ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA: 4

133 6 1
                                    

Wardina sedang bermain telefon pintarnya selepas sahaja dia selesai membersihkan rumah. Sedang dia membaca mesej dari kawan-kawan nya. Tiba-tiba saja sebuah mesej masuk ke dalam inbox nya. Wardina hairan dan membaca setiap butiran mesej itu. Riak wajah nya bertukar gembira apabila mesej itu mengatakan dia di terima sebagai pembantu peribadi seorang usahawan kosmetik & designer terkenal. Melompat-lompat gembira Wardina sambil menahan dirinya dari berteriak. Lalu dia keluar dari biliknya dan mencari kelibat ayah nya dan melihat ayahnya sedang berada di meja makan bersama ibunya. Wardina tersenyum lebar mendekati ayahnya, Tuan wazlan.

"Ayah, dina ada berita gembira ni. Dina sangat excited ni ayah." dengan semangat nya wardina bersuara sambil memeluk ayahnya. Tuan Wazlan tersenyum memandang anaknya yang terlalu bersemangat.

"Apa dia dina? Ayah nak dengar, apa yang gembira sangat kamu ni?" Ketawa kecil Tuan Wazlan memandang gelagat anak pertamanya. Sudah lama dia tidak melihat semangat wardina seperti mendapat emas segunung.

"Dina dah dapat keje ayah. Dina excited sangat. Ya Allah ayah, akhirnya dina dah boleh keje. Tak sabarnya." Melompat girang Wardina memberitahu ayahnya. Dia sudah tidak sabar untuk keluar dari kandang ciptaan ibu nya. Tuan Wazlan hanya ketawa kecil melihat Gelagat Wardina terlebih semangat itu.

"Alhamdulillah, syukur lah ada keje kamu dapat nak. Boleh lah bantu ayah sikit. Ringan sikit beban ayah. Keje apa yang kamu dapat dina?" Tanya Tuan Wazlan. Lega dia melihat anak nya kembali tersenyum setelah berbulan lamanya dia terkurung dan asyik dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Dia tahu Wardina sangat ingin mempunyai kehidupan sendiri.

"Pembantu je ayah, gaji pun tak banyak. Dina tak tahu lah. Boleh lah tampung hidup dina ni. Nanti dina tolong ayah okay? Ayah jangan risau, Dina gaji je nanti, kita keluar makan." Dengan semangat Wardina menjawab. Siapa saja tidak bahagia mendapat kerja, boleh meringankan sedikit beban ayahnya itu.

"Hah?! Pembantu?! Kau ni bodoh sangatlah wardina, menyesal pula aku ada anak macam kau ni. Pembantu apa? Pembantu rumah. Aduh wardina! Mana aku nak simpan muka aku ni!! Kalau jiran-jiran tahu kau ni pembantu, malu aku!! Dah lah gaji tak besar! Buat malu muka aku! Kau tengok anak si roslan tu hah, dah lah cantik, baik, duit berkepuk-kepuk. Dia belikan mak dia emas. Wahh kau wardina" jerit Puan Suraya. Itulah kerja Puan Suraya, hanya tahu membandingkan walhal dia lah punca wardina mendapat kerja yang sedemikian rupa.

"Awak tu, boleh tak jangan membandingkan anak kita dengan orang lain. Awak lupa ke? Awak lah punca Wardina berhenti universiti. Awak kata apa? Sebab tak mampu tanggung duit makan kita kalau wardina sambung belajar. Akhirnya, awak hantar anak awak si Wardiqa tu ke oversea. Sampai sekarang tak ada khabar. Entah apa jadi budak tu. Awak ni, bersyukurlah Wardina ni dah ada keje, boleh meringankan beban saya. Awak tu tahu menghabiskan duit saja. Saya penatlah dengan awak ni. Haih." Tuan wazlan menggeleng kepalanya. Dia sudah lelah dengan tingkah isterinya yang terlalu memalukan Wardina. Entah apa saja punca isterinya terlalu menyayangi anak kedua nya itu.

Wardina hanya diam tak terkutik. Hanya dia sahaja tahu berapa jumlah gaji yang dia dapat dan hanya dia sahaja tahu pekerjaan nya jauh lebih baik dari orang lain. Pembantu bukan sekadar pembantu rumah. Sebab itulah dia tak nak bagitahu jumlah gajinya. Kerana ibunya mata duitan.

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now