Tengku Aisy melangkah memasuk markas miliknya.
Kelihatan seorang gadis duduk di atas kerusi lalu kaki dan tangannya diikat serta mulut ditutup dengan kain. Gadis itu terlena dalam keadaan terikat.
Tengku Aisy tersenyum sinis lalu mengangguk perlahan kepada orang suruhannya sebagai arahan untuk mereka keluar dari bilik itu.
Tengku Aisy bergerak ke meja dan mengambil segelas air kemudian duduk di atas kerusi yang disediakan berhadapan dengan gadis itu.
Plashhh.......
Air itu disimbah ke arah gadis itu menyebabkan dia bangun secara mendadak.
Saat mata gadis itu bertembung dengan mata Tengku Aisy, gadis itu serta-merta duduk secara menegak.
"Balqis........" Tengku Aisy menyeru nama gadis itu.
"Tak sangka aku, kawan kau tu masih dara ya," Tengku Aisy ketawa mengejek.
Sungguh Tengku Aisy tidak sangka. Anggapnya gadis yang berkeliaran di kelab malam seperti itu sudah ditebuk tetapi tanggapannya meleset apabila dia mengesan tanda merah pada cadar katil hotel sewaktu dia bangun pagi tadi.
Malah, sewaktu Tengku Aisy kembali ke alam realiti dari tidur, Luna sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah pulang.
Tengku Aisy sendiri pelik bagaimana dia boleh selena itu dalam dakapan Luna sehingga jam 10 pagi sedangkan selama ini, tidurnya selalu terganggu dek kerana trauma masa lampaunya.
Walaupun sedikit kecewa apabila Tengku Aisy bangun, dia tidak dapat menikmati pandangan Luna menangis dan meraung meratapi dirinya yang telah diperkosa tetapi tidak mengapa, dia masih ada masa untuk melihat Luna menderita. Contohnya seperti tengah hari ini.
Tidak sabar rasanya Tengku Aisy untuk melihat rayuan dan tangisan milik Luna.
"Jantan tak guna!!Kau tipu aku!!" tempik Balqis. Matanya berkaca-kaca.
"Aku tak tipu kau perempuan, kau yang bodoh sangat,"
Balqis menangis teresak-esak. Rasa bersalahnya kian tinggi mengggunung terhadap Luna.
"Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke kau dah buat aku hancurkan hidup kawan baik aku sendiri?"
Sekali lagi Tengku Aisy ketawa mengejek.
Sudah pastinya dia ada rancangan lain yang harus dilaksanakan. Sebab itu, Tengku Aisy mengarahkan orang suruhannya untuk menculik Balqis setelah Balqis menyempurnakan plan mereka pada malam semalam.
"Aku nak kau balik England. Tiket aku dah booked and aku juga akan bank in duit lebih untuk kau survive sementara kau cari kerja kat sana nanti"
Tengku Aisy bersandar di kerusi sambil membawa kedua-dua lengannya menyilang ke dada.
"Kau gila? Aku tak nak!!"
Sungguh Balqis tidak mahu tinggalkan Luna. Dia pasti sekarang Luna sangat-sangat memerlukannya. Dia mahu melutut merayu kemaafan dari Luna.
"Susah cakap dengan perempuan bodoh macam kau ni," ditunjal kepala Balqis dengan kasar.
Tengku Aisy mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan ditekan satu rakaman berdurasi 15 minit itu.
Membulat mata Balqis melihat kandungan rakaman.
Itu adalah video Balqis menyetujui plan bersama Tengku Aisy. Disertakan juga video Balqis mengambil dulang dari orang suruhan Tengku Aisy dan saat Balqis menyerahkan Luna kepada orang suruhan Tengku Aisy di depan pintu bilik hotel.

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...