Tengku Aryaan membaringkan Tengku Aisy ke atas katil.
Luna menarik nafas lega. Mujur Tengku Aryaan menelefon Tengku Aisy sebentar tadi. Dia sempat mengangkat panggilan itu dan menjelaskan keadaan mereka menyebabkan Tengku Aryaan bergegas ke sini.
"Selalunya lepas bagi ubat penenang, dia akan tidur lama. Tapi bila dia bangun, dia akan sakit kepala teruk. So nanti awak sediakan air limau untuk dia. Saya ada hal sikit, jadi saya balik sekarang." Tengku Aryaan melangkah ke arah pintu.
"Saya nak tanya sikit boleh, encik?"
"Awak tak perlu berencik-encik dengan saya. Saya sepupu Aisy so technically you are like a little sister for me. So just call me Ayan. What do you want to ask?"
"Apa yang membuatkan Aisy jadi sampai macam ni?"
Tengku Aryaan menghembuskan nafas berat.
"Saya tak berhak bagitahu kisah silam Aisy. Awak tanyalah dia sendiri. But one thing I can tell you, 28 tahun dia hidup, dia tak pernah merasa kebahagiaan. Saya minta maaf kalau Aisy banyak sakitkan awak but you are the only one who can bring happiness in his life. "
"Are you kidding me? Dia kahwin dengan saya sebab dendam je."
"Luna, banyak benda lagi yang awak tak tahu. Saya cuma minta satu je dekat awak, jangan percaya seratus peratus semua yang Aisy cakap. Find the truth by yourself." Tengku Aryaan tersenyum ke arah Luna.
"Saya tahu awak handal bab-bab financial fraud and I wish awak guna otak cerdik awak untuk gali kebenarannya. " sambung Tengku Aryaan lagi.
"At least can I know Aisy likes and dislikes? What can trigger his trauma? Saya tak sanggup nak tengok dia macam tu lagi. "
Tengku Aryaan tersenyum tipis. Sekurang-kurangnya Luna peduli. Itu pun sudah cukup buat ketika ini. Tengku Aryaan yakin Luna lah wanita terbaik untuk Tengku Aisy.
"Benda yang boleh buat trauma dia datang ialah siakap 3 rasa, aiskrim, zoo and happy family."
"And his likes?" Luna bertanya kembali apabila melihat Tengku Aryaan tidak menyambung kata-katanya.
"Semua yang saya cakap boleh buat trauma dia datang, tulah kesukaannya."
"WHAT??!"
"That's why I told you, everything he likes give him trauma so even dia sayang awak pun, dia tak akan tunjuk."
"Awak buat saya makin tak faham."
"Find it yourself, Luna."
*****
Luna baru sahaja selesai mengelap seluruh badan Tengku Aisy dengan air suam. Betul cakap Tengku Aryaan, Tengku Aisy tidur lama sangat. Bayangkan semalam Tengku Aisy tidur dalam pukul 7 malam, sekarang sudah mahu masuk waktu tengah hari, dia masih belum bangun. Sebab itu Luna mengambil keputusan untuk mengelap badan Tengku Aisy.
Luna bangun melangkah keluar bersama baldi kecil yang digunakan untuk mengelap badan suaminya.
"Awhh," desis Luna apabila kakinya tersepak satu kotak kecil ketika melalui bilik paling hujung di tingkat rumah itu.
Luna mengangkat kotak itu dan dibelek. Berpuluh keping kertas yang dipotong kecil dan digulung-gulungkan terdapat dalam kotak itu apabila Luna membukanya.
'Miss you, Maryam.'
'I love you so much my babyboo'
'We will be together, sayang. As soon as possible'
'Tunggu I datang tau, sayang'
Luna menelan air liur yang terasa seperti pasir apabila membaca surat-surat kecil itu.
'Aisy ada girlfriend ke sebelum ni?' bisik hati Luna.
Perlahan-lahan Luna membuka langkah memasuki bilik yang terdapat di hadapannya.
Semasa Tengku Aisy membawanya ke penthouse ini, seluruh ruangan telah dijelajah olehnya namun bilik yang satu ini tidak dapat dibuka kerana berkunci. Hari ini peluang terbuka kepadaya, mungkin dia boleh memdapat hint dalam bilik ini.
Ternganga Luna melihat ruang bilik yang dipenuhi dengan gambar. Gambar dia!
Gambar dia dari kecil ke remaja sampailah ketika dia menyambung pelajaran di UK sehingga dia berkerja, semuanya ada. Malah, dengan syarikat mana dia berkerjasama semua lengkap tertulis. Tengku Aisy memang gila!
Namun yang lebih menarik perhatian Luna adalah satu frame kecil yang terdapat di hujung meja dan diselindungi oleh gambar-gambarnya. Lantas, frame itu ditarik.
"Ma.. mama?" Frame gambar itu memaparkan tiga orang, dua orang wanita yang saling berpelukan dan seorang lelaki yang tersenyum memandang ke arah mereka. Salah satu perempuan itu adalah mamanya, Maryam.
'Dua orang selain mamanya itu, ibu bapa Aisy ke? Mama kenal ibu bapa Aisy?' Luna bermonolog sendiri.
Luna teringat semua caci maki yang dihamburkan oleh Tengku Aisy kepada keluarganya terutamanya kepada mamanya. Luna seakan-akan sudah boleh mencantumkan teka-teki yang berada di dalam mindanya. Mama dia kah yang menjadi punca? Tak mungkin.
Luna menghembuskan nafas berat sebelum bangun menyelongkar almari dihadapannya ini. Dia yakin mamanya tidak terlibat, mungkin hanya salah faham. Namun semakin dia mencari, semakin banyak bukti yang terdedah di hadapannya. Bukti yang bertentangan dengan keyakinannya yang mama dia tidak sebusuk hati itu.
Dalam dia menyelongkar, air matanya juga mengalir bertali arus. Takut, takut dengan kebenaran di hadapan matanya. Tidak dapat dibayangkan dengan minda warasnya, bagaimana terseksa seorang Tengku Aisy taatkala dia dan keluarganya bahagia. Ya tuhan!
"KAU BUAT APA??!"
Jerkahan dari belakang mengejutkan Luna......
************
Hi loves, sorry pendek sikit this time but next week saya janji kita solve teka-teki kisah silam Tengku Aisy. Ada yang dah boleh teka ke pasal kisah silam Aisy ni?
Jangan lupa votee and tinggalkan comment.....jumpa next week !

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...