BAB 26

1.6K 82 7
                                        


Loceng kecil berdenting bila pintu kafe ditolak. Suasana dalam kafe terasa hangat, aroma kopi bercampur bau kek coklat yang baru keluar dari oven. Balqis berdiri sambil memeluk diri, masih canggung.

Tengku Aryaan memesan dua cawan cappuccino, kemudian mereka duduk di tepi tingkap besar yang menghadap jalan yang masih basah dek hujan.

"Jadi, selamat untuk..... apa-apa pun yang awak tengah lalui." Ujar Tengku Aryaan sambil mengangkat cawan.

Balqis angkat kening sambil senyum sinis.

"Selamat untuk pengkhianatan?"

"Selamat sebab awak masih hidup, walaupun hati awak tengah mati."

Balqis terdiam. Kata-kata itu menikam, tetapi pada masa yang sama, ada kebenaran yang dia tak boleh nafikan.

"Awak tahu tak... dulu masa saya kecil, saya nak jadi pemain bola sepak."

"Kenapa tak jadi?" Balqis mengangkat kening.

"Sebab saya tendang bola masuk tingkap rumah jiran. Lepas tu mak saya kejar saya satu taman dengan hanger."

Balqis terkekeh, cuba tahan gelak sampai terbatuk. Tengku Aryaan sengih puas, matlamat dia hanya satu iaitu membuat gadis ni lupa sekejap luka yang dia bawa.

"Saya juga pernah cuba belajar skate. Tapi saya jatuh sampai patah ego."

"Ego je? Tulang tak patah? "

"Tulang selangka retak sikit. Tapi ego lebih parah."

Balqis gelak lagi, kali ini lebih kuat. Dia letak cawan kopi di meja, menutup mulut dengan tangan sambil bahunya terhinjut-hinjut. Tengku Aryaan senyum puas, sambil mengacau kopinya perlahan.

"Kalau saya boleh buat awak gelak lagi kuat, awak kena belanja saya kek."

"Saya tak ada duit." Ujar Balqis sambil tersengih.

"Tak apa, senyuman awak pun dah cukup... klise tak ayat saya?"

"Klise sangat." Balqis ketawa.

Mereka terus berbual, tanpa sedar waktu berlalu dan untuk pertama kalinya sejak sekian lama, Balqis rasa sedikit ringan. Seolah-olah dia meninggalkan sebahagian bebannya di taman tadi.

****

Bau tomyam panas menusuk hidung, tapi suasana di ruang makan lebih berasap daripada tomyam mendidih itu. Tengku Aisy duduk bersandar, kaki bersilang dengan wajah yang malas, tapi mata helangnya tajam mengunci Luna yang berdiri kaku di hujung meja.

"Suap aku," arahnya, nada suara rendah tapi cukup tajam untuk memotong keberanian sesiapa yang mendengarnya.

Luna mengetap bibir, jemarinya mengepal sampai pucat. Dia sudah penat diperlakukan macam boneka. Dia sudah penat hidup dalam sangkar emas yang serupa macam penjara ini.

"Kalau nak makan, makan sendiri," suara Luna bergetar, tapi dia tak tunduk. Dia berundur setapak demi setapak, cuba mencari ruang untuk lari.

Tengku Aisy ketawa kecil, ketawa yang dingin dan penuh sindiran. Dalam sekelip mata, dia bangkit dari kerusi, melangkah laju sebelum sempat Luna melarikan diri.

"Nak lari ke mana, princess? " bisik  Tengku Aisy, tangannya mencengkam lengan Luna kuat.

"Lepaslah!" Luna meronta sekuat hati, cuba menepis cengkaman lelaki itu tetapiTengku Aisy lebih kuat. Dalam satu tarikan kasar, dia menarik Luna sampai gadis itu terjatuh ke dalam pelukannya, terduduk atas riba tanpa rela.

"Apa awak buat?!" Luna menjerit, tangan kecilnya memukul dada Tengku Aisy, menolak sekuat tenaga, tapi Tengku Aisy langsung tak berganjak.

"Aku ajar kau erti taat," desis Tengku Aisy di tepi telinga Luna, suara serak penuh amaran. Dia capai sudu, mencedok tomyam, dan dibawa ke mulut Luna.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now