Diyana mengusap rambut Tengku Aisy yang terlena di atas ribanya. Dia tersenyum sendiri. Inilah satu-satunya kekuatan yang dia ada untuk terus hidup. Anak lelakinya, Tengku Aisy Lutfi.
Setelah kejadian malam itu, dia dan Tengku Airil ditangkap basah. Demi menjaga nama baik keluarga Tengku Airil, mereka dinikahkan dengan tergesa-gesa. Masih jelas di ingatannya, segala cacian dan makian yang dilemparkan oleh Tengku Airil ketika menikahinya malam itu. Malah, kebencian Tengku Airil langsung tidak berubah walaupun sudah hampir 5 tahun kejadian itu berlaku.
Setelah beberapa minggu berkahwin, dia disahkan mengandung. Tahulah dia, anaknya itu hasil hubungan terlarang mereka pada malam itu kerana Tengku Airil tidak menyentuhnya selepas kejadian itu walaupun sudah berkahwin. Walaupun Tengku Aisy merupakan cucu sulung keturunan suaminya tetapi Tengku Aisy tidak diterima. Anak haram kata mereka. Dia sahaja tahu bgaimana hancur hatinya ketika itu. Kawan baik dia, Maryam sudah pun selamat menikah setahun yang lalu di England dan mereka memutuskan untuk tinggal di England sahaja memandangkan perniagaan Mustafa berkembang pesat di sana.
Diyana bahagia melihat kawan baiknya bahagia. Namun, kebencian dan kemarahan Tengku Airil terhadapnya bertambah teruk setelah mengetahui tentang perkahwinan Maryam. Kesannya, dia dipukul dengan lebih teruk malah kadang-kadang Tengku Aisy juga menjadi mangsa kemarahan suaminya. Tanggapan dia yang Tengku Airil akan berubah setelah Maryam berkahwin, meleset. Malah, Tengku Airil kelihatan lebih obses terhadap Maryam setelah itu.
Diyana mengeluh perlahan. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia akan terseksa sebegini. Betullah kata orang, menikahi seorang lelaki yang mencintai lebih baik daripada menikahi seseorang yang dicintai.
Lamunan Diyana terhenti apabila kedengaran bunyi kuakan pintu. Belum sempat Diyana menoleh, dia dipeluk dari belakang dan satu kucupan hinggap di tengkuknya. Walaupun dari haruman badan yang dipakai, dia tahu itu suaminya tetapi dia tetap terkejut. Mana pernah Tengku Airil memeluknya semesra ini. Bahkan sebelum ni, bersentuhan hujung jari pun Tengku Airil berasa jijik dengannya.
"Kau tahu, Yana? Maryam nak balik Malaysia." Senyuman yang mula terbentuk mendengar perkhabaran kawan baiknya akan balik Malaysia, terbantut mendengar ayat Tengku Airil yang seterusnya.
"Maryam terima aku. Maryam tak bahagia dengan jantan tu. Aku tahu hanya aku sahaja boleh bahagiakan kau, sayang."Tengku Airil yang melangkah ke tangga dengan senyuman bahagia itu dipandang. Betulkah apa yang dikatakan oleh Tengku Airil? Maryam tikam belakangnya? Tak mungkin! Dia kenal kawan baiknya.
Tengku Airil menipu!
*****
"Awak nak pergi mana?" soal Diyana melihat Tengku Airil bersiap melangkah ke pintu rumah.
"Jemput Maryam di KLIA, dia tunggu aku."
"Awak tak boleh pergi!" suara Diyana kedengaran keras. Dia tekad menghalang Tengku Airil kerana dia tahu, menemui Maryam hanyalah akan memburukkan keadaan.
Mencerlung mata Tengku Airil memandang Diyana.
"Kau siapa nak halang aku, bodoh?!" rambut Diyana ditarik kasar.
"Saya isteri awak, Tengku Airil! Awak tak boleh bersama Maryam, dia ada suami!"
"Kisah apa aku, dia ada suami ke tak! Aku tak pernah hamaklah nak kahwin dengan kau! Kau yang perangkap aku, bodoh!" Dahi Diyana ditunjal kuat.
Diyana mara dan berdiri tepat di pintu masuk. Kedua-dua tangannya didepa untuk menghalang Tengku Airil keluar.
"Sebelum aku berkasar dengan kau, baik kau ke tepi. " suara Tengku Airil diperlahankan tetapi masih kedengaran keras.
"Tak bo-" Belum sempat Diyana menyudahkan kata-katanya, kepalanya ditolak kasar sehingga jatuh terhantuk di meja sofa.
"Semaklah, sial"
"Aa..airil....."
****
"Dahi mama kenapa?" Tengku Aisy menyentuh perlahan dahi Diyana.
"Mama terjatuh sayang," lembut suara Diyana membalas.
"Jatuh ke papa pukul?"
Diyana tersenyum lagi. Walaupun anaknya hanya berumur 5 tahun tetapi dia sudah memahami keadaan sekeliling. Acap kali juga Tengku Aisy memujuk dirinya taatkala dia putus asa untuk meneruskan hidup. Malah, jarang sekali dia melihat anaknya itu menangis ataupun merengek seperti kanak-kanak seumurnya.
"Tak ada apalah, sayang. Aisy tidur ya, mama dodoi." Badan Tengku Aisy dibaringkan dan ditepuk perlahan sehingga anaknya itu tertidur.
Bunyi deringan telefon yang nyaring menyebabkan Diyana bangun mengangkatnya.
"Hello?"
"Hello Yana, aku dah buat macam yang kau suruh. Airil memang pergi jumpa Maryam." Sejurus Tengku Airil keluar tadi, Diyana menghubungi kawannya, Sham untuk mengetahui keberadaan Tengku Airil. Dia mahu memastikan sama ada benar Tengku Aisy menemui Maryam atau Tengku Airil sengaja mahu menyakiti hatinya.
"Lepastu Yana, maaf aku cakap ni. Airil bawa Maryam masuk hotel. Diorang bercium tadi." perlahan suara Sham menyambung kata-katanya apabila tiada respon dari Diyana.
"Tak! Maryam bukan macam tu! Dia...."
"Aku tahu kau takkan percaya, Yana. Sebab tu aku ada tangkap gambar, aku dah hantar ke whatapps kau. Aku mintak maaf." Seusai itu, Sham mematikan panggilan.
Diyana menilik satu per satu gambar dan video yang dihantar kepadanya. Air matanya bertali arus.Walaupun tidak jelas kelihatan wajah Maryam di gambar dan video yang dihantar tetapi dari cara berpakaian dan juga rambut, Diyana pasti itu adalah Maryam.
Hatinya sakit melihat betapa mesranya Tengku Airil dan Maryam di dalam video itu. Malah, tangan Tengku Airil merayap memicit pinggul Maryam beberapa kali. Maryam juga tanpa segan silu merayapkan ciuman di sekitar leher Tengku Airil walaupun mereka berada di tempat awam.
Malam itu, tiada siapapun yang mampu menghentikan raungan dan tangisan Diyana. Dia percaya Maryam tidak akan mengkhianatinya walaubagaimanapun tetapi dia silap. Aku benci kau Maryam!
Tanpa Diyana sedari, tangisan dan raungannya didengari oleh anaknya sendiri. Tengku Aisy menutup mulut menahan esakan dari kedengaran kuat.
"Aisy janji, Aisy akan balas segalanya, mama. Aisy janji!" tekad seorang Tengku Aisy Lufti.
**********
Hi loves, kesian kan Aisy dengan mama dia?
Jangan lupa tinggalkan comment and votes. Double update minggu ni kalau votes cecah 100.
Bubyeeeee

YOU ARE READING
Devil's wife
RomanceBagaimana rasanya dihukum tanpa diketahui sebabnya? Itulah yang dirasai oleh Nur Luna Charrisa. Malang nasib gadis itu apabila dia dikhianati oleh rakan karib sendiri malah diperkosa dan diseksa oleh seorang yang digelar suami. Suami yang sepatutn...