BAB 8

1.9K 74 10
                                    

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

Kelihatan orang suruhan Tengku Aisy berdiri di hadapan rumah teres dua tingkat milik Luna.

 Luna sudah siap sedia mengemas pakaian seperti yang diarahkan oleh Tengku Aisy setelah dia pulang dari pejabat lelaki itu. Luna mengeluh kasar.

"Mama papa, Luna tak tahu kenapa hidup Luna jadi macam ni tapi Luna harap mama papa tetap ada di samping Luna dan doakan Luna ya?" 

"Luna janji akan terus kuat." Luna berbicara sendirian sambil menatap bingkai gambar dia bersama kedua ibu bapanya yang diletakkan di meja bersebelahan katil.

Luna bangun dengan menarik bagasi menuju ke arah pintu rumah.

********************************************************

"Kita dekat mana?" Luna memandang sekeliling.

Di tengah hutan.

Ya, Luna dan orang suruhan Tengku Aisy yang bernama Roy berada di semua banglo yang terletak di tengah hutan. Malah, banglo itu juga kelihatan usang dan seperti tidak lama digunakan.

"Jangan banyak tanyalah." Roy menarik lengan Luna memasuki banglo itu.

Tergamam Luna melihat dalaman banglo tersebut. Dari luar, kelihatan seperti rumah hantu tetapi di dalam, kelihatan seperti sebuah istana.

Luna mengikut langkah Roy ke bilik di tingkat 3. Sesampai sahaja di pintu salah sebuah bilik di tingkat itu, Roy mengarahkan Luna masuk.

Walaupun pada mulanya Luna kelihatan seperti teragak-agak tetapi akhirnya dia tetap masuk setelah dipaksa oleh Roy.

Selagi lagi Luna tergamam melihat suasana di bilik tidur itu yang eksklusif digayakan dengan warna hitam keemasan. Luna memandang satu susuk tubuh yang membelakangkannya menghadap balkoni. Sedar akan pemilik tubuh itu adalah Tengku Aisy, jantung Luna berdegup laju.

'Kenapa aku kena paksa masuk satu bilik dengan dia ni' bisik hati Luna.

Adegan dia diperkosa oleh Tengku Aisy mula menerjah mindanya. Manik-manik peluh mula kelihatan di dahi Luna serta tangannya juga mula menggigil. 

Luna memejam erat matanya dan cuba mengusirkan bayangan-bayanga gelap itu.

"Pergi mandi. Pakai pyjamas ni," arah Tengku Aisy. 

Suara Tengku Aisy membuatkan Luna membuka mata. Luna melirikkan mata ke arah baju yang dihulurkan oleh Tengku Aisy. 

Satu pyjamas satin berwarna merah yang tidak berlengan dan juga separas peha. Luna tidak kisah memakai pakaian seperti itu kerana sudah menjadi kebiasaannya berpakaian agak seksi tetapi memakai pakaian seperti itu  dan berdua-dua dengan Tengku Aisy seumpama menempah maut.

"Takpe, saya ada bawa baju saya" tolak Luna.

"Kau pilih, kau nak pakai pyjamas ni ke or kau nak aku bogelkan kau terus?" ugut Tengku Aisy.

Jatuh rahang Luna mendengar ugutan Tengku Aisy. Melihat Tengku Aisy mula mara ke hadapan, Luna cepat-cepat mengambil pyjamas di tangan Tengku Aisy dan berlari masuk ke dalam bilik air.

Tengku Aisy tersenyum sinis dan kembali menghadap balkoni.

Flashblack......

"Kau rasa betul ke apa yang kau buat ni, Aisy? Kau sanggup mempertaruhkan hidup kau sendiri sebab dendam itu?" tegur Tengku Aryaan.

Tengku Aryaan merupakan satu-satunya kawan baik merangkap sepupu Tengku Aisy. Hanya Tengku Aryaan sahaja sanggup menerima Tengku Aisy seadaanya di kala ke semua keturunan tengku yang lain membuang Tengku Aisy suatu ketika dulu. 

Devil's wifeWhere stories live. Discover now