Ezran memandang Wardina yang sedang termenung melihat ke luar tingkap kereta. Dia tahu gadis itu sedang berat hati ingin meninggalkan ayahnya. Dari apa yang Ezran lihat, Wardina lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibunya. Dia terfikir, betapa kuatnya seorang Wardina menghadapi ibunya yang toxic.
" Ermm awak okay tak ni? Saya tengok awak macam tak okey je" Ezran cuba membawa Wardina berborak dengan bernada ceria. Wardina memandang Ezran sambil tersenyum manis.
"Saya okey je, ermm awak siapa nama? Saya lupa hehe" Wardina tersenyum tidak bersalah. Dia asyik fokus dengan fikiran nya hingga terlupa tentang Ezran.
" It's okay, nama saya Ezran Khadam, boleh panggil Ezran. Don't call me Khadam. Rasa macam pelik." Ezran ketawa ceria, dia dapat merasakan apabila dia bersama gadis ini, hilang segala sikap dingin nya. Dia merasakan Wardina sangat baik dan tenang walaupun kelihatan sangat penat dari segi mental.
" Okay Encik Ezran, ermm Encik ada adik beradik ke?" Wardina bertanya dengan kekok, dalam hatinya sudah dia maki diri sendiri. Apa punya soalan Wardina.
Ezran tersenyum dan tergelak kecil. "Don't call me Encik, i don't like it, just Ezran or abang, because I consider you like my little sister. Oh yes, saya ada 2 adik, saya yang sulung. Adik saya nombor dua bernama Ezaty dan yang ketiga Enzra. Enzra baru pulang dari Italy semalam selepas 2 tahun. Ezaty pulang sedang berkerja sebagai model dan Ceo syarikat mama saya, Datin Khairina."
Wardina mengangguk tanda faham. Dia memandang Ezran sambil senyum. "Mesti Abang Ez pula apa?"
Ezran ketawa kecil melihat telatah Wardina. " Abang cuma jaga kawasan hospital, abang tak pandai macam adik beradik abang. Eh Dina dah bagitahu ayah Dina yang dina jadi pembantu peribadi mama abang?"
Wardina menggeleng, kalau dia bagitahu pun, menggeletis lah bulu ibu nya, yelah nanti jadi gelabah sebab dengar anak yang dibuang banyak duit.
"Tak, sebab dina tak nak ada yang kejar dina demi duit, dina cuma cakap dina jadi pembantu rumah. Tu je, hehe"
Ezran menggeleng melihat telatah wardina. Gadis itu terlalu comel di mata.
"Takpelah Wardina, duit ni kita harus kongsi bersama ibu bapa. Berkat jika kita berkongsi, pengorbanan mereka itu tidak terkira dari apa yang kita berikan pada mereka. Walaupun sejahat mana pun ibu wardina, dina hanya perlu tetap kuat dan bersabar. Ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu" panjang lebar Ezran menasihati Wardina. Dia tahu gadis itu terluka dengan sikap ibunya. Tapi dia cuba untuk memberikan kekuatan pada wardina.
Wardina hanya tersenyum dan melihat keluar tingkap kereta. Dia akan cuba menjadi kuat yang boleh tetapi dia lemah apabila teringat tentang sesuatu yang ibunya sampaikan padanya. Dia sudah tidak dianggap seorang anak sebaliknya dia hanya dianggap orang luar.
"Terima kasih abang, dina akan ingat nasihat abang sampai bila-bila" Ezran tersenyum manis melihat Wardina. Baginya gadis itu sangat unik dan terlihat matang. Sangat berdedikasi.
♦♦♦
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Setelah beberapa minit memandu, Mereka telah tiba di villa mewah milik keluarga Ezran. Wardina tergamam melihat villa mewah itu, sangat cantik, kemas dan mewah. Tidak mampu dia membayangkan keadaan didalam villa itu.
Ezran tersenyum dan membawa Wardina masuk ke dalam villa, Ezran meletakkan beg bagasi Wardina di depan pintu dan mengarahkan pembantu rumah untuk membawa Beg wardina masuk ke dalam bilik yang disediakan. Ezran tersenyum memandang Wardina yang memandang sekeliling dengan tergamam.
"Dina, meh sini kita pergi jumpa mama, mama ada kat bilik karaoke dia kut. Biasanya time macam ni, dia gila karaoke." Kata Ezran dengan ketawa kecil mengenang sikap mama nya yang gilakan karaoke.
Wardina mengangguk dan mengikut langkah Ezran ke bilik karaoke yang disebut oleh Ezran tadi, melihat kawasan itu, Wardina tergamam sekali lagi. Sangat cantik dekorasi yang ada dalam bilik itu. Datin Khairina melihat Ezran dan Wardina masuk ke dalam bilik karaoke itu serta merta berhenti menyanyi. Dia melihat Ezran seperti tidak percaya.
"Who's this girl Ezran?" Dengan nada dingin dia bertanya kepada Ezran. Wardina menelan liur kesat melihat Datin Khairina yang seakan-akan tidak suka padanya.
"Mama, stop act like that, kesian Wardina, dah pucat dah tu" kata Ezran yang membuatkan Datin Khairina ketawa serta merta. Wahh pandai bergurau ye Datin Khairina ni
"I'm sorry Wardina, don't be scared, saya okay je ni haa, bergurau sikit. Cantiknya bakal menantu eh bukan pembantu peribadi mama, hmm minat karaoke tak?" Datin Khairina bertanya dengan nada lembut, siapa tahu ada geng boleh karok
Wardina mengangguk dan tersenyum. "Of course lah Datin, hobi saya nombor syatu tu. Nanti ada masa kita karok sama ye Datin"
Pecah ketawa Datin khairina mendengar Wardina. Ini yang dia suka. Ada geng boleh karok.
"Please don't call me Datin, just call me Mama. Saya dah anggap kami seperti anak saya juga." Wardina mengangguk ceria. Dia berasa sedang dihargai didalam rumah itu. Ezran tersenyum melihat Wardina dan Datin Khairina yang sudah mula menjadi geng karaoke. Nampaknya mama nya sudah tidak merungut lagilah kerana asyik bosan tidak siapa nak teman karaoke.
*MAAF TEMAN II, SAYA DAH HABIS SPM HAA, BOLEH LAH UPDATE SIKIT II. JANGAN RASA BOSAN OKAY? KITA KAN GENG, BOLEH FOLLOW IG DAN TIKTOK SAYA. OKAY LAH BYE, NAK FIKIR PLOT TWIST YANG SEDIH II, MAAF TAK UPDATE SELALU SEBAB TENGAH FIKIR NAK CARI KEJE*