ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA: 6

98 5 2
                                    

Wardina bangun di pagi hari bersama wajah yang ceria. Hari ini merupakan hari pertama pekerjaan nya sebagai pembantu peribadi Datin khairina. Setelah solat subuh dilakukan, Wardina sedang bersiap untuk memulakan paginya. Dia tersenyum manis didepan cermin dan melangkah keluar dari biliknya. Apabila dia hendak ke dapur, dia terlanggar seorang lelaki tinggi yang sedang berdiri di pintu dapur. Lelaki itu memandang Wardina dengan tajam.

"Buta? Ke kau memang nak aku cungkil mata kau yang besar tu?" Kata Enzra dengan dingin. Kecil besar mata nya memandang Wardina yang hanya mencecah dada nya. Wardina mendongak memandang Enzra dengan jelingan tajam.

"Eleh mamat tinggi ni, kang siku kang ada yang nangis. Tepi lah mamat tinggi" kata Wardina sambil ingin melangkah masuk ke dapur untuk membantu pembantu rumah masak. Enzra menghalang langkah Wardina.

"Eh gadis pendek dan buta, kau tu dah lah buta pastu pendek lagi. Kau sini kau, ada hati nak siku aku." Enzra mengecilkan matanya sambil bernada kasar. Betapa geramnya dia dengan gadis tu. Kecil kecil cili padi. Nak je dia ganyang mulut gadis itu.

"Eh eleh, Encik Enzra Khaleq, right? Encik nak tahu tak? Encik memang tinggi, tinggi macam kesombongan dan keegoan encik. Sama tinggi. Bukan setakat sama tinggi tapi lebih tinggi. Saya pernah dengar orang kata, jangan sombong sangat. Dunia ni hanya sementara, kita hanya menumpang dan menikmati sahaja. Lesing kang" Wardina menjeling dan berjalan masuk ke dapur. Enzra menahan geramnya dan ingin menarik rambut Wardina namun sempat Datin Khairina mencelah.

"Jangan gaduh, lama-lama jatuh cinta. Eh tapi bagus juga, ada menantu macam wardina." Gelak Datin Khairina bersama suaminya Dato Alexander Endry. Wardina dan Enzra serentak menjawab.

"HELL NO"

"EWWW TIANG"











♠♠♠

Mereka sekeluarga bersarapan di meja makan. Wardina terasa kekok dan hanya berdiam diri. Wardina memandang Enzra yang berada di hadapan yang sedang memandang nya tajam.

"So, you're Wardina Adra? Pembantu peribadi my mom huh?" Enzra memandang Wardina dengan sinis. Wardina memandang Enzra dengan pandangan tajam.

"Ye saya Encik tiang eh no Encik Enzra" Wardina ingin saja melepaskan tawa nya kerana memandang muka Enzra yang tidak puas hati.

Ezran turun dari tingkat atas sambil tersenyum memandang Wardina. Dia mengambil tempat di sebelah Wardina.

"Morning adik, sedap tak sarapan?" Ezran bertanya dengan tersenyum manis memandang Wardina. Wardina mengangguk tersenyum dan berasa di sayangi. Enzra memandang tidak puas hati.

"Wait what?! Adik? Hell no bro, I'm here only your younger brother. No no. I don't want have little sister like her." Enzra menjeling Wardina. Wardina menjeling ke arah Enzra.

"Saya pun tak nak ada abang macam Encik Enzra. Sombong angkuh dan riak. Minta maaf mama,papa tapi Encik Enzra dah melampau. Hey Encik Enzra, dalam dunia ni hanya pinjaman sementara tau. Kalau Encik Enzra nak semuanya milik Encik Enzra, jangan mimpi, Dunia ni bukan milik kita" bidas Wardina dengan pedas. Enzra memandang Wardina dengan amarahnya dan berdiri.

"Eh budak ni, kau tu pun belum tentu sempurna! Kau tu pun tak bertudung! Jangan nak ceramah aku sangat. Entah-entah kau ni-" belum sempat Enzra menghabiskan ayatnya, Wardina memintas ayat Enzra.

"Kau ni apa? Hello Encik Enzra, saya memang tidak sempurna, dalam dunia ni tak ada yang sempurna. Kita diciptakan dengan adanya kekurangan. Ye saya tahu saya tidak bertudung dan masih tidak tahu menjaga batas. Sekurang-kurangnya saya tahu dunia ini adalah pinjaman dan perlahan-lahan ingin mengubah diri. Encik boleh hina saya, tapi jangan pijak maruah saya." Turun naik nafas Wardina memandang Enzra. Berasa geram dengan tindakan Enzra.

"Kau memang perempuan-" baru saja Enzra ingin membaling gelas kaca ke arah Wardina, Ezran berdiri di hadapan Wardina. Dato Alexander dan Datin Khairina menjerit nama Enzra.

"ENZRA KHALEQ" serentak Datin Khairina dan Dato Alexander meninggikan suara mereka. Enzra memandang kedua ibu bapanya sebelum melangkah pergi. Wardina menutup matanya dan sedikit bergetar ketakutan.

Ezran memandang Wardina yang berada dalam pelukan nya. Jika dia terlambat muka gadis itu cedera. Adik lelaki nya memang tidak boleh mengawal kemarahan nya.

"Hey little sunshine, open your eyes"

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now