"Aku terima nikahnya Nur Luna Charrisa binti Mustafa Zhakir dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai"
Dengan sekali lafaz, Nur Luna Charrisa menjadi hak milik mutlak Tengku Aisy Lutfi. Dalam erti kata lain, Luna sudah terperangkap sepenuhnya dalam sangkar neraka ciptaan Tengku Aisy. Tiada jalan keluar baginya.
Luna sudah tidak sanggup menghadapi ugutan-ugutan Tengku Aisy tentang rakaman video itu. Saban hari, lena Luna terganggu malah dia juga takut andai kata Tengku Aisy menyebarkan aibnya seperti yang diugut.
Oleh sebab itu, Luna memilih untuk mengikuti perjanjian Tengku Aisy untuk berkahwin dengannya walaupun perjanjian itu sungguh tidak masuk akal.
Malah, pernikahan ini juga dilakukan ala kadar sahaja. Dihadiri oleh lima kawan Tengku Aisy dan tiada siapa pun wakil Luna.
Terhenti lamunan Luna apabila suara garau milik Tengku Aisy menyapa gegendang telinga.
"Welcome to hell, my princess," bisik Tengku Aisy.
Lantas, tangan kanan Luna ditarik kasar dan cincin emas belah rotan disarungkan pada jari manis milik Luna.
Kemudian. giliran Luna pula untuk menyarungkan cincin ke jari manis Tengku Aisy. Disalam tangan kanan Tengku Aisy penuh hormat. Lantas, dahi licin milik Luna menjadi tempat Tengku Aisy melabuhkan ciuman.
Tengku Aisy tersenyum sinis ke arah Luna. Jelas terpancar riat wajah ketakutan Luna yang membuatkan hati Tengku Aisy melonjak kegembiraan. Tidak sabar rasanya dia untuk membalas segala perbuatan keluarga Luna yang membuatkan arwah mamanya menderita.
Sudah tiba masanya untuk Tengku Aisy membalas segala dendam kesumat yang disimpan selama ini.
"Bro," tegur Tengku Aryaan.
"Yang dah lepas tu biarlah berlalu, aku tengok isteri kau tu lembut je orangnya. Cuba terima dia, lupakan dendam lama kau itu," nasihat Tengku Aryaan.
"Lupakan? Kau tunggu je dalam masa setahun dua lagi bro, aku jemput kau datang kenduri tahlil bini aku tu," Tengku Aisy terketawa perlahan.
Tengku Aryaan hanya menggelengkan kepala beberapa kali. Dia kenal Tengku Aisy, Tengku Aisy menanti 18 tahun untuk membalas dendamnya dan kini, takdir seakan-akan memihak kepada Tengku Aisy apabila membawa Luna terikat dengannya.
Tengku Aryaan hanya mengharapkan kawannya itu menyesal suatu hari nanti dan andai suatu hari itu wujud, dia berharap saat itu masih ada sinar kemaafan bagi Tengku Aisy.
***********************************
"Sakit Aisy....Sakit!!!!" Jerit Luna apabila air panas yang mendidih sebentar tadi dicurahkan pada tangannya.
Sebelum itu, Tengku Aisy telah melibas tali pinggang milik lelaki itu sehingga berbirat lebam badannya. Sekarang disimbah pula dengan air panas, Luna takut menanti apa yang akan dilakukan Tengku Aisy seterusnya.
"Sakit!! Sakit !! Hati aku ni lagi sakit tengok kau menyundal dengan jantan sebelah rumah tu. Kau ingat apa aku tak boleh puaskan kau ke ??!! Aku bolehlah sial !!!" jerit Tengku Aisy sekuat hati.
Lantas, Tengku Aisy menarik kaki kanan Luna sehingga Luna terbaring terlentang dan Tengku Aisy naik menindihnya. Seluar panjang Tengku Aisy ditanggalkan lalu tujahan kasar menghentam dinding rahim Luna.
Luna hanya dapat menahan rasa sakit yang kian mencucuk itu. Saban hari, Luna diperlakukan seperti seekor binatang tanpa sedikit pun belas kasihan dari Tengku Aisy.
**************************
"Jadi kau yang masukkan pil perangsang dalam minuman aku haritu? Sampai hati kau, Balqis...."
"Selama ini, aku percayakan kau tapi kau tikam belakang aku. Kau khianati persahabatan kita."
Luna menuturkan kata-kata itu dengan perlahan. Lemah dengan kenyataan perit yang harus ditelan.
Luna merasakan hidupnya kosong. Tiada ibu bapa mahupun sanak saudara untuk membela nasibnya, satu-satunya kawan yang dia ada mengkhianati dirinya dan suami yang sepatutnya menjadi semangat dan tempat perlindungan menjadi punca utama penderitaan hidup Luna.
"Aku minta maaf Luna." Pinta Balqis perlahan dalam tangisan.
"Baliklah Balqis, aku tak mampu lagi nak hadap kau." Ujar Luna lalu mengangkat punggung dari sofa berkembar itu menaiki tangga.
Sempat Luna mengerling ke arah Tengku Aisy yang bersandar di dinding bersebelahan dapur. Senyuman sinis muncul di wajah lelaki itu. Sudah tentu Tengku Aisy gembira melihat adegan Luna bersama Balqis sebentar tadi.
****************************
"Berapa kali saya nak cakap?! Keluarga saya tidak ada kena mengena dengan awak mahupun arwah mama awak ." jerit Luna.
"Kalau tidak kaitan, ini semua apa ?!!" tengking Tengku Aisy semula. Gambar-gambar yang disimpan kemas semalam ini dilempar tepat pada wajah Tengku Aisy.
Membulat mata Luna melihat satu persatu gambar yang dilempar Tengku Aisy. Gambar-gambar itu seolah-olah membuktikan segala tuduhan Tengku Aisy adalah benar belaka.
Tidak pernah Luna sangka, saat dia bergelar kanak-kanak menikmati kehidupan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu-bapanya, Tengku Aisy menderita. Zaman kanak-kanak Tengku Aisy penuh dengan tangisan, derita and trauma.
Jadi? Wajar bukan jika sekarang Luna menerima derita angkara perbuatan ibubapanya sendiri?
Walaupun kebenaran seakan-akan berpihak kepada Tengku Aisy, jauh di sudut hati Luna menyatakan ibu bapanya bukan sekejam itu.
*********************************
"Jadi selama ni aku salah anggap," perlahan suara Tengku Aisy berbicara.
Tengku Aryaan mengangguk perlahan. Lidahnya turut kelu untuk berkata-kata.
Tengku Aisy jatuh terduduk dengan kebenaran yang terungkap. Satu persatu layanan kasar dia terhadap Luna dimainkan dalam minda.
Pukulan, cacian, makian, tumbukan........
Tak sanggup...Tak sanggup lagi Tengku Aisy mengingati setiap perbuatannya.
"Aisy!!!!"
Tengku Alena muncul di sebalik pintu. Nafasnya tercungap-cungap.
"Kak Luna......"
"Kak Luna...."
Tengku Aisy bangun dan melangkah ke arah adiknya. Kedua-dua bahu adiknya dipegang dan digoncang kuat.
"Luna kenapa?" tanya Tengku Aisy.
Tengku Alena memandang tepat ke arah mata hazel milik abangnya. Mata Tengku Alena berkaca-kaca.
"Luna kenapa ?!!!!!!" tempik Tengku Aisy kuat.
"Kak Luna accident," ujar Tengku Alena perlahan.
"Ya tuhan......."
****************************************
Hi, loves
This is my first story yaa
Do support by vote and jangan lupa tinggalkan comment okayyyy

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...