BAB 11

2.2K 87 14
                                    

Luna memandang sepi bubur ayam yang diletakkan pada meja bersebelahan katil. Sedari dia bangun tadi, kelibat Tengku Aisy tidak kelihatan.

Hanya seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang menghantar makanan kepadanya tadi. Walaupun dibiarkan berlapar sejak 2 hari yang lalu, Luna tetap tidak mempunyai selera untuk makan. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui berita yang sedang hangat diperkatakan oleh pihak media tentangnya.

Luna juga tahu dalang di sebalik berita itu adalah Tengku Aisy namun dia berada di dalam situasi di mana dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain akur dengan segala kehendak Tengku Aisy.

Ketukan di pintu bilik menyebabkan Luna mengeluh perlahan.

"Masuk," ujar Luna tanpa nada.

"Maaf puan, tuan suruh sampaikan semua barang ni kepada puan." kata Mak Tijah yang merupakan pembantu rumah Tengku Aisy yang telah berkhidmat selama hampir 10 tahun. 

Biarpun Mak Tijah pelik dengan keberadaan gadis di hadapannya ini tetapi Mak Tijah tetap mengunci mulut. Siapa dia untuk mempersoalkan kehendak majikannya? Jadi, Mak Tijah hanya melakukan semua perkara sesuai kehendak Tengku Aisy.

Luna mengangguk perlahan. 

Melihat respon Luna, Mak Tijah serta merta keluar dari bilik. Bukan mata tuanya tidak perasan kesan lebam pada permukaan wajah Luna tetapi untuk menyoal lebih, Mak Tijah tidak berani.

Setelah Mak Tijah keluar, pandangan Luna jatuh kepada beg-beg kertas yang diletakkan pada hujung katil. Perlahan-lahan tangan Luna membuka dan meneliti satu persatu barangan tersebut.

Bermula dari skincare miliknya kepada bodycare daripada jenama kegemaraan Luna iaitu Bath and Body Works ke pakaian terutamanya nightwear, daywear dan lingerie seksi semuanya dari jenama-jenama kegemaran Luna. Jenama seperti Victoria Secret, Calvin Klein, Chaviori, SK-II, Amway dan banyak lagi.

Luna mengeluh kasar melihat semua itu. Badannya dibaringkan semula ke atas katil. Persoalan demi persoalan yang muncul di benak fikiran Luna membuatkannya hampir gila.

Dari mana Tengku Aisy tahu segala barangan keperluan yang dipakainya selama ini?

Mengapa Tengku Aisy perangkap dia?

Dendam apa yang dimaksudkan Tengku Aisy?

Mengapa dia dilayan seteruk ini oleh suaminya sendiri?

Mana Balqis?

Apa yang perlu dibuat untuk menyelesaikan berita yang sedang viral saat itu?

*********************************************

Luna Charissa binti Mustafa Zhakir yang merupakan salah seorang independent financial planner yang terkemuka di Malaysia mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bidang kewangan untuk selama-lamanya. Hal ini telah diumumkan menerusi laman sosial media Instagram miliknya sekaligus beliau juga telah menghantar e-mail kepada semua syarikat yang melibatkan diri dengan Luna untuk membayar pampasan 3 kali ganda daripada deposit yang diterima oleh Luna. Namun begitu, terhadap juga syarikat yang mengfailkan kes saman atas tindakan menarik diri secara mengejut yang dilakukan oleh Luna. Malah, sehingga ke saat  ini, beliau gagal dihubungi.

Kuakan pintu secara kasar menyebabkan Tengku Aisy mematikan televisyen yang menayangkan berita terkini tentang Luna.

"Kau dah gila ke, Aisy?!" soal Tengku Aryaan sejurus memasuki pejabat milik Tengku Aisy.

Tengku Aisy ketawa. Ini baru step pertama Tengku Aisy untuk menjatuhkan Luna. Banyak lagi yang akan dilakukan oleh Tengku AIsy sehingga Luna melutut di hadapannya.

Devil's wifeWhere stories live. Discover now