BAB 1

3.1K 92 2
                                    

"Jangan pukul mama Aisy," jerit Tengku Aisy Lutfi.

Tetapi jeritan Tengku Aisy bagai tidak memberi kesan kepada Tengku Airil Lutxan. Dia masih memukul Puan Yana dengan tali pinggang miliknya lalu menarik rambut Puan Yana dengan kasar.

Lantas, Tengku Aisy menggigit kuat kaki Tengku Airil sehingga terlepas genggaman Tengku Airil di kepala Puan Yana.

"Arghhhhh"

Jeritan sakit Tengku Airil bergema di rumah teres bertingkat dua itu akibat gigitan Tengku Aisy. Tanpa dapat mengawal kemarahan, Tengku Airil menyepak bahagian perut Tengku Aisy.

"Abang!!!!" Tempik Puan Yana.

"Kau dengan anak kau sama-sama menyusahkan hidup akulah!!

Sekali lagi Tengku Airil mengayunkan kakinya untuk menyepak.......


Tok....Tok.....Tok

Bunyi ketukan di luar pintu menyedarkan Tengku Aisy dari tidurnya sekaligus memadamkan mimpi ngeri yang sering kali menjadi gangguan tidur Tengku Aisy.

Jari jemari milik Tengku Aisy menyekat sisa air mata yang mengalir sewaktu dia berada dalam alam lena sebentar tadi. Hal itu merupakan perkara yang sering berlaku taatkala dia bermimpikan trauma waktu kecilnya.

Siapa sangka, pemilik AL Corporation yang begitu gah di persada dunia mempunyai satu sisi gelap yang tiada siapa tahu.

Malah, sampai ke saat ini, yang memberi semangat untuk Tengku Aisy terus hidup bukannya kemewahan, populariti ataupun atas nama baik kedua ibu bapanya iaitu Tengku Airil Lutxan dan Puan Yana tetapi kerana dendam serta janji kepada arwah mamanya.

Oleh sebab itu, Tengku Aisy bertahan sehingga ke saat ini.

"Come in" arah Tengku Aisy.

"Good morning Tuan Aisy. Saya dah ada semua maklumat tentang gadis yang tuan suruh siasat," ujar Munira.

Pada awalnya, Munira berasa amat aneh apabila tiba-tiba Tengku Aisy menyuruh dia menyiasat tentang seorang gadis. Sepanjang 8 tahun berkhidmat dengan Tengku Aisy sebagai PA, dia tahu bahawa Tengku Aisy seorang yang anti-perempuan.

Namun, Munira hanya menyimpan perasaan tersebut. Yelah, siapa dia untuk mempersoalkan kehendak bossnya itu.

"Explain."

"Nama penuh Nur Luna Charissa binti Mustafa Zhakir, majoring in Finance dari University of Cambridge, England. So far, dia top 3 independent financial planner di Malaysia. As per detail, dia juga pernah tolong rakan syarikat kita, PrimaCare Corporation untuk menyelesaikan masalah financial fraud baru-baru ini." terang Munira. Matanya jelas tertumpu sepenuhnya pada fail biru yang dibawa sebentar tadi.

"Her personal life? Ada boyfriend or anything?"

Terkelu lidah Munira apabila gegendang telinganya menerima masuk persoalan Tengku Aisy. Sungguh soalan Tengku Aisy di luar jangka. Siapa gadis ini sehingga begitu menarik minat Tengku Aisy?

"Munira?" tegur Tengku Aisy apabila PAnya kelihatan seperti mengelamun.

"Oh, sorry tuan. Setakat ini tak bukti nyata yang menyatakan Luna committed tapi ada khabar angin yang menyatakan Luna prefer living together relationship rather than marriage. But, itupun sekadar khabar angin dan tiada bukti hal itu betul, tuan. Dan lastly, dia selalu keluar clubbing dengan kawan dia, weekly once.

"Okay, untuk upcoming project kita dengan Wisma Corporation, aku nak kau appoint Luna as financial project dealer. Serahkan semua details and budget expectations kita untuk dia deal. And one more thing, make an appointment with her so that I can discuss about the budget."

Devil's wifeWhere stories live. Discover now