BAB 10

1.9K 64 5
                                    

Luna melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Musnah impian perkahwinannya apabila dia hanya dinikahkan dengan mengenakan sehelai baju kurung putih yang lusuh.

Bahkan sebelum ini, pakaian harian Luna sahaja mencecah ribuan ringgit tetapi kini, dia kelihatan seperti seorang gadis yang tidak mempunyai apa-apa.

Luna menghembuskan nafasnya perlahan. Setelah balik dari akad nikah pagi tadi, dia dikurung di dalam bilik tidur yang didudukinya malam tadi. Bukan itu sahaja, dia juga tidak diberi makan sejak malam semalam. 

Sekarang jam menunjukkan pukul 10 malam dan perutnya berkeroncong hebat. Tetapi, bukan itu yang dikisahkan oleh Luna, sesungguhnya walaupun perutnya terasa lapar namun seleranya mati sejak bergelar isteri kepada Tengku Aisy. Lelaki itu pula hilang entah ke mana setelah mengurungnya di sini. 

Biarlah, lebih bagus jika lelaki itu menghilang. Kewujudan Tengku Aisy hanya akan menyesakkan dadanya. Niat Luna kian cuma satu ketika ini, menghapuskan video aibnya di dalam telefon bimbit Tengku Aisy. 

Setelah itu barulah Luna boleh menunjukkan dirinya yang sebenar. Sebelum ini, dia mengikut semua arahan Tengku Aisy hanya kerana video itu semata.

Luna tersenyum sinis.

'Memang silap kalau kau anggap aku lemah, Tengku Aisy'

Kuakan pintu bilik menyedarkan Luna dari lamunannya. 

Luna menoleh memandang ke arah Tengku Aisy yang melangkah ke walk in wardrobe milik lelaki itu dan terus menuju ke bilik air setelah tuala di wardrobe dicapai.

"Saya nak minta izin awak pergi rumah saya esok." Suara Luna mematikan niat Tengku Aisy untuk memasuki bilik air. Tubuhnya dipusing menghadap Luna.

"For?" tanya Tengku Aisy ringkas.

"Saya nak ambil pakaian dan barang keperluan saya. Then, esok saya dah start masuk office dah."

"Tak perlu. Aku mampu nak belikan kau pakaian baru, malam ni kau pakai baju aku dulu. Pasal kerja, lupakan."

"Apa maksud awak lupakan?"

Tengku Aisy tersenyum sinis. Kakinya dibawa merapati Luna menyebabkan Luna beranjak beberapa tapak ke belakang.

"Maksudnya, aku tak izinkan kau kerja. Just duduk rumah, urus keperluan aku." Tangan kanan Tengku Aisy mengusap pipi Luna.

"Awak gila? Saya ada audit contract dengan banyak companies lagi. Lagipun, saya dah terima deposit. Kalau saya tarik diri, saya kena bayar triple balik dekat dia orang." Sungguh tidak masuk akal cadangan  Tengku Aisy. Deposit yang diterimanya bukan sedikit tetapi RM100 000 malah ada syarikat yang menawarkannya lebih dari itu dan bukan hanya satu syarikat yang Luna berurusan tetapi lebih dari 10 syarikat setahunya. 

"Do I look like I care, Miss opss...Mrs Tengku Aisy?" Tengku Aisy ketawa. 

Melihat Tengku Aisy mahu memasuki bilik air lantas Luna memegang lengan Tengku Aisy.

"Tapi awak, duit simpanan saya tak cukup nak bayar balik gandaan deposit tu." Serak kedengaran suara Luna seakan-akan ingin menangis. Ya, dia mempunyai simpanannya sendiri tetapi untuk cover balik semua pampasan yang akan dikenakan kepadanya, itu sangatlah mustahil.

"Itu masalah kau." Tengku Aisy merentap tangan Luna yang memegang lengannya dengan kasar.

Lantas, Tengku Aisy mendekatkan lagi wajahnya sehingga nafas panas Tengku Aisy terasa di kulit wajah Luna.

"Oh jangan lupa lagi satu, malam ni malam pertama kita. Sejak malam aku sentuh kau, aku sentiasa dambakan tubuh kau, princess. " Tangannya naik membelai bibir ranum milik Luna lalu berlalu pergi.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now