"I want to talk personally with my beloved husband so can you wait outside, Mr....whatever?" ujar Luna kepada Roy. Kepalanya dipalingkan ke arah Roy.
"Roy out," setelah berdiam diri dari tadi akhirnya Tengku Aisy bersuara. Matanya juga mengarah ke arah pintu menyuruh Roy keluar.
Roy tunduk sedikit tanda akur dengan arahan majikannya sebelum keluar. Hilang sahaja kelibat Roy di sebalik daun pintu, tangan Tengku Aisy bergerak laju mencengkam leher Luna dan ditolak ke arah dinding dan ditindih rapat sehingga Luna tidak dapat bergerak.
Namun riak tenang Luna menerbitkan rasa gusar di hati Tengku Aisy. Mana perginya Luna yang lemah? Mengapa wanita yang berdiri di hadapannya sekarang seperti orang lain?
"Kenyataan media tu, angkara kau kan princess?" Tengku Aisy mula bersuara tegas.
Luna tersenyum mengejek.
"Well darling, I dah kahwin dengan salah satu jutaan Malaysia. Rugilah kalau tak war-warkan kan?" Luna masih beriak tenang malah tangannya turut naik mengusap lembut rahang Tengku Aisy.
"Apa plan kau sebenarnya, princess? Jangan buat aku naik tangan." Kian suara Tengku Aisy kedengaran kasar namun masih dalam keadaan terkawal.
"Macam kau tak pernah naik tangan, kan?!" Tempik Luna malah panggilan Luna terhadap Tengku Aisy juga berubah. Tubuh Tengku Aisy ditolak kuat.
"Dari dulu aku dah ingatkan kau, Aisy. Kalau kau ingat aku perempuan lemah yang akan tunduk dengan kau, kau silap besar!!"
"Oh yeah? Jadi Luna yang tak melawan, lemah dan menangis setiap masa tu apa? Lakonan kau? Memang sial kan perangai kau?!!" Lawan Tengku Aisy cuba menutup kegugupan diri. Sejujurnya dirinya sendiri sedikit gentar dengan penampilan Luna yang sekarang. Apa yang menyebabkan Luna berubah dalam masa satu malam. Hatinya masih berteka-teki.
Luna tersenyum sinis.
"Anggaplah Luna yang sebelum ni cuma takutkan maruah dirinya tersebar. But no worries, not anymore."
"Apa maksud...wait what?!" Tengku Aisy seolah-olah dapat menangkap maksud yang disampaikan oleh Luna. Serta merta telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar slacknya dan dicari sesuatu.
"Bullshit!!!!" Padannya Luna seberani ini, video aib Luna yang disimpan kemas olehnya sudah tiada. Memang Tengku Aisy tidak menyimpan backup video itu kerana dari awal rancangannya cuma untuk memerangkap Luna berkahwin dengannya, bukan untuk menyebarkan video itu.
"Tapi kan Aisy, bodoh juga kau ni. Buat kerja tak clean." Luna ketawa kuat lalu melangkah ke arah kerusi CEO gah milik Tengku Aisy dan melabuhkan punggung di situ.
"Apa kau ingat dengan bagi tahu media tentang perkahwinan kita, kau dah menang? Aku boleh sangkal kenyataan yang kau bagi bila-bila masa, princess malah silap hari bulan, aku boleh saman kau sebab keluarkan kenyataan palsu. I can do anything with money and power, princess." Sinis sahaja suara Tengku Aisy.
"Same." Kata- kata Tengku Aisy langsung tidak melumpuhkan keberanian Luna.
"What?"
"I can do anything with money and power..too, Mr. Tengku Aisy. Jangan kau lupa, seperti mana kau ada nama dan gah di dunia perniagaan, same goes to me. Dan lagi satu, akad nikah kita berlangsung di Malaysia bukannya Thailand so cubalah sangkal kenyataan media aku, I will prove them with enough evidence."
Tengku Aisy mengepal kedua-dua tangannya membentuk penumbuk. Giginya juga diketap kuat. Melihatkan itu, Luna bangun dan melangkah ke arah Tengku Aisy.
Tangan Luna memegang tangan Tengku Aisy yang dikepal itu dan jari telunjuknya naik mengikuti veins yang terbentuk di lengan Tengku Aisy. Tubuhnya dirapatkan ke tubuh Tengku Aisy dan kepalanya didongak.
"Sexy," Luna berbisik perlahan namun cukup kuat untuk didengari oleh Tengku Aisy.
Kedua-dua tangan Luna naik mengusap pipi Tengku Aisy. Kakinya dijengket dan ciuman dilabuhkan pada dahi Tengku Aisy turun ke mata, pipi dan rahang Tengku Aisy. Tengku Aisy mula terbuai dengan layanan Luna, entah kenapa perasaan marah yang menyesakkan dada sebentar tadi juga seakan beransur pulih.
Bibir Luna berhenti tepat di hadapan bibir Tengku Aisy. Melihatkan itu, Tengku Aisy mula memejamkan mata. Luna tersenyum sinis.
"The real game just begin, darling"
Sejurus itu Luna melangkah keluar dari office Tengku Aisy.
"Argghhhhh!!!!" Jeritan Tengku Aisy bergema di ruang pejabatnya. Dinding pejabat ditumbuk berkali-kali oleh Tengku Aisy untuk melepaskan amarahnya.
*********************************************
"Err..boss," Berpeluh dingin Roy menegur majikannya. Sejak kejadian Luna datang ke pejabat pagi tadi, mood Tengku Aisy memang kurang baik. Habis semua pekerjanya dijerkah.
Tengku Aisy cuma mengangkat kening tanda bertanya kepada Roy.
"Ramai pihak media nak buat temu janji dengan boss even certain media tunggu boss dekat ruangan bawah lobi. Err.. macam mana boss?"
"Out, Roy" Tengku Aisy bersandar di kerusi sambil memejamkan mata. Kedua-dua tangan dibawa ke belakang kepala.
"Tapi, boss..."
Belum cepat Roy menyudahkan ayatnya, Tengku Aisy membuka mata dan memberikan pandangan tajam menyebabkan Roy menelan air liur.
Kepala Roy ditundukkan sedikit sebelum keluar tergesa-gesa.
Nafas dihela oleh Roy. Berkerja di bawah Tengku Aisy seolah-seolah menunggu hukuman tali gantung, sentiasa berada dalam situasi takut dan berdebar-debar. Mujurlah gaji yang diberi lumayan.
Life is a fight from the minute you take your first breath to the moment you exhale your last.
********************************
Hi Loves,
Happy Reading
Jangan lupa vote dan comment okayy.....

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...