Luna melangkah longlai dari bilik air ke katil. Badannya direbahkan lalu mata dipejam. Lengan diangkat dan diletakkan di atas mata bagi menghalang air mata yang mengalir namun sia-sia. Luna teresak, semakin lama semakin kuat kedengaran esakan Luna.
Flashback...
"Wh.. what?"
"Melody.... adik kesayangan kau kan?". Tengku Aisy bangun lalu mengorak langkah ke arah Luna. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam saku seluar.
"Apa kau merepek ni?" Luna cuba berdalih, sekaligus cuba mengawal debaran di dada.
Tengku Aisy terketawa kuat.
"Luna...Luna...kau ingat aku kahwin dengan kau ni saja-saja ke? Segala rahsia kau dalam poket aku lah. Termasuk....." Tengku Aisy mendekatkan bibir ke telinga Luna.
"Termasuk rahsia yang mak kau tu jalang nakkan laki orang. Sangap bat.."
Belum sempat Tengku Aisy menyudahkan ayatnya, telapak tangan Luna hinggap di pipi Tengku Aisy.
"Jangan ingat aku diam tu tanda aku lemah, Aisy! Selama ni aku boleh lagi bersabar bila kau buat macam-macam untuk hancurkan aku even aku tak tahu apa salah aku. Tapi, bila kau hina mama aku, that's too much, Tengku Aisy Lutfi!"
Luna mengepalkan kedua-dua tangannya menahan amarah.
"Roy, keluar." Kedengaran begitu keras nada suara Tengku Aisy. Tanpa berlengah, Roy dengan segera meninggalkan ruangan pejabat Tengku Aisy.
Sebaik sahaja Roy keluar, Tengku Aisy mara ke hadapan dan dengan sekali rentap, blouse merah jambu yang dipakai oleh luna terkoyak mendedahkan pakaian dalamnya.
"Aisy!!!" Suara tempikan Luna bergema di ruangan pejabat itu. Tidak sempat Luna bersuara untuk kali yang kedua, bibirnya ditindih kasar oleh Tengku Aisy.
Tangan Tengku Aisy mula menjalar ke punggung Luna yang ditutupi oleh skirt paras lutut.
Apabila Tengku Aisy cuba menarik zip skirt ke bawah, tolakan kuat dari Luna menyebabkan zip itu tercabut sepenuhnya.
Luna panik, sedaya-upaya menahan skirtnya agar tidak melorot jatuh ke bawah. Matanya juga mulai panas, dia kelihatan seperti seorang perempuan yang tiada harga diri di hadapan Tengku Aisy kini. Lebih-lebih lagi melihat senyuman sinis Tengku Aisy.
Belum sempat Luna bertindak, Tengku Aisy menolak Luna ke sofa yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Tubuh Tengku Aisy naik menindih Luna, leher jinjangnya juga dicumbu kasar.
"Badan kau dah sedap macam ni, adik kau mesti lagi bergetah kan?" Tengku Aisy memulakan provokasi.
"Aisy, tolong jangan libatkan adik aku. Aku sanggup buat apa saja" jatuh juga air mata Luna yang ditahan sejak tadi.
"Sanggup buat apa je?"
Luna mengangguk laju. Dia sudah tidak peduli dengan dirinya asalkan Melody selamat.
Tengku Aisy bangun dari menindih Luna. Baju kemeja yang sedikit berkedut itu dibetulkan sebelum langkah dibawa ke meja kerjanya. Fail yang diberikan kepada Luna sebentar tadi diambil dan dicampak ke meja sofa.
"Sign!" Walaupun arahan Tengku Aisy kedengaran ringkas namun cukup berat untuk Luna laksanakannya.
Namun Luna tidak mempunyai pilihan lain, maruah adiknya lebih penting dari harta.
Perlahan - perlahan Luna menurunkan tanda tangan di setiap ruangan bawah surat itu. Setelah selesai, fail itu ditolak kembali ke arah Tengku Aisy.
"Bagus, get ready untuk jumpa media tau. Kejap lagi, make up artist akan sampai" Tangan Tengku Aisy naik mengusap kepala Luna.
"Dan lagi satu...." Bibir Tengku Aisy didekatkan ke telinga Luna.
"Starting from now, semua yang kau ada ialah hak milik aku, bukan setakat harta je even baju dalam yang kau pakai tu pun aku punya. So kalau tak nak aku bogelkan kau, dengar cakap aku dan jangan melawan. Be a good girl, princess."
End of flashback...
Deringan telefon bimbit Luna menyentakkan lamunan. Panggilan dari nombor tidak dikenali menyebabkan Luna mengabaikannya. Sejak Tengku Aisy mengkhabarkan berita perkahwinan mereka, telefon bimbitnya sering berbunyi. Separuh daripadanya adalah dari nombor yang tidak dikenali.
Deringan telefon yang berkali-kali menyebabkan Luna membuat keputusan untuk mengangkatnya.
"Hello?"
"Ini Puan Luna Charissa ke?"
Puan? Sungguh asing gelaran itu Luna. Kenyataan yang harus Luna telan walaupun perit.
"Hello? Puan?"
"Oh, sorry. Ya, saya. Ini siapa ya?"
"Ni Naufal."
"Naufal?" Dahi Luna berkerut sedikit memikirkan gerangan siapa yang menelefonnya ini.
"Yes, yang tolong awak semalam."
"Oh, ya! Ada apa ya awak call?"
"Kereta awak dah siap. Kalau awak bagitau alamat, saya boleh hantar ke rumah awak."
"Oh tak! Saya datang bengkel la. Awak bagitau je alamat." Berbual biasa dengan Naufal tempoh hari pun mengundang amukan Tengku Aisy sehingga dia dipukul teruk. Jika dia mengajak Naufal ke rumah, cari mati namanya.
"Oh baik, nanti saya text awak alamat bengkel. Saya sebenarnya tak sangka awak isteri Tengku Aisy."
Luna terdiam. Dia tidak pernah menyangka berita perkahwinannya akan tersebar secepat ini.
Luna tersentak apabila bunyi 'beep' di pintu tanda password telah dimasukkan kedengaran. Pasti Tengku Aisy.
Kelam-kabut dia mematikan telefon bimbit tanpa sempat berkata apa-apa pada Naufal.
Luna duduk bersandar pada kepala katil tanpa menghiraukan Tengku Aisy yang baru masuk ke dalam bilik.
Tengku Aisy duduk di birai katil. Bibirnya terjungkit membentuk senyuman sinis taatkala perasan Luna sengaja melarikan pandangan agar tidak bertentang mata dengannya.
"Bangun." ringkas arahan Tengku Aisy. Namun, tindakan Luna yang tidak memberi sebarang tindakbalas menyebabkan Tengku Aisy menarik kasar lengan Luna. Luna yang tidak bersedia itu hampir tersungkur ke lantai tapi sempat ditahan kakinya.
"Aku cakap jangan melawan kan? Degil sangat kenapa? Nak aku bogelkan kau?" Rahang Luna dicengkam kuat.
"Sakitlah!" Tangan Tengku Aisy ditolak. Tanpa menghiraukan Tengku Aisy, Luna mara ke pintu. Sesak rasanya berada dekat dengan Tengku Aisy.
Tindakan Luna itu membangkitkan lagi kemarahan Tengku Aisy. Lantas, rambut Luna ditarik sehingga Luna terdorong ke belakang.
Tengku Aisy cuba merentap baju yang dipakai Luna tetapi suara Luna mematikan niatnya.
"Apa? Nak bogelkan aku? Nak pukul lagi? Buatlah, buat! Segala benda yang berlaku dekat aku, boleh jadi berita terhangat untuk media dan sudah semestinya kau akan terpalit sama. Sebab....aku ni isteri kau!"
Melihat kebisuan Tengku Aisy membuatkan Luna mara beberapa tapak ke hadapan.
"It's really a bad idea to get married with someone you have revenge on, darling." sinis sekali kata-kata Luna.
*********************************
Hi Loves
Lama sangat tunggu update ke?
Sorry saya busy sikit sebelum ni, lepas ni saya update macam biasa yaa...
Jangan lupa vote and tinggalkan comment okay....

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...