Aa..awak..?
Tengku Aisy tersenyum sinis.
Luna berundur beberapa tapak ke belakang.
Lelaki ini...
Lelaki ini yang telah memperkosa dirinya. Walaupun ketika itu, Tengku Aisy sedang tidur tetapi Luna ingat dengan jelas wajah inilah yang terpampang ketika Luna bangun pagi tadi.
Tengku Aisy kian mendekati Luna.
Melihat itu, Luna perlahan-lahan mengundur dan berlari ke arah pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas, tangan kirinya ditarik kasar oleh Tengku Aisy sehingga tubuh badan Luna dan tubuh badan Tengku Aisy bertemu.
"Nak ke mana, princess? Tak sangka aku malam itu kau masih dara yaa."
Tengku Aisy tersenyum senget seolah-seolah mengejek Luna.
Luna mula meronta-ronta sekuat hati. Cukup malam itu, lelaki durjana di hadapan dia ini menguasai dirinya. Luna tidak akan membiarkan perkara itu berulang kembali.
"Lepaslah!!!" Jerit Luna.
Dengan pantas, Tengku Aisy menolak Luna ke arah dinding dan memerangkap Luna dengan kedua-dua tangan Tengku Aisy diletakkan di sisi lengan Luna.
"Lepas? Dalam mimpi kau princess, aku akan pastikan kau terikat dengan aku sampai bila-bila."
Tengku Aisy mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan satu rakaman ditayangkan kepada Luna.
Membulat mata cantik Luna melihat aksi di dalam video tersebut. Tidak sangka video dia diperkosa oleh Tengku Aisy malam itu dirakam. Lebih kejam, muka Tengku Aisy telah diblurkan. Hanya muka Luna sahaja kelihatan.
"Apa reaksi public ya if dia orang dapat tahu financial auditor berprestij macam kau ini sebenarnya jalang" Tengku Aisy sengaja mahu membangkitkan kemarahan Luna.
Tengku Aisy tahu Luna merupakan seorang auditor yang cukup gah di mata perniagaan negara. Sudah tentu berita sebegini akan menjejaskan reputasi Luna kelak.
"Apa awak nak dari saya?"
Sehingga sebegini Tengku Aisy merancang, sudah pasti Tengku Aisy mempunyai sebab tersendiri. Sebab itulah Luna bertanya terus, dia sendiri hairan apa yang Tengku Aisy nak daripadanya?
Mahu dikatakan kenal dari dahulu, Luna baru pertama kali bersua muka dengan Tengku Aisy.
"Nice, straight to the point macam ni lah aku suka. Tak payah aku nak berkias-kias lagi"
"Aku nak kau kahwin dengan aku."
"Awak gila?"
Tengku Aisy tersenyum sinis lagi.
"Terserah kau nak cakap apa. Orang suruhan aku akan datang rumah kau tepat jam 12 tengah malam hari ni. Kalau kau setuju, naik kereta tu. Kalau tak..........
Tengku Aisy menggoyangkan telefon bimbit miliknya ke wajah Luna.
"Esok saat kau bangun pagi tengok fone, kau yang akan jadi berita sensasinya," sambung Tengku Aisy.
Luna kian menunduk. Sebutir demi sebutir mutiara jernih milik Luna jatuh ke pipi.
"Apa salah saya pada awak? Kenapa awak sanggup buat saya macam ni?"
Meskipun suara Luna kedengaran sangat perlahan seakan berbisik namun tajam menampar gegendang telinga Tengku Aisy.
Mungkin disebabkan oleh kedudukan mereka yang sangat rapat.
Tengku Aisy menolak dagu Luna ke atas.
Mata bertemu mata.
Terkedu Tengku Aisy dengan pemandangan di hadapannya.
YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...