BAB 15

2.6K 99 26
                                    

"Sakit Aisy!!!!" Bergema suara teriakan Luna apabila Tengku Aisy menarik rambut Luna dan mengheretnya ke tingkat atas penthouse menuju ke bilik. 

Sesampai sahaja di bilik, Luna ditolak ke atas katil dan Tengku Aisy naik menindihnya. Kedua-dua tangan Luna dicengkam kuat. Dress yang dipakai oleh Luna dikoyak, bibir Tengku Aisy mula menjelajah permukaan leher Luna dengan kasar.

Melihat Luna yang masih belum mengalah dan meronta-ronta dengan itu, Tengku Aisy menghadiahkan satu tumbukan di perut kempis milik Luna menyebabkan Luna meringkuk kesakitan. Air matanya mengalir.

"Saaa....sakit." rintih Luna.

"Kau tak nak sakit, dengar cakap aku princess. Layan suami kau." bisik Tengku Aisy.

Sekali lagi, Luna disetubuhi dengan kasar oleh Tengku Aisy. Rintihan dan tangisan Luna tidak menerbitkan rasa kasihan kepada Tengku Aisy malah dia berasa lebih seronok.

***************************************

Plashhhhh!!!!!!!!!!!!

"BANGUN!!!" Herdik Tengku Aisy setelah mencurahkan sebaldi air ke atas Luna yang sedang tertidur pulas.

Luna bangun tercungap-cungap. Matanya sedikit bergetar melihat Tengku Aisy. Tangannya cekap menarik duvet menutupi dadanya yang agak terdedah. 

Tengku Aisy tersenyum sinis melihatkan itu.

"Kau nak tahu apa yang special hari ni, princessWell, aku akan war-warkan tentang perkahwinan kita dekat pihak media yang kau memang isteri aku. Kita ikut rancangan kau." Tengku Aisy tersenyum sinis.

Luna yang bersandar lemah di kepala katil mengetap bibirnya kuat. Dia sedar, Tengku Aisy pasti sudah merancang sesuatu dan sesuatu itu mesti adalah sesuatu yang akan menghancurkan dirinya.

"Tepat pukul 10 pagi nanti, Roy akan datang ambil kau. Kita akan jumpa media....sebagai sepasang suami isteri yang romantik." Tengku Aisy menolak dagu Luna ke atas supaya memandangnya. Bibir Tengku Aisy melengkung membentuk senyuman mengejek apabila matanya menyapa lebam-lebam di sekitar wajah Luna. Tidak lupa juga dengan gigitan-gigitan cinta yang telah diukir olehnya di bahagian leher dan pangkal dada putih milik Luna.

Rambut Luna yang sedikit kusut di bawa ke belakang telinga sebelum bibir Tengku Aisy menyapa lembut telinga Luna.

"Ops..jangan lupa tau hide lukisan-lukisan cantik yang aku buat dekat wajah dan badan kau ni. Janganlah bagitahu orang lain yang kita bahagia sangat, princess." Ujar Tengku Aisy. Tangannya mengusap lembut bibir pucat Luna dan bergerak turun ke leher dan pangkal dada Luna. Belum sempat tangan Tengku Aisy beraksi lebih, ditepis kuat oleh Luna.

Tengku Aisy ketawa kuat. Entah kenapa, setiap tindakan Luna mendatangkan keseronokan kepada dirinya lebih-lebih lagi apabila Luna melawan.

Seusai Tengku Aisy keluar dari bilik, Luna melepaskan tangisannya. Sebenarnya, celik sahaja mata sebentar tadi Luna mahu menghamburkan tangisannya tetapi ditahan sebaik mungkin apabila melihat Tengku Aisy masih belum pergi ke pejabat. Luna tak mahu kelihatan lemah walaupun hakikatnya bukan badannya sahaja sakit malah hatinya berkali-kali lebih sakit.

Perlahan-lahan Luna bangkit dari katil dan menuju ke cermin meja solek. Tangannya menggenggam kemas duvet yang diselubungi olehnya. Sekali kala wajah cantik Luna berkerut seribu taatkala kesakitan di bawah kemaluan mencengkam. Sesampai sahaja di hadapan cermin, Luna menjatuhkan duvet mendedahkan tubuhnya yang penuh dengan kesan lebam dan pukulan itu. Terpejam mata Luna melihatan biasan dirinya sendiri. Tubuhnya yang dulu dimanjai dengan pelbagai jenis bodycare yang mahal, kini hanya terhias luka dan lebam angkara perbuatan Tengku Aisy. Suaminya sendiri.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now