hotel itu. Wardina merendamkan kakinya didalam air kolam itu sambil memandang sekelilingnya. Enzra sedang berenang didalam kolam yang paling dalam.
Wardina ingin keluar dari kolam itu namun tanpa dia sedari, lantai yang dia ingin pijak itu sangat licin. Dia tergelincir dan kakinya terseliuh. Enzra yang mendengar itu dengan cepat keluar dari kolam dan mendekati Wardina.
"Kau okey tak ni?" Tanya Enzra dengan panik. Mana tidak paniknya kalau buah hati cedera didepan mata. Huhu yang baca single.
Wardina berdesis kesakitan. Dia cuba berdiri namun gagal. Dahi nya berkerut menahan sakit.
"Kaki kau terseliuh ni Wardina. Haish malam-malam ni juga kau bagi aku kerja." Tanpa banyak bunyi, Enzra mengangkat Wardina dengan gaya bridal style.
Wardina terkejut namun tidak mampu menghalang kerana kakinya terlalu sakit. Enzra membawa Wardina ke biliknya terlebih dahulu kerana di bilik terdapat ubat-ubatan yang ada dia bawa.
Namun tanpa mereka sedari, mereka diperhatikan oleh seseorang di sana dan tingkah laku mereka itu menjadi punca salah sangka terhadap mereka.
Enzra meletakkan Wardina ke atas katilnya. Enzra melangkah ke arah bagasinya untuk mencari ubat yang dia bawa. Namun beberapa minit kemudian, lonceng bilik itu berbunyi. Enzra berprasangka mungkin adam.
"Tunggu sini kejap." Enzra melangkah ke arah pintu dan membuka pintu. Riak muka Enzra menjadi sangat cuak melihat gerangan itu.
"Kami dari jabatan agama islam telah mendapati encik sedang berdua-duaan dengan seorang wanita. Berikan kami laluan untuk memeriksa." Ujar salah satu pegawai jabatan agama islam itu.
-TO BE CONTINUED-
*Jeng jeng jeng. Tak sampai 3 jam wak, 3 minit je*
