ENZRA KHALEQ x WARDINA ADRA : 17

52 1 0
                                    

Wardina tersedu menangis diatas sofa. Siapa sangka yang dirinya bakal menjadi isteri kepada seorang Enzra Khaleq. Puas dia merayu kepada lelaki itu untuk membayar denda sahaja. Namun, Enzra dengan tekad ingin menjadikan Wardina sebagai isteri sah nya kerana dia hanya ingin menyelamatkam maruah Wardina.

"Tolonglah Encik Enzra, saya merayu. Kita bayar denda saja. Tolong lah. Saya tak nak ibu bapa saya kecewa disebabkan hal ini. Saya masih sayang mereka." Tersedu Wardina sambil menahan air matanya daripada mengalir lagi.

"Wardina, tolong percaya aku. Aku akan selamatkan semuanya. Tolong yakin dengan aku adra. Please." Rayu Enzra sambil mengelap air mata Wardina. Ya dia tahu dia juga silap namun apakan daya, itu adalah satu kesalahan nya juga.

Enzra mengambil telefon bimbitnya untuk menelefon ibu bapa nya serta Ezran untuk memberitahu bahawa Enzra dan Wardina bakal dinikahkan keesokan hari di Jabatan Agama.

Mendengar khabar itu, ibu Enzra, Datin Khairina sangat terkejut mendengar khabar dukacita itu. Patutlah dia sangat tidak sedap hati sejak dua menjak ini namun dia percaya pada anaknya itu, ada hikmah disebaliknya.

Setelah menamatkan panggilan telefon bersama Datin Khairina. Enzra menelefon pula abang sulungnya, Ezran. Dia yakin abangnya itu bakal marah.

"Kau gila ke Enzra?! Kau tau yang aku sayangkan Wardina macam gila babi! Apa yang susah sangat bodoh?! Bayar je lah denda tu hanat! Kau sabar jap. Aku nak terbang pergi sandakan!" Jerit Ezran melalui panggilan telefon setelah mendapat khabar itu. Enzra mengeluh.

"Tak payahlah nak mengeruhkan lagi keadaan. Esok kami dah nak nikah. Kita jumpa lepas aku dan wardina balik dari Sandakan. Aku nak bawa dia bertenang dulu. Dengar sini zran, what i want, i will chase until i get it. And this time, I win. Loser." Ujar Enzra dengan sinis sebelum dia menamatkan panggilan telefon itu. Dia pasti Ezran sedang sangat marah.

Beberapa minit kemudian, telefon Enzra berbunyi menandakan ada mesej masuk. Ya, mesej dari segala rakan-rakannya. Anak bala Royal black.

Syed sengal;

Weh Enz, kau kena tangkap basah ke bodoh?! Bapak gila babi punya anak.

Aizat bala segala bala:

Bodohlah kau syed. Member tengah bahagia tu gila. Dah dapat crush.. main cara kotor lah tu.. member dah tak duda lagi dho. Hahaha.

Aiman:

Congratulations bro.

Hafsyam Zafran duda:

Weh mat, hilang lah duo duda aku.

Me:
Kepala hotak engkau tiga.

Pening dia melayan karenah kawan-kawannya itu. Kalau boleh mereka nak bergosip macam perempuan. Bila disuruh disuruh cari bini. Semua nak meroyan tak ada yang setia. Bila perempuan mendekat, semua nak mengaku gay dengan muka dingin macam beruang kutub.

***

Berasa debar didada kian melaju. Risau, sedih, bahagia bercampur baur didalam hatinya. Dia melihat sekelilingnya. Terdapat ibu bapa nya. Dato Endry Alexander. Ibunya, Datin Khairina dan kakaknya, Ezaty Khalesya yang sedang berdiri di belakang mereka. Mereka terpaksa menggunakan Wali hakim bagi pihak perempuan atas sebab tertentu.

Setelah selesai menandatangani surat yang penting. Enzra menyambut huluran tangan ustaz yang berada di hadapannya.

"Enzra Khaleq bin Dato Endry Alexander?" Tanya Ustaz itu sambil memandang Enzra untuk mendapatkan kepastian.

"Ya, saya." Dengan yakin nya Enzra menjawab soalan Ustaz itu. Debaran kini kian terasa. Peluh membasahi seluruh dahinya.

"Bismillahirrahmanirrahim, Enzra Khaleq bin Dato Endry Alexander. Aku nikahkan dikau dengan Wardina Adran binti Wazlan berwalikan wali hakim. Dengan mas kahwin nya Rm 100 ringgit tunai." Ujar ustaz itu melafazkan akad nikah. Enzra menelan liur pahitnya.

"Aku terima nikahnya, Wardina Adra binti Wazlan berwalikan wali hakim dengan mas kahwin nya Rm 100 tunai" kata Enzra dengan sekali lafaz. Ustaz itu memandang beberapa orang pegawai untuk mendapatkan kepastian.

"Sah? Sah? Alhamdulillah." Ucap Ustaz itu dengan tersenyum memandang Enzra.

Dengan sekali lafaz sahaja. Wardina telah rasmi menjadi hak milik Enzra. Isteri sah kepada Enzra Khaleq.

Selesai sahaja bacaan doa. Enzra mendekati Wardina untuk menyarungkan cincin dan membatalkan air sembahyang. Enzra menyarung cincin di jari manis Wardina sambil tersenyum manis. Wardina hanya menangis tersedu dan ditenangkan oleh Datin Khairina.

Enzra mencium dahi Wardina dan terasa syahdu. Dia tahu isteri nya itu kuat. Dia berbisik di telinga Wardina.

"Don't cry baby. I will always behind you. Just open your eyes and you will see me, my flower." Bisik Enzra dengan lembut.

Wardina hanya menunduk dan menahan tangisan nya untuk berhenti. Kini, dirinya telah menjadi sebahagian hidup kepada seorang Enzra Khaleq.





*Tolong sesiapa yang ingat nama Dato Alexander dan Ezaty tu, please komen 😭. Penat noh asyik hilang je kertas yang aku tulis segala nama watak. Okay bye, nak sambung tulis lagi. Eh, jam 3 saya sambung. Gerak luu pape roger. Sila ber Overthingking tentang apa yang Ezran lakukan. Kalau ada salah silap, tolong lah tegur saya. Please lah.*

BIDADARI MR.ENZRA KHALEQWhere stories live. Discover now