Luna mengerling ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tetapi dia masih belum beranjak dari tempat dia berdiri. Setelah habis berurusan dengan Tengku Aisy pagi tadi, dia terus bergegas ke sini. Walaupun kakinya sudah melecet dek kerana kasut tumit tinggi yang dipakainya namun hal itu tidak mematahkan semangatnya.
Luna tidak kisah jika dia harus berdiri seharian atau berminggu-mingguan mahupun berbulan-bulan, asalkan dia dapat berjumpa dengan pemilik rumah teres tingkat dua di hadapannya ini. Sudah cukup dia berteka-teki selama 2 minggu yang lalu, hari ini dia tekad mahu menyelesaikan semuanya.
"Eh adik, buat apa dekat sini?" Luna disapa mesra oleh seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an. Wanita itu memegang plastik sampah di tangan, barangkali dia keluar untuk membuang sampah sehingga terserempak dengan Luna.
"Maaf makcik, pemilik rumah ni selalunya balik pukul berapa ya?" Luna bertanya dengan nada yang mendatar sambil tersenyum nipis. Syukurlah makcik ini keluar, sekurang-kurangnya boleh dia bertanya keberadaan orang yang ditunggu-tunggu olehnya.
"Oh adik cari Balqis ya? Balqis dah pindah." jawab wanita itu.
Dia berlalu ke tong sampah berdekatan dan melaksanakan tugas utama dia keluar rumah sebentar tadi sebelum kembali menghadap Luna.
"Pindah?!!!" Muka Luna jelas menunjukkan dia terkejut dengan berita yang disampaikan tetapi sedaya-upaya dikawal reaksi mukanya agar tidak ketahuan oleh wanita di hadapannya.
"Erm mak cik tahu Balqis pindah mana? Saya kawan lama dia, ingatkan nak jumpa. Tak tahu pula dia dah berpindah." Luna pura-pura menggaru keningnya.
"Oh makcik tak tahulah Balqis pindah mana, cumanya masa dia nak pindah itu wajah dia nampak serabut dan macam baru lepas menangis. Makcik cuba tegur tapi dia cuma cakap dia nak pindah lepas tu dia naik kereta macam tergesa-gesa. Pelik juga makcik sebab selalunya Balqis itu ramah orangnya."
"Oh kalau macam tu, tak pelah makcik. Terima kasih ya, saya balik dulu."
"Baik..eh sekejap!"
"Kenapa makcik?"
"Lupa nak bagitau kamu, masa dia pindah tu ada lelaki datang ambil Balqis. Tapi makcik tak kenallah."
Lelaki? Setahunya Balqis tiada ramai kawan lelaki sama sepertinya. Adam kah? Tetapi kata Balqis, dia dan Adam sudah putus.
Luna mengangguk sebelum berlalu berpergi ke arah keretanya.
Luna menghembuskan nafas berat. Hatinya tak tenang. Kata-kata makcik sebentar tadi yang Balqis tampak serabut dan ada lelaki yang menjemputnya membuatkan hatinya runsing.
'Kau baik-baik saja kan Balqis' bisik hati kecil Balqis.
Luna menghidupkan enjin kereta sebelum bergerak pergi meninggalkan pekarangan rumah itu.
*****************************************************
"Aduh time-time macam inilah kereta ini nak buat hal."
Kini, Luna tersadai di tepi highway dalam perjalanan balik ke rumah Tengku Aisy. Hampir 1 jam dia di sini. Keretanya buat hal.
Luna cuba menelefon bengkel kereta kenalannya tetapi tidak diangkat. Luna merengus geram, malang nasibnya hari ini.
"Sorry cik, ada yang boleh saya bantu?" Luna disapa oleh seorang lelaki yang segak berpakaian casual. Rambut yang disisir rapi dengan mengenakan t-shirt hitam bersama jeans. Walaupun pakaian lelaki itu hanya ringkas namun tidak mampu menutup ketampanannya.
"Sorry cik?"
Luna termalu sendiri apabila kantoi menganalisis penampilan lelaki itu.
"Oh sorry, kereta saya rosak. Tak tahulah sebab apa." Luna menggosok belakang lehernya sambil tersenyum nipis.

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...