BAB 2

2.1K 78 2
                                    

Pancutan air di bilik mandi terhenti. Luna keluar dengan mengenakan bathrobe berwarna putih dan melangkah ke arah meja solek.

Luna memakai Chanel Sublimage L'essence Lumiere di wajah diikuti dengan Sisley Paris Supremya Baume Cream.

Walaupun jari jemari sibuk membelai wajah, fikirannya kusut dengan mesej ringkas yang dihantar oleh satu nombor telefon yang tidak dikenali itu.

Sebab itu juga lah, dia meminta izin kepada Balqis untuk pulang lebih awal. Jika tidak, dia lah yang seronok menari di kelab malam sehingga ke Subuh pada malam hujung minggu seperti ini.

Disebabkan Balqis enggan pulang bersama, ditinggalkan sahaja Balqis berseronok dengan nikmat dunia itu. Nanti, pandai-pandai Si Balqis memesan Grab untuk pulang.

Walaupun Luna dan Balqis sangat rapat seperti isi dengan kuku tetapi mereka masing-masing memilih untuk tinggal berasingan. Hal ini adalah untuk menghormati privasi masing-masing.

Setelah mengeringkan rambut ala kadar, Luna menapak menuju ke katil. 

Luna menekan mesej yang diterima pada pukul 3 pagi tadi dan dibaca berulang kali. Sedikit gerun dengan ayat pengirim.

'Ahh, salah hantar kot'

Lalu, Luna menekan button delete. Dia menatap siling yang kosong itu seketika sebelum akhirnya dijemput lena.

*****************************************************

Balqis menoleh ke belakang beberapa kali ketika menyedari seseorang seperti mengekori dia.

Sepuluh minit lagi untuk menginjak ke waktu Subuh, Balqis terpaksa berjalan di lorong belakang kelab malam untuk pergi ke bus stop berdekatan.

Dari 45 minit yang lalu, dia cuba memesan Grab tapi malang nasibnya apabila tiada satu pun Grab yang berjaya dipesan. Menyesal pula Balqis kerana menolak tawaran Luna untuk pulang awal sebentar tadi.

Dek kerana sibuk berjoli-joli, Balqis lupa bahawa Grab memang susah untuk didapati sewaktu ini apatah lagi di hadapan kelab malam.

"Hoi"

Membulat mata Balqis apabila dua lelaki yang berbadan tegap menyapanya kasar dari belakang. 

Lantas, Balqis berlari sekuat hati tetapi kakinya tersadung pada batu dan Balqis terjatuh meniarap. Peluang ini digunakan sebaiknya oleh kedua-dua lelaki yang mengejar Balqis dari belakang  untuk memerangkap Balqis. Kedua-dua lelaki itu memegang kedua-dua lengan Balqis dan memaksa dia untuk berdiri.

"Lepaslah!! Kau ni siapa??!!" Balqis cuba untuk merentap lengannya tapi lumrah, kekuatan lelaki lebih kuat daripada perempuan. Balqis gagal melepaskan diri.

"Lepas? Kau ingat tak kau hutang dengan boss aku ? Bila nak bayar RM50 000 tu?!" herdik salah seorang lelaki yang mempunyai kumis nipis.

"Aa...aku janji aku bayar, bagi aku masa sikit" rayu Balqis.

Ya, benar. Balqis berhutang dengan ceti haram. Itu semua kerana kehendak teman lelakinya setahun yang lepas, Adam. Adam berjanji mahu membuka satu perniagaan tetapi tidak mempunyai modal dan atas pujuk rayu Adam, Balqis bersetuju untuk memberikan wang yang Adam mahu sebanyak RM90 000.

Tetapi kerana simpanan Balqis hanya mencecah RM40 000, Balqis meminjam daripada ceti haram. Malangnya, setelah Adam mendapatkan duit itu, dia lari tanpa dapat dijejak oleh Balqis.

Hal ini langsung tidak diketahui oleh kawan baiknya, Luna kerana Luna kurang gemar dengan Adam. Jadi, jika Balqis memberitahu tentang ini, sudah tentu dia akan dimarahi dengan teruk.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now