Luna dan Balqis memasuki entrance kelab malam.
Sebenarnya, Luna sedikit pelik dengan sikap Balqis, mereka berdua selalunya melepak di sini pada waktu hujung minggu sahaja tetapi hari ini merupakan hari Selasa, mengapa Balqis mengajaknya hari ini ?
Sudah ditanya, jawapan Balqis malah tidak menyakinkan Luna tetapi diikuti juga kehendak Balqis.
Ting...
Kedengaran bunyi notifikasi iphone 12 pro max milik Balqis
- Datang bahagian belakang dapur -
Balqis yang mendapat mesej itu dari nombor yang tidak dikenali mulai tidak sedap hati. Sebelum mengajak Luna ke sini sebentar tadi, hatinya berbolak-balik sama ada mahu mengikuti rancangan Tengku Aisy seperti yang dijanjikan ataupun memungkiri janji tersebut.
Membayangkan amaran serta wajah-wajah lelaki yang cuba memperkosanya malam itu, Balqis terpaksa juga mengagahkan diri untuk mengikuti rancangan Tengku Aisy.
"Luna, kau tunggu sini jap. Aku pergi ambil air, kau nak air apa? soal Balqis sedikit kuat.
"Macam biasalah orange juice, kau ni tanya macam tak tahu pula," Luna menjeling Balqis. Ya, walaupun Luna sering kali menjejakkan kaki ke kelab malam, tidak pernah sekali pun Luna meneguk air haram itu.
Katanya, dia tidak pernah berkeinginan untuk merasa ataupun mencuba air itu.
Balqis tersengih lalu berlalu mendekati belakang bahagian dapur seperti yang disuruh dalam mesej sebentar tadi.
Tanpa Balqis dan Luna sedar, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari tingkat atas.
"Nah, orange juice ni untuk Luna dan cocktail ni pula untuk kau. Make sure Luna minum"
Balqis ditegur oleh seorang lelaki yang berpakaian serba hitam.
"Kau...siapa?"
"Jangan banyak soal lah, aku orang suruhan Tuan Aisy. Just buat kerja kau macam yang diberitahu"
Balqis melihat lelaki itu melangkah pergi setelah menyerahkan satu dulang air kepadanya.
Balqis mengeluh perlahan. Nak tak nak, dia sudah bersetuju, jadi haruslah meneruskan rancangan seperti yang diberitahu.
Balqis melangkah ke arah Luna yang ralit memandang telefon bimbit. Mungkin tidak berminat untuk menari seperti selalu. Kata Luna semasa di rumah, dia mempunyai temu janji penting esok, sebab itu juga lah agak sukar untuk Balqis memujuk Luna mengikutinya malam ni.
Tetapi, setelah beberapa kali memujuk, Luna akhirnya mengalah.
"Luna, nah air kau." Balqis menghulurkan orange juice kepada Luna.
Luna menyambut lalu menyisip sedikit, mukanya berkerut.
"Kenapa rasa dia lain sikit uh?" Luna memandang tepat ke arah mata Balqis.
Balqis bungkam. Wajah Balqis menjadi pucat.
"Hei kau kenapa? Aku tanya soalan simple je tapi muka kau macam orang nampak hantu tu kenapa?"
Bertambah pelik Luna dengan perangai Balqis. Tidak pernah Balqis berkelakuan seperti ini.
"Ta..tak ada apalah..Maybe dia orang ada tukar staff kot, kau minum jela"
"Hm okay, ni pukul berapa kita nak balik? Aku dah cakap kan esok aku ada meeting penting" Luna menyerling ke arah jam tangan yang dipakainya
Sekarang menunjukkan 9.45 malam. Walaupun temu janji esok pada waktu tengah hari kerana temu janji tersebut merupakan temu janji bersama lunch, dia tetap mahu pulang awal untuk prepare awal agar Luna boleh mendapatkan mega projek tersebut.

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...