BAB 17

661 51 3
                                    

"Terima kasih, Naufal." Luna tersenyum manis ke arah Naufal.

"Terima kasih je?" usik Naufal sambil tersenyum nakal. Jujur dia katakan, hatinya tertarik sejak malam dia menemui Luna namun dia harus sedar diri bahawa Luna adalah isteri orang. Lebih - lebih lagi kepada orang ternama seperti Tengku Aisy.

"Oh, kejap." Luna mengeluarkan beberapa duit kertas berwarna ungu dan dihulurkan kepada Naufal.

Kedua - kedua kening Naufal terjongket ke atas. Bukan ini yang dimaksudkan olehnya.

"Apa ni?"

"Upah awaklah. Thank you tolong saya." Tangan Luna masih menghulurkan duit tersebut.

"Bukan ini maksud saya, Luna Charissaaaa"

"Then?"

"Maybe a cup of coffee?"

Luna mula resah. Kalau boleh, dia mahu cepat - cepat beredar dari sini. Dia sedar ramai mata-mata Tengku Aisy yang memerhati gerak-gerinya tak kira ke mana pun dia pergi. Luna tidak mahu hal ini dijadikan satu alasan untuk Tengku Aisy memukulnya lagi.

Melihat Luna seperti mengelamun menyebabkan Naufal ingin menarik tangan Luna mengikutnya.

Belum sempat tangan Naufal menyentuh pergelangan lengan Luna, ada lagi satu tangan yang merentap tangan putih itu dengan kasar.

Luna menelan air liur yang terasa seperti pasir melihat gerangan yang menarik tangannya. Tengku Aisy!

"Aisy... ak-" terhenti perkataan yang mahu keluar dari mulut Luna apabila melihat Naufal memerhati. Tidak sesuai rasanya jika dia berkau-aku dengan Tengku Aisy sekarang. Lebih-lebih lagi Naufal merupakan orang luar.

"Aisy, saya cuma nak ambil kereta je," Luna memulakan bicara.

Luna terjerit kecil apabila Tengku Aisy menarik pinggangnya kuat. Sisi pinggangnya diramas lembut lalu Tengku Aisy melabuhkan satu kucupan hangat di dahi Luna.

"Abang tau, princess."

Wajah Luna mula membahang. Dia malu! Tambahan pula, Naufal dan seorang lelaki di sebelah Tengku Aisy sedang memerhati.

Luna cuba meleraikan pautan tangan Tengku Aisy pada pinggangnya namum makin erat pautan itu.

Pandangan Tengku Aisy yang dari tadi memandang tepat ke mata Luna beralih ke Naufal pula.

"Who are you?" soal Tengku Aisy agak dingin. Sebelah tangan kemas memaut pinggang Luna, sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam saku seluarnya.

"Naufal Azri, aku yang tolong Luna semalam waktu kereta dia rosak tengah malam." Naufal menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy hanya memandang sepi huluran itu.

Tengku Aisy mengetap gigi mendengarkan nama Luna yang terpancul keluar dari mulut Naufal. Walaupun sekadar nama, dia tetap tak suka.

Luna yang mendengar bunyi gigi berlaga antara satu sama lain lantas mendongakkan pandangan. Jantungnya berdegup laju melihat muka Tengku Aisy yang mulai berubah.

"Aw.. Awak, jomlah balik." Luna bersuara perlahan.

Tengku Aisy melangkah beberapa tapak ke hadapan. Bertentang empat mata dengan Naufal.

"Stay away from my wife!" bisik Tengku Aisy keras lalu menarik Luna melangkah pergi dari situ.

"Kereta aku macam mana?" soal Luna. Berubah terus panggilan Luna.

"Nanti Ayan ambil. Your punishment waiting, princess."

"Aku tak buat ap.." belum sempat Luna membela diri, dipotong terus oleh Tengku Aisy.

"Shhh! Ikut je!" Ditolak Luna masuk ke dalam kereta.

********************

Ditolak Luna ke sofa di ruangan pejabat Tengku Aisy menyebabkan Luna jatuh terbaring.

Tengku Aisy membongkokkan badan dan memerangkap Luna dengan kedua-dua tangannya.

"Aku dah lama sabar dengan kau, princess! Semakin aku bagi muka, semakin menjadi-jadi kan perangai kau?!!!" Tempik Tengku Aisy kuat. Mujurlah ruangan pejabatnya jenis soundproof. Kalau tidak, mesti staff-staff di luar akan dengar tempikan Tengku Aisy.

Sejujurnya Luna takut. Luna takut tubuhnya disakiti lagi, takut dengan kegilaan Tengku Aisy.

"Aisy, aku.."

"Diam!!!!" Kakinya dilipat dan kepala lutut Tengku Aisy ditekan kuat ke perut Luna. Semakin lama semakin kuat tekanannya.

"Ha...tskkk.." rintih Luna.

Tidak cukup dengan kesakitan yang diberi, tangan Tengku Aisy naik mencekik Luna. Wajah Luna berubah menjadi pucat lesi, ketara dengan kesukaran Luna untuk bernafas.

"AISY!!! KAU GILA KE??!!" Mahu terkeluar jantung Tengku Aryaan dari kantungnya melihat apa yang dibuat oleh Tengku Aisy sebentar tadi. Mujur dia sampai awal.

"MEMANG!! MEMANG AKU GILA!! SEBAB PEREMPUAN SIAL NI DENGAN KELUARGA DIA!!"

"Bawak bersabar bro. Berapa kali aku nak cakap, apa yang jadi dekat kau tu bukan salah dia. Dia tetap bini kau." Tengku Aryaan mengeluh kasar.

"Bini? Bini yang menggatal dengan laki lain? Eh, perangai perempuan ni tak ubah macam mak dia lah."

" Kalau aku menggatal pun kenapa?" perlahan suara Luna membalas kata-kata Tengku Aisy. Membulat mata Tengku Aryaan melihat keberanian Luna.

"Kenapa kau kata? KAU TU ISTERI AKU!!!" Sekali lagi tempikan Tengku Aisy bergema di ruangan pejabat itu.

"Isteri? Aku tak pernah hamak nak jadi isteri kau. Jadi, apa salahnya kalau aku cari cinta hati aku sendiri." sinis nada yang dituturkan oleh Luna.

Luna bangun dan mengorak langkah ke arah Tengku Aryaan. Dia berdiri betul-betul rapat di hadapan Tengku Aryaan, hanya beberapa cm memisahkan tubuh mereka dari bercantum.

" I can be with whoever I want to... termasuk dengan kawan kau ni." Jari halus Luna naik ingin menyentuh dada bidang Tengku Aryaan namun suara Tengku Aisy mematikan niatnya.

"Jangan sentuh lelaki lain selain aku, princess. Jangan cabar kesabaran aku!!" Dada Tengku Aisy berombak laju tanda sedang menahan amarah.

"Oh yeah, what if...." Luna tersenyum jahat. Matanya tepat memandang ke arah mata Tengku Aryaan.

Tengku Aryaan menelan air liur yang terasa seperti pasir. Aura Luna Charissa memang menyeramkan!

************************

Hello loves, sorry saya menghilang lama.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now