BAB 9

1.8K 68 8
                                    

Luna bangun perlahan- lahan dan bersandar pada pintu bilik tidur Tengku Aisy.

Luna tidak dapat melelapkan mata dengan kesejukan bilik itu. Malah, hujung hidungnya kelihatan kemerahan dan jari jemarinya juga seakan-akan membeku.

Baru sehari di tempat Tengku Aisy, dia sudah terseksa sebegini. Luna takut mengenangkan hari-hari yang akan datang bergelar isteri kepada Tengku Aisy.

Apakah nasibnya kelak?

Dia berjanji akan kuat dan tidak akan tunduk kepada Tengku Aisy tetapi hanya dirinya seorang tahu betapa rapuhnya dia sekarang.

Balqis...

Acapkali dia cuba menghubungi kawan baiknya itu tetapi tidak dijawab. Balqis seolah-seolah hilang selepas malam kejadian.

Sedang leka melayan perasaan, Luna tersentak mendengar rintihan Tengku Aisy dari atas katil.

"Jangan pukul mama....jangan....."

"Tolonggggg"

Pada mulanya, Balqis cuba mengabaikan suara Tengku Aisy tetapi apabila semakin lama kedengaran semakin kuat, Luna memutuskan untuk bangun dan menghampiri Tengku Aisy.

"Awak." Tegur Luna. Tangan kanan Luna menyentuh bahu Tengku Aisy dan digoncang. 

"Mama.....jangan pergi.....jangan tinggalkan Aisy..." Sejurus rintihan itu, tangan Luna yang berada di bahunya digenggam kemas. 

Tersentak Luna dengan tindakan pantas Tengku Aisy. Luna cuba menarik tangannya tetapi gagal. 

Luna mengeluh kasar. Luna dengan pergerakan minimal naik ke atas katil dan duduk di sebelah Tengku Aisy. Tangan kirinya pula cuba menyentuh dahi Tengku Aisy.

'Tak panas pun. Dah kenapa dia ni meracau tiba tiba'

"MAMA!!!!!"

Dengan sekali jeritan itu, Tengku Aisy menarik kuat tangan kanan Luna yang berada di genggamannya sehingga Luna terbaring atas katil. Tengku Aisy berpaling dan memeluk Luna dengan kuat.

"Jangan tinggalkan Aisy, mama....."

"Shhhh...shhhh.." Luna cuba memujuk walaupun jantungnya sendiri seakan mahu terkeluar daripada kantungnya melihat posisi intim dia dan Tengku Aisy sekarang ini.

Mana tidaknya, kepala Tengku Aisy tepat berada di dadanya malah telinga Tengku Aisy mengenai puting buah dada Luna. Sudahlah Luna tidak memakai pakaian dalam.

Dengan kudrat yang ada, Luna cuba mengalihkan kepala Tengku Aisy tetapi rintihan serta tangisan Tengku Aisy menyebabkan Luna jatuh kesian. Air mata yang mengalir di pipi Tengku Aisy dikesat perlahan. Luna membelai rambut Tengku Aisy dan mendodoikannya sehingga Tengku Aisy kembali lena.

'Mimpi apa dia ni sampai menangis?'

*******************************************************

"Aku terima nikahnya Nur Luna Charrisa binti Mustafa Zhakir dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai"

Dengan sekali lafaz, Nur Luna Charrisa menjadi hak milik mutlak Tengku Aisy Lutfi. Dalam erti kata lain, Luna sudah terperangkap sepenuhnya dalam sangkar neraka ciptaan Tengku Aisy. Tiada jalan keluar baginya.

Pernikahan yang dilakukan ala kadar sahaja. Dihadiri oleh lima kawan Tengku Aisy dan tiada siapa pun wakil Luna. Tiada jemputan dari sanak saudara, inai di jari mahupun solekan. Segar di ingatan Luna ugutan dan kekasaran Tengku Aisy pada pagi tadi ketika dia melawan untuk mendengar cakap Tengku Aisy.

Flashback.....

Tengku Aisy membuka mata apabila cahaya matahari masuk menembusi jendela. Lena sungguh tidurnya semalam. Malam terakhir Tengku Aisy tidur lena sebegitu pada malam dia memperkosa Luna. Sebelum dan selepas itu, trauma dan mimpi ngerinya sering kali menjelma.

Membulat mata Tengku Aisy melihat Luna yang tidur lena di sebelahnya. Amarah mulai memguasai diri, lantas ditendang Luna sehingga jatuh ke bawah katil menyebabkan Luna bangun secara mendadak.

"Aku suruh kau tidur bawahlah perempuan, bukan sedap membuta sebelah aku," tempik Tengku Aisy. Bergema ruangan bilik itu dengan jeritan Tengku Aisy.

"Awak.....sayaa.." Belum sempat Luna menjawab, Tengku Aisy memotong.

"Diam!!" Tengku Aisy bangun dan bergerak ke walk in wardobe miliknya. Dicapai satu baju kurung putih yang agak lusuh dan dicampak tepat ke arah muka Luna. 

"Kau pergi mandi dan pakai baju itu. Pukul 11 pagi nanti kita nikah"

Luna memandang tepat ke anak mata Tengku Aisy.

'Jangan diam..lawan Luna,' suara hati Luna berteriak.

"Saya tak nak." Entah mana datang keberanian, Luna cuba melawan.

Tiga patah perkataan dari Luna menyebabkan darah Tengku Aisy mula mendidih.

"Kau jangan nak melawan, dengar apa aku cakap!" 

Luna tersenyum sinis cuba menutup kegugupan dirinya walaupun pada hakikatnya dia sudah kecut melihat wajah bengis Tengku Aisy tetapi Luna sudah tekad.

"Well, I dont listen to commands. Lainlah kalau awak pujuk rayu saya." balas Luna dengan berani.

Tengku Aisy meluru ke arah Luna dan ditarik kasar rambut Luna sehingga Luna terdongak. 

"Kau memang nak cabar kesabaran aku kan princess? Untung hari ini kita kahwin, kalau tak dah lama aku pecahkan bibir kau tu." Tengku Aisy tidak mahu sesiapa megetahui bahawa dia memaksa Luna untuk berkahwin dengannya. Sebab itulah dia tidak mahu memukul Luna hari ini.

Tengku Aisy terketawa perlahan.

"Jangan kau lupa tentang video kau princess. Aku bagi kau masa 1 jam untuk bersiap."

Seusai memberi arahan itu, Tengku Aisy keluar dari bilik tidurnya.

Perlahan-lahan air mata Luna mengalir.

Dia gagal lagi mempertahankan dirinya.

Terhenti lamunan Luna apabila suara garau milik Tengku Aisy menyapa gegendang telinga.

"Welcome to hell, my princess," bisik Tengku Aisy.

Lantas, tangan kanan Luna ditarik kasar dan cincin emas belah rotan disarungkan pada jari manis milik Luna.

Kemudian. giliran Luna pula untuk menyarungkan cincin ke jari manis Tengku Aisy. Disalam tangan kanan Tengku Aisy penuh hormat. Lantas, dahi licin milik Luna menjadi tempat Tengku Aisy melabuhkan ciuman.

Tengku Aisy tersenyum sinis ke arah Luna. Jelas terpancar riat wajah ketakutan Luna yang membuatkan hati Tengku Aisy melonjak kegembiraan. Tidak sabar rasanya dia untuk membalas segala perbuatan keluarga Luna yang membuatkan arwah mamanya menderita.

Sudah tiba masanya untuk Tengku Aisy membalas segala dendam kesumat yang disimpan selama ini.

********************************************************

"Bro," tegur Tengku Aryaan.

"Yang dah lepas tu biarlah berlalu, aku tengok isteri kau tu lembut je orangnya. Cuba terima dia, lupakan dendam lama kau itu," nasihat Tengku Aryaan.

"Lupakan? Kau tunggu je dalam masa setahun dua lagi bro, aku jemput kau datang kenduri tahlil bini aku tu," Tengku Aisy terketawa perlahan.

Tengku Aryaan hanya menggelengkan kepala beberapa kali. Dia kenal Tengku Aisy, Tengku Aisy menanti 18 tahun untuk membalas dendamnya dan kini, takdir seakan-akan memihak kepada Tengku Aisy apabila membawa Luna terikat dengannya.

Tengku Aryaan hanya mengharapkan kawannya itu menyesal suatu hari nanti dan andai suatu hari itu wujud, dia berharap saat itu masih ada sinar kemaafan bagi Tengku Aisy.

Make sure to taste your words before spit them out.

*********************

Hi Loves,

Happy Reading

Jangan lupa vote dan tinggalkan comment okayyy......




Devil's wifeWhere stories live. Discover now