BAB 12

2.1K 93 22
                                    

"How's she, Qi?" Setelah Luna pengsan beberapa jam yang lalu, Tengku Aisy terus menghubungi doktor peribadinya, Dr Qirana.

"Now, she is fine but tekanan darah dia terlalu rendah macam tak makan beberapa hari and then I nampak dia macam stress. Who's she, Aisy?" Sesungguhnya dia sendiri pelik melihat seorang gadis di dalam penthouse milik Tengku Aisy. Mahu dikatakan girlfriend, dia kenal dengan sikap Tengku Aisy yang agak dingin dengan perempuan. Jika ada yang rapat sekali pun, sekadar berfoya-foya.

Tengku Aisy terbatuk kecil mendengar penjelasan Qirana. Memang dia tidak memberikan sebarang makanan kepada Luna sepanjang 2 hari. Dia hanya menyuruh Mak Tijah menyediakan bubur ayam pagi tadi tetapi melihat bubur ayam yang seperti tidak disentuh di meja bersebelahan katil memberitahu Tengku Aisy secara tidak langsung bahawa Luna tidak menjamah makanan itu sedikit pun.

"Thanks, Qi. Anything I will update you." Balas Tengku Aisy yang cuba mengelak untuk menjawab soalan Qirana tadi.

"Aisy, I am asking you. Siapa dia?"

"Perempuan I." Ringkasan jawapan yang diberikan oleh Tengku Aisy.

"What do you mean? She's your girlfriend? Dan lagi satu, I nampak lebam dekat muka dan certain body parts dia. Bukan you penyebabnya kan, Aisy ?" Soal Qirana bertalu-talu.

"Stop it, Qi. I suruh you datang sini untuk rawat dia je bukannya you sibuk pasal personal life I."

Qirana menjonggetkan kedua-dua bahu tanda tidak kisah.

"Yes, I know but I harap you tak buat benda-benda yang boleh buat you menyesal suatu hari nanti. Nanti nurse I akan datang bagi ubat dan tanggalkan drip, maybe dalam 2 ke 3 jam lagi. I pergi dulu Aisy. Take care." 

Tengku Aisy hanya mengangguk dan menghantar Qirana sehingga ke depan pintu rumahnya sebelum naik semula untuk menjenguk Luna.

Tengku Aisy melabuhkan punggung di birai katil. Mata hazelnya mula meneliti kecantikan wajah Luna yang masih terserlah walaupun dibaluti oleh kesan lebam di sekitar mulut dan tepi mata. Bibir Luna juga kelihatan sedikit pucat.

Tengku Aisy mengeluh kasar. Lantas, dulang yang berisi bubur ayam dan segelas susu dicapai dan dibawa turun ke dapur. 

Mak Tijah hanya menguruskan penthouse miliknya dari pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Oleh itu, Tengku Aisy yang harus memasak taatkala Luna bangun nanti.

****************************************************

Belaian lembut pada kepalanya menyedarkan Luna. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kepala Luna masih terasa berat.

Apabila korena mata Luna menyapa wajah Tengku Aisy yang berada begitu dekat dengannya sehingga nafas mereka berlanggar menyebabkan Luna bangun secara mendadak. Akibatnya, kepala Luna terhantuk sedikit dengan kepala Tengku Aisy.

"Aduh." rintih Luna sambil memegang kepalanya.

"Kenapa bangun tergesa-gesa macam ni? Hmm?" Lembut sahaja pertuturan Tengku Aisy sampai ke gegendang telinga Luna.

Luna tergamam. Sejak berkenalan dengan Tengku Aisy, ini kali pertama Tengku Aisy berlembut dengannya. Malah, tangan Tengku Aisy juga naik mengusap sisi kepala Luna yang terhantuk tadi.

"Makan sikit, princess." Dulang yang berisi nasi putih dan sup ayam diletakkan di atas paha Tengku Aisy dan sesudu nasi yang digaul dengan sup ayam disua ke mulut Luna.

Luna mengetap bibir tanpa membantah. Kepalanya juga dipalingkan ke kanan. 

Tengku Aisy mengeluh. Rahang Luna dicengkam dan ditarik menghadapnya semula.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now