ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA: 7

88 3 4
                                    

Wardina duduk termenung memandang kolam ikan koi milik keluarga Enzra. Betapa kejam nya lelaki itu ingin menobatkan dirinya seperti itu. Wardina bertekad dalam dirinya, tiada lagi Enzra Khaleq dalam hidup nya. Enzra akan menjadi musuh nya selamanya.

Tiba-tiba Wardina merasakan satu tangan di bahu, dia memandang ke pemilih tangan itu dan tersenyum.

"Dina masih marah lagi ke? Abang ganggu dina ke?" Kata Ezran sambil tersenyum. Sungguh dia terkejut dengan tindakan berani Wardina menentang Enzra itu. Dia pasti Enzra tidak akan mengalah menentang gadis ini.

"Tak, Dina marah dengan mamat babun tu je. Dah tua tapi macam budak-budak. Eyy dina benci lah dia tu. Asal abang ada adik macam dia eh? Kerek sangat" bebel Wardina dengan lembut. siapa je tak marah dengan mamat kerek acah sempurna. Kubur kata mari, rumah kata pergi tau tak!

Ezran ketawa mendengar bebelan Wardina. Wajah gadis itu sangat manis bila dilihat dia membebel.

" Lelaki yang Dina kata kerek tu, adik abang tau. Dina jangan macam tu nanti dia terfall in love with him. Nangis bucu katil dina nanti. Mulut abang masin." Ketawa Ezran mengucapkan kata-kata nya. Kang silap kata, merajuk budak Wardina tu.

"Arghh dina tak kesah, mamat kerek tu jadi musuh dina. Full stop. Abang jangan nak back up mamat kerek tu heh, korek biji mata nya tu nda lama."
Pecah ketawa Ezran lagi. Wardina dengan slang sabah nya tidak dapat dipisahkan.

"Dina tahu tak, slang sabah dina comel sangat walaupun abang tak faham sangat. Dina ni comel lah. Kang abang masuk minang, getar lutut." Kata Ezran dengan bergurau walaupun dia memang maksudkan apa yang dia kata.

"Ishh apalah abang ni, dina anggap abang macam abang dina sendiri tau. Tak kan lah dina nak jadi bini abang pula. Haa mana semua girlfriend abang tu, haa terutamanya si suzie tu, ewww dina tengok asyik nak berkepit dengan abang je" hilang marah Wardina selepas saja Ezran membawa nya berborak. Lega sikit hatinya.

"Tak payahlah dina percaya si Ezran tu, haa lagi-lagi si Suzie tu haa, dia nak duit si Ezran ni je. Abang long ni pun satu, nak juga layan perempuan gila tu kenapa?" Ezaty bersuara dan sedang berdiri di depan pintu balkoni itu. Ezran menjeling ke arah adik perempuannya itu.

"Angah boleh diam tak? Sibuk hal orang jelah angah ni. Abang long potong kang duit bulanan, nangis" Ezran menjeling tajam. Mulut adik perempuannya itu memang tak boleh di tutup.

Wardina hanya ketawa memandang dua beradik itu. Sangat kelakar dan rapat. Senyuman nya mati apabila teringat tentang keluarganya. Andai keluarga nya sebahagia itu. Terasa rindu dengan sang ayah. Entah apalah yang ayahnya sedang buat sekarang.

Wardina merasakan dirinya sedang di perhati lalu Wardina memandang ke atas dan melihat Enzra sedang berdiri di balkoni biliknya sambil memandang Wardina dengan tajam. Wardina membalas pandangan Enzra dengan tajam sambil mengatakan sesuatu tanpa suara.

"Mamat kerek bau itik" kata wardina sambil menjeling. Muka Enzra kelihatan sangat merah menahan amarah. Dia mengenggam erat tangannya. Dia berkata dalam hatinya.

"Kalau aku dapat kau perempuan, siap kau. Aku cincang daging kau bagi buaya makan. Padan muka. Dasar pendek." Gumam Enzra.

Ezran memandang ke arah atas dan melihat Enzra dan Wardina saling berbalas pandangan. Ezran membuat signal pada Enzra agar Enzra pergi dari situ.

♪♪♪

Enzra turun ke bawah dan pergi ke dapur untuk mengisi perut yang kosong. Dia memandang jam tangannya yang menunjukkan jam 12.45 malam. Dia terlelap dari petang hingga tengah malam.

Sedang nya menikmati makanan nya. Dia terdengar seseorang sedang turun ke bawah. Enzra mengintip dan tersenyum sinis. Kini tiba masanya balas dendam. Enzra mengambil tepung dan menyapu di seluruh mukanya lalu menuang sikit sos di mulutnya.

Enzra bersembunyi di sebalik dinding dan menunggu ketibaan orang itu. Ketika orang itu ingin masuk ke dapur, Enzra menjerit seperti hantu dan membuat orang itu pengsan. Enzra ketawa sepuasnya. Tiba-tiba lampu dapur terbuka.

"ENZRA KHALEQ!" Suara tegas dari Ezran.  Enzra keras kaku dan tersenyum tidak bersalah.

"Menyalah abangku, best kan tengok orang pengsan? Hehe puas hati aku" Enzra ketawa terbahak-bahak. Memang lawak jika melihat wajah pucat wardina tadi.

"Lawak apa sial?! Kalau dia ada sakit jantung kau nak tanggungjawab ke bodoh?! Otak mana otak?!" Jerkah Ezran dengan suara tinggi. Datin khairina dan Dato Alexander turun dari atas selepas mendengar suara Ezran. Ezaty yang baru pulang terkejut melihat abang sulungnya yang memegang kolar baju adik bongsu mereka.

Datin Khairina terkejut melihat Wardina yang terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri. Lantas dia dan Ezaty menuju ke arah Wardina dan ingin menyedarkan wardina. Dato Alexander meleraikan Ezran dan Enzra.

"Kau peduli apa sial?! Perempuan ni cuma perempuan kampung yang menyusahkan kita!! Kau tu jangan cepat sangat cair boleh tak?!" Enzra menjerit depan muka Ezran. Ezran tidak dapat menahan sabarnya dan ingin menumbuk Enzra. Dengan cepat Dato Alexander menahan Ezran.

"Stop it! Can you stop it now?! Enzra, what's wrong with you?! Apa masalah kamu dengan wardina?! Kenapa buat dia macam tu?!" Dato Alexander memang Enzra dengan amarah. Entah kenapa anak bongsu nya itu benci sangat dengan gadis itu.

"Papa pun nak sokong perempuan sial ni ke?!" Enzra menjerit depan Dato Alexander. Tiba-tiba satu tamparan hebat mengena pipi Enzra. Ye siapa lagi kalau bukan Ezaty.

"Siapa ajar kau kurang ajar dengan papa? Aku tanya kau Enzra! Siapa ajar kau kurang ajar dengan papa?! Kau kalau aku dengar lagi kau kurang ajar demgan sesiapa dalam rumah ni termasuk Wardina, aku sepak mulut kau tak kira lah kau lelaki atau adik aku." Ezaty berkata dengan memandang Enzra dengan tajam.

Ezran hanya memandang Enzra dengan pandangan tajam dan sinis. Mereka saling berbalas pandangan
Tiba-tiba Datin Khairina bersuara.

"Ezran, Ezaty, take care of her. Hospital now. She's have fever. Enzra, kamu sepatutnya tak boleh buat macam ni. Ini melibatkan nyawa!" Datin Khairina memaut tubuh Wardina yang panas.

Ezran dengan pantas mengangkat badan Wardina dengan gaya bridal style dan mencapai kunci keretanya. Ezaty mengambil handbag wardina yang berada didalam bilik wardina.

Enzra tergamam dengan situasi sekeliling nya. Datin Khairina memandang Enzra dengan kecewa.
Dato Alexander hanya memandang anak dan berlalu pergi.

Ezran memasukan badan wardina ke dalam kereta dengan hati-hati dan memandang adik perempuannya, ezaty.

"Adik duduk dengan dina, tolong pangku dia. Biar abang yang pandu".
Kata Ezran sambil menghidupkan enjin kereta black Bmw miliknya. Ezaty meletakkan handbag nya dan handbag wardina di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. sebelum masuk ke dalam bahagian belakang dan memangku kepala wardina.

"We need to faster" kata Ezaty sambil mengusap lembut rambut Wardina. Berpeluh badan gadis itu kerana mengalami demam yang sangat tinggi.

"Hold on, sweetheart".

*Selamat berpuasa guys. Maaflah jarang update. Saya dah busy. Tapi jangan risau saya akan update tapi jarang hehe. Jangan lah bah marah-marah baby. Tau lah baby comel. Anjay baby.*

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now