Balqis berdiri di depan satu bangunan yang gah.
Baru Balqis tahu bahawa lelaki yang menyelamatkan dia malam semalam merupakan pemilik AL Corporation, Tengku Aisy.
Jadi tidak hairanlah jika Tengku Aisy mahu membantu dia kerana nilai wang berjumlah RM50 000 itu seakan RM50 sahaja untuk Tengku Aisy tetapi balasan apakah yang diharapkan oleh Tengku Aisy daripadanya?
Balqis cuma seorang gadis biasa yang cukup bulan, menerima gaji. Gaji tersebut digunakan untuk menampung kehidupannya seorang diri.
Balqis mengeluh perlahan. Walaupun belum tahu apa balasan yang diharapkan oleh Tengku Aisy tetapi dia sangat berharap Tengku Aisy boleh membantunya kerana membayar RM50 000 dalam masa yang singkat bagi Balqis, adalah sesuatu yang sukar.
Perlahan-lahan kaki Balqis menapak menuju ke entrance AL Corporation tersebut.
"Maaf, boleh saya berjumpa dengan Tengku Aisy?" Sampai sahaja di kaunter pertanyaan, Balqis terus menuju ke arah seorang wanita yang cantik mengenakan kebaya berwarna merah darah itu.
Wanita itu mengerling jam di tangannya sebelum menjawab pertanyaan Balqis.
"Oh, ni Cik Balqis ya?"
"Ya"
"Tuan Aisy dah lama tunggu Cik Balqis, jemput ke kiri dan ambil lif ke tingkat 21. Dalam tingkat tu adalah dua bilik je, satu bilik mesyuarat dan lagi satu bilik CEO, Tuan Aisy. Cik Balqis terus ke bilik tuan yaa" terang wanita itu dengan jelas.
"Ba...baik, terima kasih"
Balqis terkedu seketika. Mengapa wanita tadi seperti menunggu kedatangannya sahaja? Apakah yang sebenarnya dirancang oleh Tengku Aisy? Balqis mulai tidak sedap hati.
Walaupun begitu, Balqis tetap menuju ke arah lif seperti yang diterangkan wanita berkebaya merah tadi.
Dalam Balqis sedang melayan perasaan, Balqis tiba juga di hadapan bilik Tengku Aisy.
'Nak ketuk ke tak? Nak ke tak?' bisik suara hati Balqis
'Ahh masuk jelah, setakat ni dia je harapan yang aku ada'
*************************************************************
Luna yang baru sahaja keluar dari kereta Mini Cooper S 5 door miliknya.
Baru sahaja Luna ingin melangkah ke arah lif untuk ke pejabat, sebuah Audi Q8 berhenti mendadak menghalang laluan Luna.
Lihat pada kereta pun sudah cukup memberitahu Luna gerangan siapa.
Luna merengus kasar.
'Tak faham bahasa betul budak ni lah'
Hafiy keluar dari kereta tanpa rasa bersalah lalu tersengih memandang ke arah Luna. Mata Hafiy bergerak ke atas ke bawah meneliti Luna yang memakai Gucci Striped Embroidered Wool mini dress.
'Cantik' desis hati Hafiy.
"You nak apa?" soal Luna mendatar.
Hilang mood Luna berhadapan dengan Hafiy.
Pagi tadi, dia menerima panggilan dari AL Corporation untuk membincangkan tentang satu mega projek yang akan dilaksanakan oleh AL Corporation tidak lama lagi. Yang lebih menggembirakan hati Luna adalah dia antara calon yang terpilih untuk mengendalikan bahagian kewangan projek itu malah pemilik AL Corporation sendiri ingin berurusan dengannya.
Jika Luna berjaya menjadi sebahagian daripada mega projek itu, sudah tentu rate Luna akan meningkat selepas ini. Luna pasti akan mendapat banyak projek kelak.

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...