Luna tenang menunggu kepulangan Tengku Aisy. Dia sudah tekad, dia mahu berbincang dari hati ke hati dengan Tengku Aisy. Setelah dia mengambil masa berjam-jam untuk berfikir, dia pasti kata-kata Tengku Aisy yang menyatakan bahawa keluarganya punca keluarga Tengku Aisy hancur, mimpi ngeri Tengku Aisy dan igauan lelaki itu mesti bersangkut paut antara satu sama lain.
Hari ini Luna mahu Tengku Aisy mendedahkan segalanya. Malah, dia juga sempat memasak sebentar tadi untuk makan malam bersama. Siakap 3 rasa, telur dadar dan kangkung goreng belacan. Harap tekak Tengku Aisy boleh menerima masakannya. Dia mahu perbincangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang pergaduhan. Mungkin dengan cara ini Tengku Aisy boleh melepaskan dirinya.
Bunyi ting dari lif mematikan lamunan Luna. Melihat Tengku Aisy yang keluar dari perut lif itu menyebabkan Luna berlari anak menuju ke Tengku Aisy. Tanpa berfikir panjang, tangan kanan Tengku Aisy ditarik dan dikucup penuh hormat. Wajah terkejut Tengku Aisy cuba diabaikan.
"Awak nak makan? Saya ada masak." Luna tersenyum manis. Panggilannya juga turut diubah. Matanya membulat comel memandang Tengku Aisy.
'Perempuan ni dah gila ke?' desis hati Tengku Aisy. Yalah, baru sahaja mereka bergaduh bahkan dia telah melukai Luna tetapi hari ini, Luna tersenyum seakan-akan tiada apa yang berlaku semalam. Berkerut muka Tengku Aisy memandang Luna.
Melihat tiada balasan dari Tengku Aisy, Luna menarik tangan Tengku Aisy menuju ke ruangan dapur.
"Saya tak tahulah masakan saya kena tak dengan selera awak tapi saya cuba. Kalau awak tak suka, bagitau je nanti saya ubah." Bahu Tengku Aisy ditekan agar Tengku Aisy duduk.
Tudung saji dibuka oleh Luna. Tepat mata Tengku Aisy jatuh pada ikan siakap yang berada dalam pinggan. Pandangannya mulai kabur.....
Flashback....
"Aisy sayang, jom makan. Mama masak favourite Aisy ni." Lembut suara Puan Yana memanggil anak tunggalnya. Setelah hampir 3 bulan makan berlaukan nasi dan kicap, hari ini hasratnya untuk menjamu Tengku Aisy dengan makanan kegemaran anaknya itu tercapai. Itu pun berkat gelang emas yang digadaikan olehnya.
Hampir 3 bulan, Tengku Airil tidak pulang ke rumah menjadi punca dapur rumah mereka tidak mempunyai sebarang bahan basah untuk dimasak. Mujurlah hari ini jiran mereka, Mak Mah berhasrat untuk membantu. Pada awalnya Mak Mah hendak membantu tanpa menerima apa-apa balasan tetapi Puan Yana tetap memaksa untuk menggadaikan gelang emasnya. Cukuplah untuk menampu perbelanjaan dia dan anaknya beberapa bulan.
"Wahh, ikannn!!" teruja suara Tengku Aisy melihat ikan 3 rasa yang dihidangkan oleh Puan Yana.
"Ya sayang, mari mama suap." Kadang-kala Puan Yana sendiri pelik dengan anaknya, kebanyakan kanak-kanak seusia Tengku Aisy akan menyukai ayam terlebih dahulu tetapi berbeza dengan anaknya yang lebih menggemari ikan.
"Sedapnyaaa mama masak!!"
"Pelan-pelan sayang, ikan ni tak lari lah, semua untuk Aisy." sebak hati Puan Yana melihat Tengku Aisy yang begitu gelojoh menikmati ikan 3 rasa bersama nasi putih yang disuap olehnya. Walaupun selama ini, dia hanya mampu menghidangkan nasi bersama kicap, tidak pernah sekali pun Tengku Aisy mengeluh ataupun memberontak. Anaknya itu tetap menikmatinya.
"Mama..mama mintak maaf, sayang." selari dengan ayat itu, sebutir mutiara jernih milik Puan Yana jatuh ke pipi.
"Aik, kenapa mama mintak maaf? Kenapa mama nangis? Janganlah nangis." Kedua-dua tangan Tengku Aisy naik menyentuh pipi Puan Yana dan diusap perlahan.
"Maaf sebab mama tak dapat sediakan makanan sedap-sedap untuk Aisy setiap hari."
"Mama janganlah cakap macam tu. Lagipun, kalau hari-hari makan ikan nanti bosanlah. Nanti tak jadi favourite dah. Makan sekali-kala macam ni baru best."
"Ni Aisy suap, mama makanlah juga." Tangan kecil Tengku Aisy mencapai beberapa butir nasi lalu digumpal dan disuakan kepada Puan Yana.
Tengku Airil memasuki rumah dengan langkah yang terhuyung-hayang bersama sebotol arak ditangannya. Gelak ketawa dari arah dapur menyebabkan langkah dibawa ke dapur.
Melihat gelak ketawa anak dan isterinya di ruangan dapur bersama makanan yang agak mewah di pinggan mereka menaikkan darah Tengku Airil.
"Wah wah wah, senang eh hidup kau dengan anak sial kau lepas dah hancurkan hidup aku?!" herdik Tengku Airil kuat.
Puan Yana segera mengangkat Tengku Aisy dan diletakkan di atas ribanya. Kedua-dua tangan kuat memeluk kepala Tengku Aisy dengan menutupi bahagian mata dan telinga anaknya. Dia tidak mahu anaknya melihat atau mendengar segala hinaan yang akan dilontarkan oleh Tengku Airil sebentar lagi.
"Macam mana kau dapat duit beli barang? Menyundal?! "
"Abang! Jaga kata-kata! Anak kita dengar!"
"Anak kita? Anak kau dengan jantan mana entah yang kau cakap anak aku ni?! Puaslah hati kau sekarang hah?!"
"Bawak mengucap bang, ini anak abang. Anak kita. Saya tahu abang tak suka saya tapi tolonglah berubah demi Aisy. Dia perlukan abang."
"Berubah? Kau expect aku akan berubah? Lepas kau hancurkan aku? Lepas kau hancurkan masa depan aku? Eh Yana, kau kawan paling munafik yang aku pernah jumpa, kau tau tak??! Kau pisahkan aku dengan Maryam!!"
"Saya tak pernah pisahkan siapa-siapa. Maryam dah kahwin, abang! Dah kahwin! Tolonglah sedar!!"
"DIAM!! Tak..tak...Maryam tak kahwin, dia tunggu aku, dia tunggu. Kau yang pisahkan kami.... kau... kau....ya kau yang pisahkan kami." Tengku Airil mula meracau. Dia lantas meluru ke arah Puan Yana. Tengku Aisy yang menyedari itu, bangun menolak kuat tubuh Tengku Airil sehingga Tengku Airil berundur beberapa tapak.
"Ishhh, anak sial!" tempik Tengku Airil selari menolak Tengku Aisy sehingga dahi Tengku Aisy terhantuk di bucu meja.
"ABANG!!!! " Belum sempat Puan Yana bersuara lebih lanjut, leher Puan Yana dicekik dan ditolak ke meja makan. Rahang Puan Yana dicengkam dan dipaksa buka lalu ikan siakap yang sudah tinggal separuh isinya disumbat masuk bersama tulang ikan itu dalam mulut Puan Yana.
"MATI KAU!!"
"MAMA!!"
End of flashback...
Separuh ikan siakap bahagian ekor dipotong dan diletakkan ke pinggan Tengku Aisy namun belum sempat isi ikan itu mendarat ke pinggan ditepis laju oleh Tengku Aisy. Semua pinggan yang menghidangkan makanan lain juga ditolak.
"Jangan!!! Jangan pukul mama Aisy!!!"
"Aisy janji tak minta makan ikan dah!! Jangan!!!"
"Tolongg mama Aisy!!! Mamaaa!!"
Kedua-dua tangan Tengku Aisy naik menutup telinga, kepalanya juga digeleng berkali-kali.
Terkedu Luna melihat keadaan Tengku Aisy pada saat ini.
"Aisy..." Luna cuba menyentuh bahagian bahu Tengku Aisy namun ditepis kasar.
"Jangan... papa jahat..jahatt...Aisy nak mama...mama bangunlah...jangan tinggalkan Aisy...." rintih Tengku Aisy.
Luna terus memeluk kepala Tengku Aisy rapat ke dadanya.
"Shh.....shh..Luna ada dengan Aisy. Aisy tak perlu takut yaa.. Luna ada untuk Aisy." Badan Tengku Aisy yang menggigil kuat itu cuba ditenangkan. Ditepuk belakang badan Tengku Aisy, dibelai rambut lelaki itu dan dititipkan juga beberapa kata-kata semangat untuk Tengku Aisy.
Ya Tuhan, seteruk mana zaman kanak-kanak Tengku Aisy sehingga lelaki itu menderita sebegini?
***************
Hello loves, done with this week update!
Jangan lupa tinggalkan vote dan comment yaa...

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...